KUANTAN [11.00 am] - Satu laporan polis besar-besaran telah dibuat di IPD Kuantan semalam oleh Saudara Mazlan Aliman (foto), Presiden Persatuan Anak-Anak Peneroka Felda (ANAK) dan beberapa orang peneroka Felda, berhubung dengan kezaliman pihak Felda yang mengugut para peneroka yang terlibat membuat kerja tanam semula. Banyak laporan yang diterima daripada kalangan peneroka Felda tentang perkara ini, malah ada dikalangan mereka adalah terdiri daripada pemimpin dan ahli UMNO sendiri yang telah sekian lama menyokong kerajaan. Tindakan mengugut dan menahan hak mereka amatlah bertentangan dengan dasar kemanusia itu sendiri. Peneroka yang menanam semula secara sendiri dianggap sebagai pengkhianat kepada Felda. Walhal, mereka sebenarnya sudah habis membayar segala hutang kepada Felda dan telah mendapat Geran Hak Milik masing-masing. Atas faktor keuntungan yang berlipat ganda serta mahu para peneroka terus "dicucuk hidung umpama lembu" dengan Felda, maka mereka dipaksa untuk menyerahkan kembali proses tanaman semula kepada Felda. Ini akan menyebabkan para peneroka terbabit sekali lagi menanggung bebanan hutang "pusingan kedua" hinggalah mereka menghembuskan nafas mereka di muka bumi ini. Malahan hutang itu pula, bakal ditanggung oleh generasi kedua Felda pula suatu hari nanti.


Antara Pimpinan serta penyokong Pakatan rakyat yang menunggu


Para peneroka terbabit sedang membuat laporan polis di IPD Kuantan


Mazlan Aliman menyaksikan laporan dibuat, Ustaz Fadzil Nor (kanan)
Ini menunjukkan bahawa tiada ertinya para peneroka terbabit mendapat geram Hak Milik seperti yang diwar-warkan. Sudah agak lama para peneroka Felda di seluruh negara tertipu dengan dasar ini. Turut kelihatan bersama semasa laporan polis dibuat ialah Timbalan Pengerusi III PKR Pahang, Saudara Ram Ponusamy, Yang Dipertua PAS Kawasan Paya Besar, Ustaz Yusuf Embong dan lain-lain kepimpinan seperti Ustaz Rosli Jabar, Ustaz Fadzil Nor dan para Penyokong Pakatan Rakyat yang lain. Atas arahan Ketua Polis Daerah Kuantan (OCPD), hanya mereka yang akan membuat laporan polis sahaja dibenarkan masuk ke balai. Sementara itu, turut kelihatan beberapa orang wartawan yang sudah bersiap sedia menunggu untuk membuat liputan kes itu sejak dari awal pagi lagi.
[Terdapat banyak laporan para peneroka yang membuat tanam sendiri getah ke kelapa sawit tanpa melalui Felda telah diugut dengan berbagai tekanan. Malah, duit hasil tabungan getah mereka yang dipotong sejumlah RM17,000 selama ini juga dinafikan dan dilambat-lambatkan pembayarannya oleh pihak RISDA. Walhal mereka sudah tidak menggunakan agensi itu kerana tidak lagi menanam getah, dan hanya terlibat dengan MPOB berhubung dengan tanaman sawit. Wang mereka ini sengaja tidak dilewat-lewatkan bayarannya, selagi mereka tidak menyerahkan semula pengurusan ladang masing-masing kepada Felda].
Antara Pimpinan serta penyokong Pakatan rakyat yang menunggu
Para peneroka terbabit sedang membuat laporan polis di IPD Kuantan
Mazlan Aliman menyaksikan laporan dibuat, Ustaz Fadzil Nor (kanan)
[Terdapat banyak laporan para peneroka yang membuat tanam sendiri getah ke kelapa sawit tanpa melalui Felda telah diugut dengan berbagai tekanan. Malah, duit hasil tabungan getah mereka yang dipotong sejumlah RM17,000 selama ini juga dinafikan dan dilambat-lambatkan pembayarannya oleh pihak RISDA. Walhal mereka sudah tidak menggunakan agensi itu kerana tidak lagi menanam getah, dan hanya terlibat dengan MPOB berhubung dengan tanaman sawit. Wang mereka ini sengaja tidak dilewat-lewatkan bayarannya, selagi mereka tidak menyerahkan semula pengurusan ladang masing-masing kepada Felda].
[ Sokong PDO, Sila Sign Buku Pelawat Kami ]
[Masalah Di Tempat Anda, Laporkan Di Sini]

[ Sila Klik Pada Imej Berkenaan Untuk Besarkan Iklaneka Di Atas ]

[Masalah Di Tempat Anda, Laporkan Di Sini]

[ Sila Klik Pada Imej Berkenaan Untuk Besarkan Iklaneka Di Atas ]






FELDA RISDA..APA KERJA DAN TUGAS KAU.VISI MISI KAU AKU RASA NK BG RAKYAT FELDA PENEROKA HIDUP SENANG.
BalasPadamSKRG AKU DISAJIKAN DGN PENINDASAN HISAP DARAH APA KE JADAH NI SEMUA FELDA RISDA. KAU NK GANTI JD POSTUGIS BELANDA KE. AKU RASA GINI LA..KAU DUA AGENSI NI BERAMBUS DARI BUMI MALAYSIA SBB KAU DAH JD MCM PORTUGIS.
MAAF KPR ARWAN TUN RAZAK.AKU AMAT SANJUNGI ARWAH KERANA KAULAH DULU KAMI SENANG MUDAH KRN FELDA YG KAU TUBUHKN DULU BERJALAN DGN BAIK.TP SKRG SELEPAS BAJINGAN DARAH PENJAJAH DAH RESAP MASUK DLM FELDA RISDA.MEREKA HANYA NK ISAP DARAH TK PEDULIKAN PENEROKA LG
SUDAH DAPAT GERAN HAK MILIK PUN MASIH NK BUAT KAMI HAMBA ABDI..INILAH JADAHNYA ORG JIKA NK JD PORTUGIS MALAYSIA.HARAMKN FELDA RISDA.BEBASKAN KAMI PENEROKA
Isu tanam semula sawit sengaja dimainkan oleh FELDA kerana ingin mengaut keuntungan. Alasannya peneroka-peneroka semua dah tua dan tak larat nak uruskan ladang. Kepada anak-anak dan waris-waris para peneroka harus bagi support pada orang tua dari segi kewangan untuk menanam semula sawit. Tak susah tanam sawit ni kalau nak compare ngan getah. Janganlah bagi FELDA uruskan sebab geran dia akan pegang. kalau hutang tak habis tup tap semua waris dah tak dak. Dengan kembang hidung tanah tu jadi Hak felda semula. Beginilah cara mereka merampas kembali tanah ladang anda walaupun pusingan pertama hutang sudah dilangsaikan oleh orang tua anda. Sungguh licik puak-puak Felda ni.
BalasPadamAku pernah joint p Loading & Proning di felda yang berdekatan. Kerjanya memang senang dan tak susah. Mental dan fikiran sentiasa tenang. Tak macam yang dok kat opis lama-lama perut buncit. wakakahhh....
PS: Setelah 4 tahun follow kait buah sawit, perut aku dah jadi macam ulas durian.. keh..keh.. siap ada 6 ketul PAIR.
FELDA TIDAK MENGANIAYA PENEROKA YANG SUDAH SAMPAI TEMPOH UNTUK TANAM SEMULA. PENEROKA TIDAK DIGALAKKAN MENANAM SEMULA KEBUN MEREKA SECARA SENDIRI KERANA LEBIH 50% DARI PENEROKA YANG TANAM SEMULA SENDIRI GAGAL.
BalasPadamYANG BERJAYA TAK SAMPAI 5%. LAGI PUN TEMPOH DARI MULA DITANAM SEMULA SEHINGGA TANAM SEMULA YANG BERIKUTNYA IALAH +/- 20 TAHUN.
BAYANGKAN KETIKA PENEROKA MENANAM SEMULA UMOR MEREKA SUADA LEBIH 50 TAHUN, BERAPA LAMA MEREKA DAPAT MASUK KE KEBUN SETIAP HARI? SAMPAI UMOR 60 TAHUN? 70 TAHUN? 80 TAHUN? ATAU SEHINGGA 100 TAHUN? KALAU BOLEH, TAHNIAHLAH KEPADA PENEROKA TERBABIT.
APA AKAN JADI JIKA PENEROKA JATUH SAKIT ATAU MENINGGAL DUNIA? ISTERI PUN DAH TUA DAN KEBANYAKAN MEREKA TAK PERNAH MASUK KE KEBUN, SEMPADAN KEBUN PUN MUNGKIN ADA YANG TAK TAHU.
ANAK-ANAK? ADUHAI, RAMAI YANG TAK MAHU TOLONG IBU BAPA MEREKA MENGERJAKAN KEBUN. ADA JUGA YANG MASUK KE KEBUN, TETAPI BUKAN MENOLONG BAPA, SEBALIKNYA MELAKUKAN KEGIATAN YANG TIDAK BERFAEDAH.
JADINYA, SELEPAS PENEROKA DAH TAK BERUPAYA MENGERJAKAN KEBUN MEREKA APA AKAN JADI?
CUBA SELIDIK! BANYAK KEBUN YANG DIPAJAK KEPADA ORANG LUAR, TERUTAMA YANG BUKAN BUMIPUTERA, BERAPA PAJAKAN YANG PENEROKA DAPAT UNTUK TEMPOH 5 TAHUN? 10 RIBU RINGGIT? 20 RIBU RINGGIT? KALAU DIBAHAGIKAN DENGAN 120 BULAN, BERAPA PENEROKA DAPAT DARI HASIL PAJAKAN KEBUN MEREKA? RM166.T67/BULAN HINGGA 333.33/BULAN. CERDIK KAN????????
Salam,
BalasPadamKalau ada masa jengok-jengoklah dalam blog yang semakin panas dengan isu semasa.
Mungkin idea anda dapat menbuka minda kita semua ,walaupun fahaman berbeza.
Sila layari:
http://penpusaka.blogspot.com
Cerdiklah tuuu sekali gus dapat RM10 -RM20 ribu, banyak lah tuuuu...bila dah gagal, pergi Ibu Pejabat felda, minta Felda tebus tanah mereka dan Felda pun pening kepala nak layan peneroka macam tuuuuuuuuuuuuuu
BalasPadamlast-last tuduh Felda ZALIM??? Betul ke???? macam ni?????
Blogger budak kampung online said...
BalasPadam"Isu tanam semula sawit sengaja dimainkan oleh FELDA kerana ingin mengaut keuntungan...."
Nak tanya! Macam mana yang kamu kata Felda mengaut keuntungan dari kebun peneroka? Tunjukkan BUKTI dan bawa ke mahkamah!!!!!!
ANAK ambil tindakan atas dorongan dan kepentingan politik semata-mata. Alasannya utk membela peneroka yg dilihat teraniaya. Apa yg dilakukan adalah utk mengambil kesempatan dan memanipulasikan keadaan. Harus ingat Mazlan Aliman ialah calun PAS parlimen Bera yg kecundang pada PRU lalu. Isu peneroka dijadikannya sbg platform utk menonjol dan menaikkan imej beliau. Biarlah pihak peneroka dan FELDA menyelesaikan isu ini. Ambil kira semua faktor baik dan buruk semasa berbincang. Janganlah ambil sesuatu rumusan berdasarkan kepentingan individu yg lebih cenderung kpd perkara negatif. FELDA telah wujud sekian lama dan telah ramai yg dapat faedah. Ramai peneroka telah berjaya dan kualiti kehidupan turut berubah. Perlu berpandangan jauh..
BalasPadammana tau felda zalim... cuba tengok komen ni..
BalasPadamFELDA TIDAK MENGANIAYA PENEROKA YANG SUDAH SAMPAI TEMPOH UNTUK TANAM SEMULA. PENEROKA TIDAK DIGALAKKAN MENANAM SEMULA KEBUN MEREKA SECARA SENDIRI KERANA LEBIH 50% DARI PENEROKA YANG TANAM SEMULA SENDIRI GAGAL.
YANG BERJAYA TAK SAMPAI 5%. LAGI PUN TEMPOH DARI MULA DITANAM SEMULA SEHINGGA TANAM SEMULA YANG BERIKUTNYA IALAH +/- 20 TAHUN.
BAYANGKAN KETIKA PENEROKA MENANAM SEMULA UMOR MEREKA SUADA LEBIH 50 TAHUN, BERAPA LAMA MEREKA DAPAT MASUK KE KEBUN SETIAP HARI? SAMPAI UMOR 60 TAHUN? 70 TAHUN? 80 TAHUN? ATAU SEHINGGA 100 TAHUN? KALAU BOLEH, TAHNIAHLAH KEPADA PENEROKA TERBABIT.
APA AKAN JADI JIKA PENEROKA JATUH SAKIT ATAU MENINGGAL DUNIA? ISTERI PUN DAH TUA DAN KEBANYAKAN MEREKA TAK PERNAH MASUK KE KEBUN, SEMPADAN KEBUN PUN MUNGKIN ADA YANG TAK TAHU.
ANAK-ANAK? ADUHAI, RAMAI YANG TAK MAHU TOLONG IBU BAPA MEREKA MENGERJAKAN KEBUN. ADA JUGA YANG MASUK KE KEBUN, TETAPI BUKAN MENOLONG BAPA, SEBALIKNYA MELAKUKAN KEGIATAN YANG TIDAK BERFAEDAH.
JADINYA, SELEPAS PENEROKA DAH TAK BERUPAYA MENGERJAKAN KEBUN MEREKA APA AKAN JADI?
aku sbg ank felda menyokong komen ni.. sedar la..fitnah 2 lg besar dosanya dr membunuh..sama2 la kita renungkan..
isu tanam semula felda dijadikan isu politik, sengaja tuduh felda zalim,maka teerlupalah selama ini felda telah membantu mereka yg dulunya miskin tak berharta, orang melayu memang begitu apa kerja pun tak sepenuh hati, cakap saja nak tanam sendiri tapi sejak dibenarkan berapa banyak tanaman peneroka yang telah berjaya, anak mereka pula banyak yang dah bekerja dan yg tinggal cuma mat rempit dan penagih dadah aje. pembangkang cuma nampak isu bukan nak bantu peneroka, sepatutnya anak buat tinjauan berapa banyak projek tanam semula yg dah berjaya berbanding yang gagal. felda tahu apa yang dia buat bagi membantu peneroka kerana sejak tertubuh rancangan ini matlamatnya untuk membantu rakyat. cuba lah kita fikirkan. tidak mstahil nanti mazlan aliman akan pujuk peneroka supaya desak kerajaan buat pungutan suara... kata nabil raja lawak Luuu FFFFikirlah Sendiri
BalasPadamFELDA BERJASA FELDA BYK BANTU ORG MELAYU FELDA AKAN TERUS MENOLONG KITA SAMPAI HARI KIAMAT
BalasPadamANAK TEROKA