script data-ad-client="ca-pub-8413987413612695" async src="https://pagead2.googlesyndication.com/pagead/js/adsbygoogle.js">
Selamat Hari Kebangsaan Dan Hari Malaysia 2026 | Rapatkan Ukhwah Eratkan Sillaturrahim | Terima Kasih Kerana Berkunjung Ke Sini, Sila Datang Lagi

..............................

Hits Pelawat PDO Mulai 31.08.2008

Eksklusif: Pakatan Rakyat Kembali Jadi Kerajaan Di Perak, Mahkamah Tinggi Isytiharkan Dato' Seri Mohd Nizar Jamaluddin Menteri Besar Yang Sah !!

Pahang Daily Online Merakamkan Ucapan Syabas Dan Tahniah Atas Kemenangan YAB Dato' Seri Ir.Nizar Jamaluddin Sebagai Menteri Besar Perak Yang Sah. Semoga Ia Akan Membawa Perubahan Baru Kepada Seluruh Rakyat Di Negeri Perak Khasnya Dan Malaysia Amnya. Tahniah Juga Buat Hakim Yang Jujur, Ikhlas Dan Profesional - Editor

KUALA LUMPUR [4.30 pm] - Mahkamah Tinggi di sini mengisytiharkan Datuk Seri Mohamad Nizar Jamaluddin (foto) sebagai Menteri Besar Perak yang sah, bukannya Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir. Keputusan itu dibacakan Hakim Mahkamah tinggi (Bahagian Rayuan dan Kuasa-Kuasa Khas), Datuk Abdul Aziz Abd Rahim, di sini, sebentar tadi. Nizar sebelum ini mengemukakan semakan kehakiman untuk mendapatkan pengisytiharan mahkamah bahawa beliau masih Menteri Besar Perak yang sah. Bagaimanapun, keputusan itu masih belum muktamad kerana pihak yang kalah boleh mengemukakan rayuan di Mahkamah Rayuan. Mohammad Nizar memfailkan semakan kehakiman itu pada 13 Februari lalu, memohon perintah injunksi bagi menghalang Zambry, yang dilantik Menteri Besar pada 6 Februari lalu, atau ejennya daripada menjalankan tugas sebagai Menteri Besar. Mohammad Nizar juga memohon perintah supaya Zambry memberikan tunjuk sebab bagaimana dan mengikut dasar atau kuasa apa beliau berhak memegang jawatan itu. Beliau turut memohon perisytiharan mahkamah, Zambry bukanlah Menteri Besar Perak dan tidak berhak menjawat jawatan itu. Selain itu, Mohammad Nizar juga memohon mendapatkan takrif mengenai Perkara 16 (6) Undang-undang Tubuh Kerajaan Negeri Perak (UTKP) sama ada jawatan Menteri Besar boleh dikosongkan. Pada 6 Februari lalu, Zambry mengambil alih pucuk pimpinan negeri Perak selepas Barisan Nasional (BN) mendapat sokongan 31 Adun berbanding 28 Adun bagi Pakatan Rakyat (PR). Sokongan kepada BN bertambah selepas Jamaluddin Mohd Radzi (PKR-Behrang), Mohd Osman Mohd Jailu (PKR-Changkat Jering) dan Hee Yit Foong (DAP-Jelapang) keluar parti masing-masing untuk menjadi ADUN Bebas serta menyokong BN. Mahkamah juga memutuskan Menteri Besar BN Datuk Seri Zambry Abdul Kadir dan enam exconya mengosongkan dengan kadar segera pejabat mereka di Bangunan Perak Darul Ridzuan di Ipoh. Dalam penghakimannya, hakim Abdul Aziz Abd Rahim berkata seseorang menteri besar hanya boleh dipecat melalui undi tidak percaya di DUN, seperti kes Stephen Kalong Ningkan.

[Kebenaran tertegak jua akhirnya, bila masih ada hakim-hakim yang jujur dan amanah dalam menjalankan tugasnya. Maka berakhirlah episod
"kurang ajar MB Samseng" Zambry Kadir. Bahkan beliau juga diarahkan meletakkan jawatan bersama kesemua exco-exconya. Inilah bukti jelas bahawa, memang UMNO dan BN telah melakukan kesilapan apabila merampas negeri Perak. Rakyat semakin benci melihat apa yang berlaku. Jika rakyat biasa boleh membicarakan kes ini dari sudut perundangan, maka apatah lagi golongan cerdik pandai dan yang arif dalam bidang perundangan. Sesuatu yang amat memalukan Zambry Kadir sebenarny dalam kes ini. Bahkan lebih malu lagi ialah PM Najib sendiri].
Share:

17 ulasan:

  1. Alhamdulillah.
    Syukur kehadrat Allah SWT.
    Sesungguhnya doa orang yg dizalimi amatlah mustajab.
    KEBENARAN PASTI DATANG.
    TAHNIAH DATO' SERI Ir NIZAR..
    TAKBIR!!!
    InsyaAllah kita jumpa di Melewar malam ini.

    BalasPadam
  2. TAHNIAH KEPADA HAKIM YANG BERANI MENEGAKKAN KEBENARAN. TAHNIAH KEPADA SEMUA PENCINTA KEBENARAN. BERANI KERANA BENAR, TAKUT KERANA SALAH. INGATLAH DUNIA HANYA SEMENTARA, AKHIRAT JUA YANG KEKAL SELAMANYA.

    BalasPadam
  3. kalau ini kesudahannya dan semua ni adalah kemenangan krn kerahmatanNya..syukur alhamdulillah..Amin

    BalasPadam
  4. Alhamdulillah..syukur ke hadrat Allah kerana memakbulkan doa rakyat Perak yang telah dizalimi dan telah dinafikan hak nya.

    BalasPadam
  5. Syukur alhamdullilah - perlu diingatkan bahawasanya kes telah dirayu dan salah seorang daripada hakim yang akan dengar rayuan mungkin Hakim Hacks ...

    BalasPadam
  6. Mana puok -puok bn ni.. senyap je.. Takkan senyap je.. Ari tu bukan main hebat lagi bantai puok pkr..

    BalasPadam
  7. Kita pakat tengok apa ada di berita tv31/4 malam karang...

    BalasPadam
  8. Jika nak buat sesuatu,ikutlah undang-undang.Jangan main sesuke je.Mentang-mentang kuasa ditangan.Lepas tu tuduh pula orang lain yang melanggar undang-undang.Biasanya Yahudi sahaja yang suka tuduh seme orang baik sebagai PENGGANAS.Dia adalah sebaik-baik makhluk dimuka bumi ini. Setinggi-tinggi Tahniah diucapkan kepada hakim-hakim yang berani menegakkan kebenaran.

    BalasPadam
  9. MB Nizar seharusnya membubarkan Dewan dan beri peluang rakyat membuat keputusan pula. Tidak perlu takut jika kita benar!

    BalasPadam
  10. Anonymous Anonymous said...

    Tahniah! Tapi jangan syok sangat sbb sidang tergempar DUN boleh dipanggil pada bila-bila masa. Disitu Nizar Ngeh boleh dipancung dgn undi tak percaya. Lepas tu Nizar akan berdegil tak nak menerima keputusan. Lepas tu Nizar Ngeh kena angkat bawa keluar dgn kerusi sekali....Ha ha bodohnya Melayu! Melayu Ngeh boneka DAP lawan Melayu UMNO/BN. Ha ha bodohnya Melayu!

    May 11, 2009 5:35 PM

    BalasPadam
  11. Takbir 3x Maakal Sakthi 3x
    Wel Wel Wel Wel Wel (Kavadi).

    BalasPadam
  12. Macamana ek kalau hakim tu isytihar Zambri MB yang sah. Mesti hakim tu kena maki hamun, disumpah seranah, dicelakakan, dibinatangkan dan dianjingkan. Tapi, nasib baik...hakim pun nak hidup beb!

    BalasPadam
  13. MALI DAP / GERAKAN / MCA / MIC KITA JOIN SEKALI. KITA MAHU HAK SAMA RATA. MALAYSIAN MALAYSIA. ITU PAS TAK LEH HARAP NANTI DIA LALI OOOO,

    BalasPadam
  14. tu la..kalau MB Zambry yg menang sah2 lah Hakim kena caci cerca...sbb tak nak kena gitu la hakim bg Nizar menang..cuba tgk Zambry cool je dgn hati terbuka terima..tp bila mahkamah sah kan 3 Adun masih memegang jawatan dan Zambry serta 6 exco boleh masuk Dewan,,tu keputusan Mahkamah tuh..puok PR sema kecoh kata haram la..maki sana sini..Korg PK la..apa demokrasi PR ni..Pelik Tp Benar...

    BalasPadam
  15. Alhamdulillah,keadilan tercapai utk YB Nizar

    Skrg,mari kita berdoa agar keadilan akan diberi kpd pihak2 PDO yg sdg menghadapi lawsuit drpd Saiful al fitnah

    BalasPadam
  16. bengong gak korang ni...dah namapun politik,m'sia pulak tu...kira saper keras la...dah macam cite tamil lak dah...DUSYUMMM!!!

    BalasPadam
  17. TUAN GURU BAWA SABAR, BIAR DUA TIGA HARI TENGOK KIRI ,TENGOK KANAN.SEBAB APA YANG TUAN GURU BUAT PENGARUHNYA BESAR,,SAYA TAK RELA TUAN GURU DI ....????????.WALAU SAYA BUKAN ORANG PAS..TETAP SAYA HORMAT,,KOHO KOHO LAH DULU

    BalasPadam

PERINGATAN: PDO TIDAK BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP KOMENTAR YANG DI BUAT DALAM PORTAL INI. IA ADALAH PANDANGAN PERIBADI PEMILIK AKAUN BERKENAAN DAN TIDAK SEMESTINYA MENGGAMBARKAN PENDIRIAN KAMI. SEGALA RISIKO AKIBAT KOMEN YANG DISIARKAN MENJADI TANGGUNGJAWAB PEMILIK AKAUN TERBABIT. HARAP MAKLUM ~ ADMIN
[ Klik DI SINI Untuk Belajar Membaca Al-Quran Digital Online ]
PERINGATAN: PDO TIDAK BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP KOMENTAR YANG DI BUAT DALAM PORTAL INI. IA ADALAH PANDANGAN PERIBADI PEMILIK AKAUN BERKENAAN DAN TIDAK SEMESTINYA MENGGAMBARKAN PENDIRIAN KAMI. SEGALA RISIKO AKIBAT KOMEN YANG DISIARKAN MENJADI TANGGUNGJAWAB PEMILIK AKAUN TERBABIT. HARAP MAKLUM ~ ADMIN

Translate

Kunjungan Pelawat

Tukaran Matawang Asing

USD MYR CHARTS

Arkib Blog

Artikel Terkini

Parti Orang Asli Malaysia (ASLI) Gesa Kerajaan Tidak Hukum Masyarakat Orang Asli Secara Kolektif, Buru Dalang Penerokaan Tasik Bera

BERA: Parti Orang Asli Malaysia (ASLI) menggesa kerajaan  tidak menghukum masyarakat orang asli secara kolektif berhubung isu penerokaan Hu...

Media Pilihan

Blogger Pahang

PDO. Dikuasakan oleh Blogger.