script data-ad-client="ca-pub-8413987413612695" async src="https://pagead2.googlesyndication.com/pagead/js/adsbygoogle.js">
Selamat Hari Kebangsaan Dan Hari Malaysia 2026 | Rapatkan Ukhwah Eratkan Sillaturrahim | Terima Kasih Kerana Berkunjung Ke Sini, Sila Datang Lagi

..............................

Hits Pelawat PDO Mulai 31.08.2008

Kontroversi: Kerjasama Interpol Untuk Menjejaki Suspek, Kenapa Berbeza Antara Penulis Blog Raja Petra Kamaruddin Dengan Saudara Hilmi Malek !!

Sesuatu yang agak aneh dan mengelirukan sebenarnya berikutan kenyataan Ketua Polis Negara, Tan Sri Musa Hassan bahawa pihak polis akan meminta bantua Interpol untuk menjejaki Penulis Blog Raja Petra Kamaruddin yang kini khabarnya melarikan diri ke luar negara. Pengendali Blog Malaysia Today itu dipercayai terpaksa lari setelah mendapat ancaman daripada pihak tertentu berhubung dengan kes dan bukti-bukti kukuh yang beliau ada mengenai kes-kes berprofail tinggi yang melibatkan pimpinan tertinggi negara. Waran tangkap akan dikeluarkan oleh mahkamah setelah beliau dipercayai gagal untuk hadir dalam satu perbicaraan kes memfitnah isteri Perdana Menteri, Datin Seri Rosmah Mansor dan dua yang lain. Ramai pemerhati politik yang terkejut dengan tindakan Raja Petra menghilangkan diri, kerana beliau diakui antara "Blogger Panas" yang berani berhadapan dengan segala kenyataan dan kemungkinan yang akan berlaku. Apakah Raja Petra Kamaruddin kini terpaksa lari kerana sudah tidak yakin lagi dengan perbicaraan mahkamah yang akan beliau lalui itu agaknya?.

Tambahan pula, hujah ini diperkuatkan lagi tatkala melihat keputusan kes rayuan Zambry Kadir berhubung isu siapakah Menteri Besar Perak yang sah baru-baru ini. Maka itulah agaknya, Raja Petra tidak yakin perbicaraan yang akan beliau hadapi itu telus dan adil. Mahkamah pada bila-bila masa sahaja boleh membuat keputusan yang berat sebelah dan tidak masuk dek akal. Inilah antara faktor, beliau terpaksa lari dan menyembunyikan segala bahan-bahan bukti yang telah beliau perolehi selama ini. Persoalannya sekarang, kenapakah Musa Hassan selalu Ketua Polis Negara begitu cepat mengeluarkan kenyataan untuk meminta Interpol menjejaki Raja Petra jika keadaan memerlukan. Bagaimana pula dengan kes Hilmi Malek dalam isu "Gambar Bogel Elizabeth Wong" dulu. Bukankah pihak polis sudah menerima maklumat yang beliau juga berada di luar negara (Indonesia), tetapi kenapa sudah berbulan-bulan masih gagal dijejaki?. Kenapakan polis tidak menggunakan khidmat Interpol untuk menjejaki si Hilmi?. Apa bezanya Raja Petra dan Hilmi Malek ini sebenarnya? Sebenarnya, apa yang pasti ialah pihak polis diarahkan menggunakan Interpol untuk menjejaki Raja Petra, kerana kes yang beliau hadapi itu ada kaitan dengan pemimpin UMNO dan kerajaan sendiri. Malah kes tersebut melibatkan isteri Perdana Menteri, Najib Razak sendiri sebenarnya. Maka itulah beliau akan dijejaki hatta "hingga ke lubang cacing" sekali pun. Tetapi dalam kes Hilmi Malek, walaupun secara dasarnya pihak polis mendapati beliau sebagai "empunya angkara" dan terlibat secara langsung dengan kes "Elizabeth Wong", namun dek kerana kes itu melibatkan pemimpin pembangkang maka siasatan yang "standard" sahaja dilakukan.

Tidak perlu ada kepentingan untuk mengutamakan kes tersebut. Tambahan pula, dipercayai dalang yang terlibat disebalik kes "gambar bogel" itu adalah para pemimpin UMNO dan BN Selangor sendiri sebenarnya. Jika Hilmi dijejaki dan ditangkap, maka akan terbongkarlah berbagi cerita panas disebalik insiden berkenaan. Maka rakyat juga akan terpukau melihat semua adengan ini. Sebab itulah dari segi kepentingan menggunankan Interpol untuk menjejaki "tertuduh" ia lebih kepada mereka yang menghadapi kes bersangkutan dengan kempimpinan negara. Jika tidak, sudah pasti akan dibiarkan bebas tanpa sebarang tindakan. Inilah yang berlaku kepada Hilmi Malek sekarang. Malah, terdapat juga laporan yang mengatakan beliau sebenarnya sudah kembali ke Malaysia dann kini selesa berada di rumahnya dekat Ampang, Selangor tanpa gangguan daripada mana-mana pihak. Jika benar dakwaan ini, maka pihak polis harus profesional dalam melaksanakan tugas mereka dan tidak terikat dengan pihak-pihak tertentu sahaja. Keyakinan rakyat terhadap polis harus dikembalikan dan tidak dibiarkan terus begini. Rakyat sudah tidak yakin lagi polis dapat membantu mereka dalam hal-hal tertentu, sebaliknya polis lebih berselera menjalankan tindakan jika mempunyai kepentingan-kepentingan tertentu sahaja pada masa ini.

[Sehubungan dengan ini, PDO amat sangsi apakah kes "Liwat" yang akan dihadapi oleh Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim Julai ini bakal diadili dengan seadil-adilnya oleh Mahkamah Tinggi?. Sedangkan sebelum ini juga Peguam Anwar sudah beberapa kali mempertikaikan "rasional" kes berkenaan mahu dipindahkan?. Bahkan, sijil perpindahan pula ditandatangani oleh Peguam Negara, Ghani Patail iaitu individu yang dipercayai terlibat dalam kes pemalsuan laporan perubatan Anwar ketika ditahan di lokap polis dulu. Biarpun mahkamah memutuskan yang Ghani dan Musa Hassan tidak terlibat, namun segalanya adalah jelas dan rakyat Malaysia di seluruh dunia tahu akan hakikat yang sebenarnya. Maka itulah keyakinan terhadap badan kehakiman ini wajar kembali dipertikaikan selepas Mahkamah Rayuan membenarkan permohonan Zambry Kadir terhadap Nizar Jamaluddin baru-baru ini. Segalanya kini bagai sudah kembali kepada zaman azalnya dulu. Justeru itu semua pihak harus berhati-hati kali ini, jika tidak sudah pasti pemimpin pembangkang itu akan ke dalam sekali lagi dalam kes liwat terbarunya ini].

Share:

6 ulasan:

  1. Kes RPK dah masuk mahkamah, manakala kes eli masih dlam siasatan. Engkar hadhir ke mahkamah adalah satu kesalahan dibawah undang-undang. Kenalah faham undang-undang wahai PDO a.k.a cucumdaudkilau! Kalau tak nak faham jugak, ikut hang lah. Tapi apa yg jelas ulasan hang memang bo..h! asyik nak menyalahkan UMNO/BN, kerajaan, polis, hakim, majistret, dll. Ot.k hang tu yng du.gu dan be.al sebenarnya. Hang ni sekolah sampai kat mana?

    BalasPadam
  2. Anonymous said 2:54 PM!
    Hang ni memang otak udang merangkap bahlollll. Bila Mahkamah Tinggi umumkan Nizar Menteri Besar yang sah, BN terus buat rayuan.Pagi pukul 8.00 buat rayuan, pukul 10.00 pagi bicara dan pukul 2.00 petang terus dapat keputusan rayuan.Woi bahlol, budak darjah satu pun tahu ingin kelentong punya kerja.Rakyat marhaen bukan bodoh macam kamu. Yang kita mahukan ialah ketelusan.Mahkamah Malaysia sudah jadi macam mahkamah kat Zimbabwei...
    Tu cuba tanya, awat BN tak nak saman 19 akhbar luar negeri yang kata PM kita terlibat ngan kes Altantuya...Kesianlah PM yang kita kasihi, dituduh sedemikian rupa.Sepatutnnya sebagai warga negara kita patut pertahankan maruah PM kita ...betul tak?

    BalasPadam
  3. Kelebihan dan kekuatan DSAI hanya terletak pada beberapa perkara spt kelicikan dan kepetahan dlm pembohongan dan putar belit alam. Saman menyaman adalah satu lagi menu dan resepi dlm hidupnya. Beliau akan mengambil apa saja kesempatan yg ada dlm kes-kes mahkamah yg dihadapinya utk kepentingan dan agendanya. Beliau juga akan memanipulasikan keadaan supaya dunia akan melihat sistem kehakiman di Malaysia boleh diragui dimana beliau akan mengatakan terdapat pengaruh kerajaan didalam proses dan keputusan mahkamah. Percayalah, semua yg disebutkan tadi akan berlaku i.e beliau akan membuat tuduhan dan memutar belitkan keadaan dengan mengatakan terdapat konspirasi yg konsisten dpd pihak kerajaan utk menjatuhkan dan menganiaya beliau apabila keputusan mahkamah nanti tidak memihak kpd beliau. Percayalah!!!

    BalasPadam
  4. Anonymous 1 dan Anonymous 3 nak dikatakan bangang marah...tapi boleh dikategorikan tolol.

    Satu contoh aku nak bagi pada kedua-duanya. Tak lama lagi tambang pengangkutan awam nak naik. Bulan Sept nanti petrol nak naik. Penyokong-penyokong PR tak boleh kata apa-apa... bayar aje le. Kau yang meyokong Umeno dapat apa? Kau pun sama kena bayar macam penyokong PR. Kan boleh diketegorikan tolol untuk kedua-dua korang ni sebab menyokong tak bertempat. Bukan nak bantu rakyat dalam keadaan ekonomi meleset ni tapi nak menjahanamkan lagi hidup rakyat. Ini ke dikatakan berkhidmat untuk rakyat. poorah.

    Bagi aku senang cakap macam ni, korang dua-dua tolol ni bukannya Raja Petra atau Anuar Ibrahim atau sedara mara mereka berdua, boleh lah kau cerita yang bukan-bukan. Tapi kalau kena batang hidung korang baru korang tau. Kau pun tak pernah kena tahan bawah ISA kan begitu?

    Itu pasal orang tua-tua ada berkata.....hidup biar berakal, mati jangan berhantu. Jangan main sokong membabi buta. Berfikirlah sikit. Aku kalau betul aku kata betul walaupun ianya dari pemimpin PR atau Umeno. Orang nak sembahyang hajat dan puasa sunat pun nak kena tangkap.....ni cerita apa...ada betul ke? Ngok,

    BalasPadam
  5. Anonymous 1 bahalul mangkuk ayun, Anonymous 2 ngok bengong. Sokong membabi buta. Anak pinak juak2 BN dah kaya-raya. Hang dok camtu juga. Dapat duit RM50 semua depa buat betul bagi hang. Boleh Blahla...

    BalasPadam
  6. suka hati aku laak sokong bn ke umno ke hang peduli apa. hang dapat duit dari puak puak hang diam je... tak mengaku pulak tu pegedah...

    BalasPadam

PERINGATAN: PDO TIDAK BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP KOMENTAR YANG DI BUAT DALAM PORTAL INI. IA ADALAH PANDANGAN PERIBADI PEMILIK AKAUN BERKENAAN DAN TIDAK SEMESTINYA MENGGAMBARKAN PENDIRIAN KAMI. SEGALA RISIKO AKIBAT KOMEN YANG DISIARKAN MENJADI TANGGUNGJAWAB PEMILIK AKAUN TERBABIT. HARAP MAKLUM ~ ADMIN
[ Klik DI SINI Untuk Belajar Membaca Al-Quran Digital Online ]
PERINGATAN: PDO TIDAK BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP KOMENTAR YANG DI BUAT DALAM PORTAL INI. IA ADALAH PANDANGAN PERIBADI PEMILIK AKAUN BERKENAAN DAN TIDAK SEMESTINYA MENGGAMBARKAN PENDIRIAN KAMI. SEGALA RISIKO AKIBAT KOMEN YANG DISIARKAN MENJADI TANGGUNGJAWAB PEMILIK AKAUN TERBABIT. HARAP MAKLUM ~ ADMIN

Translate

Kunjungan Pelawat

Tukaran Matawang Asing

USD MYR CHARTS

Arkib Blog

Artikel Terkini

Parti Orang Asli Malaysia (ASLI) Gesa Kerajaan Tidak Hukum Masyarakat Orang Asli Secara Kolektif, Buru Dalang Penerokaan Tasik Bera

BERA: Parti Orang Asli Malaysia (ASLI) menggesa kerajaan  tidak menghukum masyarakat orang asli secara kolektif berhubung isu penerokaan Hu...

Media Pilihan

Blogger Pahang

PDO. Dikuasakan oleh Blogger.