IPOH [10.58 pm] - Raja Muda Perak DYMM Raja Nazrin Shah telah memperkenankan Menteri Besar Perak Dato Seri Ir Nizar Jamaludin mengadap jam 8.30 pagi esok. Nizar akan disertai beberapa orang Adun dari Pakatan Rakyat. Sultan Perak DYMM Sultan Azlan Shah ketika ini berada di Amerika Syarikat. Marilah kita semua rakyat Malaysia berdoa agar krisis politik di Perak dapat diselesaikan secara baik dengan perkenan daripada Raja Nazrin untuk membubarkan Dewan Undangan Negeri Perak untuk membolehkan pilihanraya negeri diadakan untuk kembalikan mandat kepada rakyat membuat pilihan terbaik.
[Dalam pertemuan krew PDO dengan Nizar dalam ceramahnya di Maran Pahang baru-baru ini. Secara jelas Nizar mengakui bahawa hubungan beliau dengan pihak istana amat baik sekarang. Bahkan Raja Muda Perak juga bersedia untuk berkerjasama dengan Pakatan Rakyat. Malah ketika beliau mengiringi Raja Muda selepas merasmikan Sidang DUN Perak baru-baru ini, Nizar turut diberi kata nasihat dan semangat oleh Raja Muda. Apakah ini bermakna satu harapan cerah untuk DUN Perak dibubarkan].
PETALING JAYA [10.35 pm] - Dato' Seri Ir Mohammad Nizar Jamaluddin (foto) yang disahkan sebagai Menteri Besar selepas 96 hari ‘berehat’ akan mempengerusikan mesyuarat Exco pertamanya pada pukul 11 malam ini. Ia disahkan oleh Datuk Ngeh Khoo Ham yang merupakan Exco Kanan dalam kerajaan Pakatan Rakyat sehingga awal Februari lalu. “Kami akan adakan mesyuarat Exco pukul 11 malam dan selepas itu kami akan adakan sidang media,” katanya ketika dihubungi sebentar tadi. Mesyuarat itu turut disahkan oleh seorang lagi ADUN Pakatan, N. Sivanesan yang juga Exco sehingga Februari lalu. Ngeh yang Pengerusi DAP Perak berkata, esok pihaknya akan mempersembahkan permohonan untuk menghadap Raja Muda Raja Nazrin. “Esok, pagi kami cuma nak memohon untuk menghadap Tuanku bukan menghadap…media telah petik petang tadi,” katanya.
[Nampaknya kemelut politik yang melanda Perak kian berakhir dengan keputusan Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur hari ini. Anehnya, para pemimpin UMNO dan Barisan Nasional masih sukar untuk menerima kenyataan yang mereka telah "tewas". Inilah buktinya manusia yang gila kuasa dan tidak mahu tunduk kepada undang-undang ciptaan mereka sendiri. Semoga Pakatan Rakyat akan terus bertakhta dihati rakyat Perak].
[Nampaknya wajah PM Najib begitu "pucat" sekali ketika sidang media petang tadi. Beliau mungkin teruja dengan apa yang berlaku, ini kerana beliaulah yang menjadi punca semua angkara kemelut Politik di Perak ini sebenarnya. Najib malah menyatakan ada kes dan asas yang kuat untuk buat rayuan. Asas apakah lagi yang mahu dibuat, apakah asas diluar undang-undang dan perlembagaan seperti yang berlaku ini].
IPOH [7.15 pm] - Dato' Seri Mohammad Nizar Jamaluddin tidak akan kembali ke Perak hari ini kerana mempunyai beberapa program di ibu negara sepanjang hari. Pegawai Khasnya, Amran Harun, sehubungan itu menafikan Mohammad Nizar akan berusaha untuk menghadap Sultan Perak, Sultan Azlan Shah, di Istana Kinta petang ini, bagi mencadangkan pembubaran Dewan Undangan Negeri (DUN) Perak. "Beliau (Nizar) bagaimanapun akan menghadiri jemputan majlis pengurniaan pingat di Istana Iskandariah, Kuala Kangsar, pagi esok, bukannya mahu mengadap tuanku untuk minta bubar DUN," katanya ketika dihubungi hari ini. Amran sehubungan itu meminta orang ramai dan media tidak mempercayai khabar angin, sebaliknya mendapatkan pengesahan beliau.
[Biar pun mahkamah sudah berpihak kepada Nizar, apatah lagi rakyat Perak sendiri. Namun satu halangan besar untuk meneruskan kekuasan Pakatan Rakyat di negeri Perak ialah Sultan Perak sendiri. Ini kerana, kuasa membubarkan DUN adalah tertakluk kepada budi bicara tuanku. Di sinilah kita boleh melihat jelas siapakah Tuanku Sultan Perak ini sebenarnya. Kiranya beliau berjiwa rakyat, maka seharusnya hak dikembalikan kepada rakyat. Apa lagi yang mahu ditunggu, negeri Perak sudah kacau bilau dan carca merba dibuatnya. oleh puak-puak yang rakus untuk berkuasa serta membelakangkan undang-undang. hanya itulah sahajalah jalan yang terbaik buat seluruh rakyat di negeri Perak sebenarnya].
IPOH [6.25 pm] - Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir, berkata beliau menerima keputusan Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur yang mengisytihar Dato' Seri Ir.Mohamad Nizar Jamaluddin sebagai Menteri Besar Perak yang sah, dengan hati dan fikiran terbuka. "Saya serta rakan-rakan akan mengambil tindakan seterusnya mengikut lunas undang-undang," katanya dalam satu kenyataan di sini, sebentar tadi. Sehubungan itu, beliau meminta semua penyokong Barisan Nasional (BN) serta rakyat Perak supaya bertenang.
[Lucu benar mendengar kenyataan Si Zambry ini. Bila sudah tewas menerusi lunas undang-undang di mahkamah, barulah beliau mercakap mahumengambil tindakan mengikut lunas undang-undang. Soalnya undang-undang apa yang mahu diikut agaknya? Mungkin itulah "undang-undang rimba" yang diperkatakan kepada ADUN Pakatan Rakyat baru-baru ini. Beliau memintan penyokong BN bertenang, itu masuk akal. Tetapi meminta rakyat Perak bertenang itu langsung tidak masuk dek akal, kerana rakyat memang menolak kepiminan beliau dan BN sebenarnya].
Nizar Minta Zambry Dan Exco Lepaskan Jawatan
KUALA LUMPUR [6.22 pm] - Menteri Besar Perak, YAB Dato' Seri Mohammad Nizar Jamaluddin menggesa Menteri Besar BN, Datuk Seri Zambry Abd Kadir dan enam anggota exconya supaya melepaskan jawatan serta merta. Ini ekoran keputusan Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur hari ini yang mengisytiharkan Nizar sebagai menteri besar Perak yang sah. Nizar kini dalam perjalanan pulang untuk memohon menghadap Sultan Perak, Sultan Azlan Shah. Nizar perlu mendapatkan persetujuan baginda bagi membubarkan Dewan Undangan Negeri (DUN) bagi mengadakan pilihanraya negeri yang baru. Sementara itu, seorang pembantu Zambry memberitahu media bahawa BN Perak akan menghormati keputusan mahkamah dan akan segera mengosong pejabat mereka. Sementara itu, dalam reaksinya, pemimpin DAP, Lim Kit Siang memuji keputusan tersebut. Menurutnya, ini merupakan kali pertama mahkamah memulihkan keyakinan rakyat terhadap bidang kehakiman.
[Nampaknya episod letak jawatan kini berlaku lagi. Jika dulu Zambry memaksa Nizar dan exconya meletak jawatan selepas merampas kuasa di negeri itu. Kini beliau akan menikmati semula segala "hidangan" yang telah disajikan kepada Pakatan Rakyat dulu. Mungkinkah selepas ini Zambry dan exco-exconya akan membeli pula kereta Toyota Camry yang ditender oleh mereka itu agaknya. Wal hasil balik asal].
BN Masih Ada Kelebihan Speaker Haram
IPOH [6.15 pm] - Barisan Nasional Perak masih mempunyai kelebihan di Dewan Undangan Negeri kata seorang pemimpin UMNO. Mahkamah hanya tidak mengiktiraf pelantikan Zambry sebagai Menteri Besar sahaja, tetapi pelantikan Speaker baru DUN Perak, Datuk R Ganesan adalah masih sah. Ekoran itu, Ganesan boleh memanggil sidang khas DUN di mana usul tidak percaya oleh dikemukakan terhadap Nizar. Dengan sokongan '28 + 3' ADUN, berbanding 28 ADUN Pakatan, BN tidak menghadapi masalah untuk meluluskan usul tersebut. Sementara itu, beberapa trak Unit Simpanan Persekutuan (FRU) dilihat tiba di bangunan SUK di Ipoh.
[Nampaknya, puak-puak UMNO dan BN masih tidak dapat menerima keputusan mahkamah lagi agaknya. Mereka lupa bahawa Ganesan itu juga adalah Speaker HARAM yang merampas kuasa Sivakumar secara zalim baru-baru ini. Jika MB Haram pun mahkamah istiyhar tidak sah, maka apatah lagi dengan Speakaer Haram sebenarnya. FRU sudah mula mengambil tempat untuk menganyang pemimpin dan penyokong Pakatan Rakyat. Siapakah yang memberi arahan jika tidak sepupu Najib, Menteri Dalam Negeri Si Hishamuddin Hussein itu agaknya].
Exco Terima Keputusan, Zambry Pula Hilang
KUALA LUMPUR [6.02 pm] - Dr.Zambry Kadir dan ahli Exconya akur dengan keputusan Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur yang mengisytiharkan Datuk Seri Ir.Mohamad Nizar Jamaluddin sebagai Menteri Besar Perak yang sah dan bersedia mengosongkan pejabat masing-masing. Perkara ini dinyatakan Ketua Penerangan Negeri Perak, Hamdi Abu Bakar. Zambry yang dalam perjalanan dari Ipoh ke sini untuk menghadiri majlis ulang tahun UMNO ke-63, tidak dapat dihubungi.
[Nizar hilang?. Inilah akibatnya bila ego, sombong dan bongkak bila mendapat sedikit kuasa. Akhirnya Allah menarik balik segala-galanya dan anda sendiri akhirnya yang menanggung malu untuk berhadapan dengan rakyat. Apakah kehilangan Zambry ini sama dengan apa yang berlaku kepada tiga ADUN bebas itu agaknya. Maka itu, eloklah UMNO Perak mencari Zambry di rumah Najib dekat Pekan. Mungkin Zambry mengadu nasib supaya Najib membantu beliau. Atau stidak-tidaknya menarik beliau ke pusat sebagai Senator seperti Maznah Mazlan di Pahang dulu. Kasihan benar melihat Zambry dan exco-exconya. Itulah.. dulu Speaker DUN Perak menyuruh keluar dewan akibat digantung anda melawan. Malah menarik pula Sivakumar keluar dewan secara paksa. Sekarang nasi sudah menjadi bubur. Anda terpaksa balik semula ke Pulau Pangkor dan bertafakur dalam tidur mencari ilham baru untuk menaikkan kembali imej beliau itu].
Bubar DUN, Nizar Akan Mengadap Sultan Perak
KUALA LUMPUR [5.39 pm] - YAB Dato' Seri Mohamad Nizar Jamaluddin yang diisytihar sebagai Menteri Besar Perak yang sah oleh Mahkamah Tinggi di sini, berkata beliau akan menghadap Sultan Perak, Sultan Azlan Shah, untuk memohon restu bagi pembubaran Dewan Undangan Negeri (DUN) Perak. Menurut satu sumbr, Nizar dijangka akan mengadap Sultan Perak petang ini juga. Sementara itu, beliau juga akan meminta Exco Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir dibubarkan dan mengadakan mesyuarat Exco beliau secepat mungkin. Katanya, beliau juga akan menggantung Penasihat Undang-Undang Negeri Perak kerana tidak memberi kerjasama selama kemelut pentadbiran itu berlaku, malah lebih banyak bertindak sebelah pihak.









kenapalah bangang dan bengong puak PAS ini. UMNO/Bn tak kecoh-kecoh pun dengan keputusan mahkamah. Kamulah yang menghina mahkamah selama ini tetapi hari ini kamu mahu mempercayai mahkamah. Tahi!. Percaya bahawa orang UMNO tidak merusuh dengan keputusan mahkamah itu. Mereka akan akur. Itu undang-undang dan jika BN boleh hormat undang-undang, mengapa Pas tidak. Fikirlah.
BalasPadamYa la, memang betul ulasan kat atas tu. Cuba kalau mahkamah isytihar Zambri sbgai MB yang sah, dah tentu si hakim tu akan dimaki hamun, disumpah seranah, dicelaka, dibinatangkan, dianjingkan, dan macam-macam bentuk hamun/sumpah seranah lagi.. mesti dia kata penghakiman tu dipengaruhi UMNO/BN, dah tentu hakim tu orang UMNO, memang dah tentu hakim akan dihina spt mana Hakim Datuk Paul Augustine pernah dihina. Busuk betul hati perut PKR ni..
BalasPadamBe end sebenarnya tak terima juga..kalu ikutkan hati nak je bwat demo, tap takde sape nak ikowt..hahaha..
BalasPadamyang ada cuma zambri dan 6 eko kuncu2nya..tambah ko sorang lagi..7 orang,,demo pe cenggini..hahaha
..lek2,gua gurau jerk..jgn mara,nnt kena jual..hahaha
Kalau MB mahkamah dah istihyar Haram, Speaker pun Haram. Puak AMNO benggong, putarbelit fakta.
BalasPadamLepaeh ni hakim mahkamat tinggi yg buat keputusan Ir Nizar sbg MB yg sah, mungkin kena pecat pulak.
BalasPadamhampa tunggu la, apa Najib akan buat keputusannya.
http://aisehman.org/?p=1325
BalasPadamkpd berminat sila ke URL di atas utk memahami maksud tersirat di sebalik keputusan mahkamah ini. Nak saya tampal di sini panjang sangat. Asasnya ialah "PR kini milik majoriti di Dewan Perak"
ye la tu..bila keputusan mahkamah memihak kpd korang, bukan main puji lagi sistem kehakiman negara. Tiada cacat celanya. Semuanya sempurna belaka. Memang betul apa yg diulaskan oleh anonymous 7.11pm tu; para penyokong/ahli PKR ni memang busuk hati perutnya.
BalasPadamTakbir 3x Makaal Sakhti 3x
Wel Wel Wel Wel Wel Wel 3x
salam...
BalasPadampada puak2 UMNO...dah kalah tu wat cam kalah yerk...mmg la korang tak kecoh kan sbb korang kalah... cuba menang...musti lain cito especially media umno....btul tak...
UMNO giler kuasa/perampas/perompak/penyamun.. ni la bala tuhan...
bodoh melayu. melayu boneka/kuda DAP lawan melayu UMNO. Ha ha ha melayu memang bodoh. Ha ha ha melayu "born loser", kaya kuasa tapi miskin ekonomi, tapi masih nak berlagak!
BalasPadamaku akan jadi boneka lagi yahoooo. aku akan lulus semua kepada kawan2 masa mesyuarat exco nanti.pengapit aku hindu dan cina. yahooo
BalasPadamteman nak beri hak sama rata la wey. nak hapus semua kuota. biar melayu jadi pak turut la wey. oooo
BalasPadammesyuarat exco akan datang akan meluluskan semua hak milik tanah sementara atau pajakan dari 99 tahun ke 9,999 tahun. Fokus utama di Ipoh dan Setiawan. Lepas tu di Kuala Kangsar, Taiping, Tg Malim dll. Selamat jalan melayu Perak. Selamat jalan sejarah pasir salak. Selamat sejahtera Nizar, Ngeh, dan Siva. Selamat kembali dan selamat datang cucu cicit puak kerabat Gee Hin dan Hai San.
BalasPadamKorang pk2 la..kat Teluk INtan..sap yg pegang kalau tak puak2 Ghee Sin dan Hai San..org2 melayu dok wat gerai tepi jalan..depan rumah...huhuh
BalasPadamOrang Melayu dok terpinggir ditepi sungai dan hanya memandang saje kat menara condong tu..Itu je yang mampu! Sekarang keadaan dah hanging..apa nak jadi dgn Negeri Perak Darul Ridzuan. Melayu oh Melayu. Ya Tuhan, kasihanilah dan bantulah lah saudara Melayuku di Negeri Perak DR! Amin..
BalasPadamApa nak mengeluh. Sebab Melayu tidak tahu menjaga Melayu. Banyak penghasad -pedengkinya, Dulu bila diberi peluang Tak mahu jaga, marah kat orang sendiri sebab takut nak ambik kuasa. Carilah pelbagai alasan dan cara supaya bukan dia dituduh yang buat angkara. Akhirnya Melayu bermusuhan.... jadi carilah siapa punya angkara kemelut yang sekarang tengah melanda. Jangan nak salahkan sesiapa salahkan mereka yang menghancurkan bangsa konon-konon penegak jadi pejuang negara. dah tau dah siapa dia.
BalasPadam