Menatap gambar di sebelah ini, seakan tiada apa yang tidak kena. Namun selepas diamati betul-betul, ternyata memang sudah tidak syak lagi bahawa memang ia menjatuhkan dan mencemarkan imej negara di mata dunia sebenarnya. Sebagai seorang isteri pemimpin dari negara Islam Hadhari, Rosmah Mansor telah gagal "menutup aurat" iaitu satu kewajipan kepada tia-tiap wanita Islam. Bahkan haram hukumnya bagi para wanita yang mendedahkan aurat. Apakah mufti-mufti dan ulamak di negara ini tidak sedar dan tidak mahu cuba menegur imej isteri Najib Razak itu agaknya?. Atau mereka lebih rela berdiam diri demi mencari sesuap nasi di bumi ini. Apakah jika menegur sesuatu yang sudah termaktub di dalam kitab Al-Quran itu boleh dianggap salah dan akan dihukum dengan seberat-berat hukuman?. Atau, mungkin juga mereka semua tidak sanggup untuk kehilangan pekerjaan. Apakah dunia lebih dipandang dari akhirat yang kekal abadi buat selamanya. Inilah yang dikatakan "ulamak dunia", hanya mampu melihat dan memendamkan rasa sahaja. Apakah yang bakal mereka jawab nanti di akhirat kelak. Apakah mereka sanggup berkompromi dengan pemerintah yang kononnnya Islam dari negara Islam Hadhari yang tidak melaksanakan Islam itu sendiri. Kuasa yang sudah ada, namun dibiarkan sewenang-wenangnya. Inilah imej sebenar ulamak di Malaysia hari ini. Takut dan menikus dari menyatakan pandangan serta teguran terutamanya kepada pemimpin UMNO dan Barisan Nasional itu sendiri.Bukan Rosmah sahaja yang tidak menutup aurat. Sebenarnya ramai lagi pemimpin wanita UMNO yang berimej demikian sebenarnya. Namun, amat mengecewakan bilamana Rosmah Mansor gagal untuk melaksanakan tuntutan Islam itu hatta dalam majlis yang bercorak Islamik itu sendiri. Ini kerana mengikut laporan media gambar yang diambil itu adalah ketika "NAJIB dan isteri, Datin Seri Rosmah Mansor diberi penerangan Pembantu Kurator Muzium Kesenian Islam Malaysia, Adline Abdul Ghani mengenai Maqamat Al-Hariri selepas merasmikan Galeri Khas 2 Muzium Kesenian Islam Malaysia, semalam". Bukankan beliau sedang berada di Muzium Kesenian Islam Malaysia, maka seharusnya sebagai isteri pemimpin Islam beliau wajar berimejkan wanita Islam itu sendiri atau setidak-tidaknya mengenakan tudung kepala ala "Rafidah Aziz" dan "Shahrizat Jalil". Namun, nampaknya Rosmah telah gagal melaksanakan tanggungjawab itu. Ini juga bermakna Najib Razak telah gagal untuk melaksanakan tanggungjawabnya sebagai pemimpin Islam untuk menyuruh dan membimbing isterintya menutup aurat. Apakah pula hukumnya mereka yang melantik dan memilih beliau berkuasa itu. Bukankah, dosanya juga akan terpalit kepada mereka yang memilih pemimpin terbabit. Justeru itu renung-renungkanlah wahai sahabatku semua. Ingatlah, bahawa segalanya ini bukan omongan kosong belaka. Cubalah bertanya kepada menteri agama mereka seperti Dr.Mashitah Ibrahim atau Mejar (B) Jamil Khir Baharom yang baru dilantik itu. Apakah hukumnya jika seorang wanita Islam itu mendedahkan auratnya (Rambut) dikhalayak ramai?.
[Najib berkata ADUN Pakatan Rakyat telah memalukan imej negara dengan insiden yang berlaku dalam sidang DUN Perak baru-baru ini. Soalnya sekarang, mana yang lebih malu bila seorang isteri pemimpin Islam dunia tidak menutup aurat dikhlayak ramai. Apakah hukumnya?. Malah, imej negara yang sudah tercemar dengan pendedahan penglibatan Najib Razak dalam kes Altantunya dalam beberapa buah akhbar sebelum ini pun masih belum dibersihkan dan dijawab oleh beliau. Malah, tindakan najib yang enggan menyaman akhbar-akhbar terbabit jelas sekali telah menjatuhkan imej negara sebenarnya. Justeru itu, beliau tidak boleh menyalahkan ADUN Pakatan Rakyat kononnya menjatuhkan imej negara selagi imej dirinya masih belum pulih dimata rakyat dan juga dunia].







Mmg puak-puak UMNO ni tak nak kan Islam, itu sudah jelas. TGNA pernah berkata, sekiranya UMNO ingin terima Islam sebagai pemerintahannya, PAS boleh di bubarkan sbb PAS ttg UMNO sbb mereka tak nak laksanakan Islam. Itulah dosa yang paling besar dilakukan oleh UMNO sepanjang hayatnya.
BalasPadamTakkan nak tutup pulak rambut tu..buat rambut tu mahal ooo...kalau Si gemuk pendek Rosmah ni tahu halal haram,mesti dia tak buat botox...muka pun dah naik sembab dah...
BalasPadamRosmah.Duit Banyak,takkan tak boleh kuruskan badan macam bini toyol tu kut...
BalasPadamWNITA UMNO,OTAK MEREKA BANYAK DIGUNA PAKAI UNTUK AGAMA BANGSA DAN NEGARA,JARANG TENGOK MEREKA MAKI HAMUN,BIARLAH MEREKA DIHERDIK,YANG PASTI PAHALA MEREKA KITA DAPAT
BalasPadamUmno.....bela poket dan kedudukan aje...agama bila nak kawin &mati aje
BalasPadambetul,betul,betul.....
BalasPadamJangan Berburuk Sangka
BalasPadamDari Abi Hurairah r.a, Rasulullah s.a.w bersabda:
“Awasilah diri kamu daripada berjahat sangka kerana jahat sangka itu sebohong-bohong cakap dan janganlah juga kamu mengintip rahsia-rahsia orang, jangan mencari berita buruk, jangan berhasad dengki, jangan bermasam muka dan jangan bermarah-marahan, sebaliknya jadikanlah semua itu saudara-mara.” (Hadith Rasulullah s.a.w)
Hidup berbaik-baik dan berhubung mesra antara satu sama lain adalah satu amalan yang baik dan sangat dituntut oleh Islam, kerana ini mampu membawa kepada keteguhan perpaduan dan kebahagiaan hidup.
Sebaliknya, hidup berpecah-belah dan berjahat sangka adalah dilarang keras, kerana ini boleh membawa kepada keruntuhan dan porak-peranda masyarakat. Dalam hadith di atas, junjungan besar kita telah mengingatkan seluruh manusia tentang beberapa sifat keji yang mampu mendorong perselisihan dan permusuhan. Setiap insan ditegah melakukan perkara yang boleh mendatangkan perselisihan faham dan perkelahian, iaitu:
* Berjahat sangka; seperti menganggap seseorang itu benci kepadanya atau menghasut seseorang sehingga menimbulkan perbalahan.
* Mencari rahsia orang lain; seperti menyelidik keburukan peribadi seseorang hingga menimbulkan suatu perselisihan.
“Wahai orang yang beriman, jauhilah kamu daripada banyak berjahat sangka, bahawa setengah daripada sangkaan (jahat sangka) itu dosa, maka janganlah kamu mencari rahsia-rahsia (aib) orang dan janganlah bermaki-hamun (mengumpat juga) setengah kamu terhadap setengah yang lain. Sukakah kamu memakan daging saudara yang telah mati? Takutlah kamu kepada Allah s.w.t. Sesungguhnya Allah itu maha penerima taubat dan maha penyayang.” (al-Hujurat: 12)
* Mencari berita buruk; seperti mencari kejahatan orang lain untuk disebarkan, termasuklah mangambil berita buruk dan khabar buruk dari orang tidak bertanggungjawab.
“Wahai orang yang beriman, jika datang kepada kamu orang fasiq (membawa) berita , hendaklah kamu periksa, (kerana takut), jika kamu menimpakan musibah kepada suatu kaum tanpa pengetahuan, lau kamu menyesal atas perbuatan kamu.” (al-Hujurat: 6)
* Berhasad dengki; iaitu mencari jalan untuk menghilangkan ni’mat yang ada pada orang lain. Perbuatan ini sangat besar kerosakannya dan keburukannya, bukan sahaja kepada orang yang didengki, malah juga kepada pendengki dan masyarakat.
“Berhati-hatilah kamu terhadap hasad kerana ini merosakkan kebaikan sebagaimana api memakan kayu.” (Hadith Rasulullah s.a.w)
* Bermasam muka; iaitu menunjukkan perasaan benci kepada orang lain. Sifat ini boleh meregangkan perhubungan baik antara satu sama lain.
Kalau dah umno tolak hukum hudud dan ada pemimpin umno yg memperlekeh hukum tersebut, macamana pulak (KAMAL). jangan bersangka buruk jugak ka?
BalasPadamBAGI UMNO, JUDI, ARAK, TAK TUTUP AURAT, BERSALAMAN LELAKI PEREMPUAN HUKUMNYA ADALAH (HALAM), BUKANYA HARAM.
BalasPadamKALAU X CAYE, TANYA MUFTI UMNO
Kamal orang macam kamulah golongan ulama/ilmuan yang telah diberi amanah menjaga kemurnian agama dan wajib membuat teguran kepada apa jua gejala kebinasaan ummah telah mendiamkan diri atau terus bersekutu dan bergabung dengan umara.Rakyat ramai atau orang awam yang berada pada aras tauhid dan iman yang rendah, melihat ulama/ilmuan seperti anda menyangkakan andalah model orang berilmu, ulama warasatul ambiya, lantas sama-sama setia bersekutu bergabung bersama umara Mulkan Jabariyyan. Di sinilah bermulanya sokongan yang cukup padu kepada Mulkan Jabbariyyan; dan sejak itu bermulalah zaman dagang Islam.
BalasPadamUlama sedemikianlah dikatakan ulama jahat. Sabda Rasulullah saw:
‘Aku di antara kamu dengan dajal, lebih takut kepada kamu daripada dajal’.
Sahabat-sahabat lantas bertanya:’Siapakah di antara kami wahai Rasulullah?’.
Jawab Rasulullah saw:”Ulama jahat’
Sabda Baginda saw seterusnya:
‘Sudah hampir sampai suatu masa di mana tidak tinggal lagi daripada Islam kecuali hanya namanya, dan tidak tinggal dari Al Quran itu kecuali hanya tulisannya.Masjid-masjd mereka tersergam indah, tetapi ia kosong dari hidayah.Ulamak mereka adalah sejahat-jahat makhluk yang ada di bawah kolong (naungan) langit. Dari mereka berpunca fitnah dan kepada mereka fitnah itu kembali’
Kenapa ulama menjadi jahat atau kenapa intelektual Islam sedemikian menjadi sejahat-jahat makhluk di bawah naungan langit – ertinya lebih jahat dari syaitan? Dengarlah Sabda Penghulu Junjungan saw:
‘Janganlah engkau mempelajari ilmu pengetahuan untuk bersombong-sombong dengan sesama berilmu, untuk bertengkar dengan orang berfikiran lemah dan untuk menarik perhatian ramai kepadamu.Barangsiapa berbuat demikian, maka dia dalam neraka” – Ihya Ulumiddin Jld.1 hal:225.
Bersabda Nabi saw:“Barangsiapa menuntut ilmu di antara ilmu pengetahuan yang menuju kerelaan Allah untuk memperoleh harta benda duniawi, maka orang itu tidak akan mencium bau syurga pada hari kiamat” – Ihya Ulumiddin Jld.1 hal.233.
Sabda seterusnya:
‘Ulama yang jahat ialah yang datang kepada amir-amir (Mulkan Jbbariyyan). Amir yang baik ialah yang datang kepada ulama-ulama’- Ihya Jld.1 hal:258
Golongan yang jahat dan durhaka dengan Allah dari kalangaan rakyat ramai samada dilabelkan dengan jenama setan manusia, manusia dajal, manusia durjana, penzina, perogol, pemabuk, penjudi, penkhianat, penzalim, penipu, perompak, peragut, pembunuh dan seumpamanya dapat dikenali melalui kejahatan pekerti dan moralnya – yang pada umummnya memiliki moral yang sangat rendah - akan tetapi alim ulama tidak semudah itu. Alim ulama tidak terjerumus dengan kejahatan salahlaku moral yang rendah. Dengan kedudukannya yang tinggi dan mulia pada pandangan masyarakat sukar untuk dikenali kejahatan hatinya oleh rakyat ramai yang memiliki iman pada tingkat pertama kerana mereka sentiasa mempamerkan imej alim, berada dalam majlis-majlis agama atau majlis-majlis berunsur agama, berjubah dan bersurban, berjambang dan berjanggut; bahkan membaca khutbah, menjadi imam solat dan menyampaikan kuliah agama.Tanpa pandangan mata hati mereka dilihat sebagai pendukung agama yang tulin; tetapi dengan hidayah petunjuk Allah, dapat dikesani bahawa sesungguhnya merekalah pendukung utama agenda Yahudi Zionis melalui kesetiaannya kepada Mulkan Jabbariyyan. Inilah bencana terbesar di kalangan rakyat ramai kerana rakyat ramai tidak dapat membezakan ulama manakah golongan warasatul ambiya dan ulama manakah yang menyambung lidah Zionis Yahudi dan Dajjal. Diperturunkan ayat-ayat Allah mengenai kejahatan mereka bersubahat dan bersekongkol dengan Mulkan Jabbariyyan:
‘Dan janganlah kamu campur adukkan yang hak dengan yang batil dan janganlah kamu sembunyikan yang hak itu sedang kamu mengetahui’ – Al BaqaraH:42
‘Sesungguhnya orang-orang yang menyembunyikan apa yang telah Kami turunkan berupa keterangan-keterangan dan petunjuk, setelah Kami menerangkan kepada manusia dalam al Kitab, mereka itu dilaknati Allah dan dilaknat oleh semua yang dapat melaknat’ – Al-Baqarah:159
Sabda Rasulullah saw:
‘Barangsiapa mengetahui sesuatu ilmu, lalu menyembunyikannya, maka ia dikenakan oleh Allah Taala kekang, dengan kekang api neraka pada hari qiamat’.
Kepada ulama sedemikianlah disabdakan oleh Rasulullah saw:
‘Manusia yang sangat menderita azab pada hari Kiamat ialah orang yang berimu yang tiada bermunafaat dengan ilmunya’
Rakyat ramai sesungguhnya sangat sukar untuk mengenal siapakah sebetulnya ulama warasatul ambiya kerana dijerumuskan ke dalam lembah kejahilan, kekeliruan dan kejahiliahan oleh system pendidikan sekular. Semoga anta boleh beroleh hidayah. Fikirkanlah...
Sekian, wassalam.
kamal kamu xlayak lagi bicara ttg agama..jgn pusing2kan ayat A.Q. seolah apa yg kamu membacakan dtg dari al quran sedang ia bkn datang dr al quran kamu ingin menipu allah dan org2 beriman sedang kmu tidak sadar kamu menipu dirimu sendiri..surah yasin ayat 13 'kewajibam kami(org beriman) tidak lain hanyalah menyampaikan ayat allah dgn jelas!!!
BalasPadamisk pdo ni... nak tutup keaiban yg dilakukan oleh puak pembangkang tak pasai2 dok perbesarkan hak individu org pula... biarlah dia tak pakai tudung tu dosa dia dan suami dia tanggung... tapi cubala perbetulkan perangai dan sikap adun2 pembangkang yg kurang diajar ni... perangai macam budak2 bodoh tak sekolah
BalasPadammemanglar hak individu..tapi siapa yg pilih..puak-puak UMNO..nanti kat akhirat Allah tanya...siapa imam mu..siapa pemimpin mu..nak jawab apa? pemimpin akan mencorak kehidupan..kalu dah pemimpin x tutup aurat..mcm mana nak ajar rakyat?. memanglah hak individu..tp dia perdana menteri..individu kepala hotak hang...
BalasPadamSalam Semua,
BalasPadamNi sibuk-sibuk pasai orang lain buat dose ni apasal. Kutuk-kutuk orang kamu tu baik sangat ke. Dah confirm ke masuk syurga. Anak bini kat umah tu baik ke akhlaknya. Jangan lupa satu jari menuding kesalahan orang lain 4 jari menuding ke arah diri sendiri. Wallahualam
Sebelum tegur orang lain, tengok diri sendiri dulu. Tengok bini dan anak-anak kat rumah tu. Alhamdulillah kalau semua menutup aurat, kalau tak pandai-pandai lah apa nak buat. Soal imej ni adalah subjektif. Yang mana lebih buruk kesannya kpd negara dan rakyatnya bila gelagat ganas dipamirkan oleh ADUN PR/PKR diDUN Perak baru-baru ni. Kesannya amat buruk dan amat memalukan bukan sahaja kepad negara malah kpd PKR haprak itu sendiri. Itulah kesan imej yg dibawa oleh samseng PR/PKR. Berbanding dgn imej Rosmah yg tak bertudung dimana kesannya adalah kpd beliau dan suaminya. Keduanya sekali yg akan menanggung dosa. Barangkali dah berbuih mulut orang menasihati beliau, tapi jika dia enggan mengikut nasihat dia tanggung sendirilah akibatnya. Sebab itulah umum mengatakan tuan punya blogger ni memang cetek pemikirannya dan ulasan yg dibuat hanya berdasarkan dari hati busuk yg penuh dendam dan hasad dengki. Lagi pun blogger PDO a.k.a cucumatkilau ni apa sangat kredibiliti dan kelayakannya. Latar belakang bukan dari bidang kewartawanan. Penglamannya amat terhad dan hanya setakat jadi finalist dlm prog. TV3 "Sinaran Paspot Kegemilangan" yg mana beliau pun cuba-cuba nak jadi glamour..Nak jadi YB pun tak kesampaian sebab tewas kat kawasan DUN Kemayan. Jadi apa hebatnya kamu ni sehingga nak menghina orang sedemikian rupa. Cuba-cubalah cerminkan diri tu...
BalasPadamHARAM TETAP HUKUMNYA HARAM, MCM JUGA MBH, HARAM TETAP HARAM, DEK KERANA TAMAK KUASA YANG HARAMPUN DIHALALKAN OLEH PUAK YAHUDI/UMNO.
BalasPadamOLEH ITU, HARAM TETAP HARAM, HARAM TETPA HARAM, HARAM TETAP HARAM!!!! KERAJAAN KATAK HARAM!!!!
Aku tengok Kamal tu pandai je cedok makna-makna dalam ayat Quran. Niat tu baik nak bagi sedaq kat orang. Tapi pong u kena sedaq orang lain tu tolong habaq yang tak betoi. Kekadang bila kita bercakap jgn syok sendiri je.
BalasPadamDAH BERAPA LAMA KAMU SEMUA HIDUP DIBAWAH KERAJAAN KATAK HARAM..TAK MAKAN KE ,SUSAH KALAU INI ALASAN SEBAB MALAS DAN BODOH
BalasPadamJANGAN NAK USIK ROSMAH BELAJAR HORMAT ESOK ORANG AKAN MAKI WAN JIJAH BINI SI BON TUUUTUT PULAK
BalasPadamKAMAL!!
BalasPadamAwasilah diri kamu daripada berjahat sangka kerana jahat sangka itu sebohong-bohong cakap??
INI BUKAN JAHAT SANGKA LAGI KAMAL!! TAPI DAH TERANG2 TAK BERTUDUNG.
P/S: PEMIMPIN UMNO DAN PENYOKONG UMNO MENGGUNAKAN NAS DAN HADIS AL-QURAN SEMATA2 UNTUK KEPENTINGAN DIRINYA SENDIRI.
DAH TERANG LAGI BERSULUH KE??
KAMAL!!
BalasPadamAwasilah diri kamu daripada berjahat sangka kerana jahat sangka itu sebohong-bohong cakap??
INI BUKAN JAHAT SANGKA LAGI KAMAL!! TAPI DAH TERANG2 TAK BERTUDUNG.
P/S: PEMIMPIN UMNO DAN PENYOKONG UMNO MENGGUNAKAN NAS DAN HADIS AL-QURAN SEMATA2 UNTUK KEPENTINGAN DIRINYA SENDIRI.
DAH TERANG LAGI BERSULUH KE??
SESUNGGUHNYA KEBAHAGIAN ITU ADA DALAM DIRI ANDA.SUDAH SEHARUSNYA ANDA MENGERAHKAN JERIH PAYAH ANDA UNTUK MEMPERBAIKI DIRI SENDIRI
BalasPadamJANGAN EJNGKAU MENGELUH JIKA SUATU HARI MENGALAMI KESULITAN,KERANA SESUNGGUHNYAANDA PERNAH MENGALAMI KEMUDAHAN DALAM WAKTU YANG CUKUP LAMA
DAN BERTAUBAT LAH KEPADA ALLAH,HAI ORANG ORANG YANG BERIMAN SUPAYA KAMU BERUNTUNG S
SURUH AN-NUR AYAT 31
yg haq tetap haq yg batil tetap batil..
BalasPadamish3..ada jugak org yang bela benda yg jelas2 haram..umno2..sampai mati perangai macam ni
BalasPadamDikelantan semua permis judi ditutup.
BalasPadamditrengganu semasa Pas memrintah semua kedai judi kena tutup.
Negeri kedah dalam proses utk menutup permis judi.
sebab apa dinegeri yang umno perintah 51 tahun, tak tutup pun
permis judi. Tolong Kamal bacakan
Ayat Al Quran dan Hadis yang halalkan judi ni.
Kalau ak tau tentang hukum hakam dalam persoalan agama, sila rujuk kepada Dato Ustazah masitah dan Dato Firdaus bekas iman mesjid Negara.
BalasPadammengata memang pandai ..laksana macam sial..tu semua kerja2 orang PKR yang bangsat..
BalasPadamOrang yang macam kamal yg menyusahkan kita semua.
BalasPadamkonon jagan berburuk sangka.
kalau dah hancur lebur umat islam baru nak baiki,buat apa lagi....
seeloknya gambar rafidak n kajolrizat tu tunjukkan Al quran yang dok ado d depan depa tu.kepala tak tutup,Quran dok depan.Yg ni org panggil menguna-guna agama.Baik ke mcm ni kamal.magkaq sungguh mentaliti puak2 ni.
Dah jadi perompak pun kena baik sangka,
dah jadi pelacur kena bai sangka..
apo punca fikir la puak ni......lahabau
Hai, Kamal aku tengok hang mcm budak sekolah, but hang ckp ikut makna dalam hadis tu je. tu bagi orang pekena hidung depa tapi depan mata jgn dok tutup jo. Bila orang kata memang ada bukti nyata, ya saja la, Tak yah nak berjela-jela gi.. takut hang terikut subahat sakmo. Ada betoi apa hang kato tapi kena terima yang nampak depan mato, hak tak nampak piee je lah. Mcm halal haram gak lah, tak tau kira halal la
BalasPadamDulu ingat gi, aku pong anak buah Imam tu, aku pong pernah mengaji kat dia tapi dulu apa yang dia habaq lain dah la ni, tak macam sejak dia masuk politik, tah aku pong Tak fahee, aku ingatlah mungkin orang nak kuasa bole ubah-ubah kato kot. Perbetoi jika aku salah no. maaf le uztaz.
BalasPadamAku masih tak faham ngapa puak benda tu hak individu, kalau kita dah nak beri contoh kat orang benda yang baik kena tunjuk yang baik. Perbetul kat keluarga sendiri tu cerita lain. kalau dah nak diri tu jadi hak orang ramai, nak suruh orang ikut,nak suruh orang tengok memanglah hak kita tegur macam lah mak bapa kita juga. Sebenarnya tak perlulah marah orang tegur tu atleast mereka beri peringatan, ada orang tak suka, kalau ramai tak suka tentu ada sebabnya. saya nak tanya, kalau kamu orang Islam pakai tudung suka tak? cuma memang itu hak dia nak pakai ke tak mau pakai, tapi hak orang ramai cakap memang dok yang salah tu je.
BalasPadamMasaalah aurat wanita,
BalasPadamsila rujuk permasaallahan
aurat kepada ustazah Dato Marsitah