Apalah agaknya akan terjadi kepada rakyat Malaysia mutakhir ini. Dengan berbagai masalah politik yang melanda, ditambah lagi dengan masalah ekonomi yang kian merundum bahkan masalah sosial juga dilihat kian parah. Islam Hadhari yang dilaung-laungkan oleh Kerajaan Malaysia selama ini ternyata gagal untuk membentuk sahsiah, akhlak dan akidah umat Islam. Malah lebih parah lagi bagi golongan muda yang senantiasa dilihat menimbulkan banyak masalah kepada masyarakat. Dengan budaya rempit, bohsia, pelacuran, pergaulan bebas, arak, judi, seks rambang hinggalah kepada soal-soal akidah dan keimanan mereka sendiri. Apa yang terdaya kerajaan lakukan hanyalah memperbanyakkan lagi program-program yang menjurus ke arah keruntuhan akhlak generasi muda. Mereka disajikan dengan akitiviti yang lebih cenderung kepada dunia tanpa memikirkan akhirat seperti program rakan muda, Program Latihan Khidmat Negara dan banyak lagi yang berjalan atas landasan "membentuk jati diri". Sebaliknya, dari segi kerohanian dan spiritual Islamik itu sendiri. Hancur lebur generasi muda dibuatnya dek apa yang berlaku ini. Itu belum termasuk lagi dengan program-program hiburan realiti yang ternyata lebih banyak membawa kerosakan akhlak daripada kebaikan yang sebenarnya.
Program seperti Akademi Fantasia, One In A Million, Bintang RTM, Mentor serta banyak lagi, semuanya menjurus ke arah membawa kehancuran generasi muda Islam. Apakah kerajaan UMNO dan Barisan Nasional sedar semua ini. Ya, memang mereka sedar. Tetapi mereka sengaja tidak mahu membawa perubahan generasi muda ke arah mencintai Islam kerana gusar mereka akan beralih menyokong pembangkang dalam setiap kali pilihanraya di adakan. Golongan inilah yang akhirnya akan dilatih sebagai pejuang UMNO yang menyertai Pemuda, Putera dan Puteri UMNO. Akhirnya rosak dan punah masa depan golongan muda bila mereka yang sudah rosak akhlaknya ini diberi ruang untuk memesongkan pemikiran generasi muda yang lain. Inilah yang dikatakan, kerana takut hilang kuasa mereka sanggup lakukan apa sahaja. Walhal dalam masa yang sama melaung-laungkan Malaysia negara Islam. Mereka lupa, apakah ciri-cri negara Islam itu sebenarnya. Faktor inilah yang menyebabkan keruntuhan moral dan akhlak semakin menjadi-jadi sejak akhir-akhir ini. Apa yang mahu PDO bongkarkan disini ialah, susulan daripada keruntuhan akhlak inilah akhirnya ia terbawa-bawa hingga ke hari tua. Hasilnya, mereka ini sudah tidak dapat mengenal mana yang buruk mana yang baik, mana yang halal dan mana yang haram, mana intan mana kaca dan sebagainya. Apa yang penting "janji ada untung, semua belasah belaka". Akhirnya, perkara-perkara yang mendatangkan syirik dan menyekutukan Allah pun dianggap satu kesyukuran bagi mereka.Terbaru, kini heboh diedarkan dalam internet tentang "sikap terima kasih serta kesyukuran yang dibuat oleh ramai orang Melayu yang kononnya beragama Islam kepada Tok Sami Budhha dari Siam". Ini kerana, Tok Sami yang dianggap Tok Guru itu dikatakan menjadi penyelamat kepada kehidupan mereka dengan memberi kejayaan dalam aktiviti perjudian yang mereka sertai. Tok Sami dikatakan berjaya memberi nombor ramalan "Empat Nombor Ekor" yang berjaya mendapat hadiah utama. Seterusnya menyebabkan mereka berjaya menang dan kaya raya serta dapat keluar dari kemelut ekonomi dan masalah kewangan yang membelenggu diri mereka. Malah, sikap bersyukur kepada Tok Sami terbabit juga bukti jelas mereka kini sudah keliru bahawa perbuatan tersebut telah jelas menyeleweng dan terkeluar daripada ajaran agama Islam itu sendiri sebenarnya.
[Tanpa dapat membezakan apakah hukumnya berjudi dan bersyirik kepada Allah, maka mereka dengan tidak segan silu menghantar email kepada lebih ramai rakyat Malaysia agar menghubungi Tok Sami terbabit untuk mendapat nombor ramalan berkenaan. Alasannya sama, kita hanya berusaha tetapi tuhan yang menentukan. Adalah diharapkan agar perkara ini dapat dipantau oleh jabatan ugama Islam yang berkenaan. Jika tidak, sudah pasti amalan syirik yang memesongkan akidah ini akan membabitkan lebih ramai umat Islam. Semoga apa yang berlaku ini dapat dijadikan renungan dan ikhtibar buat meneruskan perjuangan ini].







Assalamualaikum wbt.
BalasPadamInilah yg dikatakan parti peruntuh agama berlindung sebalik drama pembangunan kemajuan tukang perabih duit rakyat dan segalanya yg menuju ke arah keji itulah intisari rancangan yg akan dibawa asal mereka dpt kekal kuasa.
Dari bayi hingga dewasa mereka di ajar menjadi manusia yg akan lupa agama lupa asal usul lupa tuhan pencipta dgn ilmu hiburan hiburan dari mlm sampai ke subuh. Bila anak muda leka berhibur mrk akan lupa hal lain lupa hal pentadbiran negara lupa agama. Yg makin kerap kita dengar bayi bayi terbuang, anak dara tiada dara dah lama, anak gadis bersepah beranak sana sini hasil dari hiburan berselerak.
Inilah yg dipanggil apa ke jadah pemimpin taghut, tidak berguna satu sen pun
Anak aku spm tahun lepas,
BalasPadamnampaknya ipt yang paling
berkuasa diMalaysia lanie
adalah Akademi Fantasia dan
one in the million.
mungkin aku akan hantar anak
aku melanjutkan pelajarannya
di Akademi tersebut. Depa kata
kalau dapat no 3 pun bolih jadi
kaya raya, inilah jalan yang
mudah anak aku nak jadi kaya raya,
depa kata senang jugak dapat
datuk kalau masuk akademi ni.
dah hampa tak mau ka, hantar anak2
hampa kat akademi ni, mashuk u pun
lanie payah dapat kerja.
Kata orang tua tua lah, " kalau takut di pukol ombak, jangan berumah di tepi Pantai "....
BalasPadamWahai rakyat malaysia.. bertaubatlah.. ingatlah Allah.. Sekarang ni dah akhir zaman.. Macam-macam penyakit pelik dah timbul.. sedarlah.. sedarlah.. sedarlah...
BalasPadampaling jijik bila buletin utama tv3 suku.. menyiarkan keparahan gejala mat rempit..
BalasPadamtapi tv3 juga menyiarkan drama-drama yang menggalakkan aktiviti tersebut..
cakap tak serupa bikin..
hanya mementingkan keuntungan semata-mata..
tak ada nilai moral langsung..