script data-ad-client="ca-pub-8413987413612695" async src="https://pagead2.googlesyndication.com/pagead/js/adsbygoogle.js">
Selamat Hari Kebangsaan Dan Hari Malaysia 2026 | Rapatkan Ukhwah Eratkan Sillaturrahim | Terima Kasih Kerana Berkunjung Ke Sini, Sila Datang Lagi

..............................

Hits Pelawat PDO Mulai 31.08.2008

Cyberita Terkini Daripada Pelbagai Sumber Media

MB Zambry Kadir Mahu Saman Suara Keadilan

PANGKOR, 1 Jan [2.44 pm] - Menteri Besar Perak, Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir (foto), hilang sabar dan akan menyaman Suara Keadilan kerana memfitnah beliau kononnya ditahan di Amerika Syarikat ketika mengetuai misi pelaburan ke negara itu, baru-baru ini. Dalam laporan itu, Zambry dikatakan ditahan sebelum dihantar pulang ke Malaysia kerana namanya ada dalam senarai pengganas. Dalam sidang akhbarnya di sini, hari ini, beliau berkata ini saman fitnah pertama sepanjang karier politiknya.

[Zambry Kadir wajar cerminkan dirinya dulu sebelum bertindak untuk menyaman akhbar Suara Keadilan. Walhal selama ini memang telah banyak fitnah yang dilemparkan kepada pemimpin Pakatan Rakyat di Perak. Mungkin, ada orang menganggapnya sebagai pengganas kerana rampasan kuasa yang dilakukan terhadap kerajaan Pakatan Rakyat di negeri itu sebenarnya. Maka itulah Zambry tidak perlu melatah !! ].

Bekas Menteri Penerangan, Tok Mat Meninggal

KUALA LUMPUR, 1 Jan [12.32 pm] - Bekas Menteri Penerangan dan Setiausaha Agung Umno Tan Sri Mohamed Rahmat (foto), meninggal dunia di kediamannya di Bukit Damansara, Kuala Lumpur pagi ini. Allahyarham, yang sepatutnya menyambut ulang tahun kelahirannya ke-72 pada Isnin depan, dilaporkan meninggal dunia dalam tidur. Anak sulungnya Datuk Nur Jazlan, yang juga Ahli Parlimen Pulai, berkata bapanya disedari meninggal dunia pada kira-kira 8 pagi ini ketika ibunya, Puan Sri Salbiah Abdul Hamid mengejutnya bangun daripada tidur. "Beliau meninggal dalam tidur," katanya ketika ditemui pemberita di kediaman bapanya di sini, hari ini. Nur Jazlan berkata Allahyarham akan dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Bukit Kiara di sini selepas Asar. Beliau berkata Allahyarham bapanya menghidapi penyakit buah pinggang sejak 10 tahun lalu dan perlu menjalani rawatan dialisis setiap hari. Sinonim dengan gelaran ''Tok Mat'', pemimpin veteran Umno itu menjadi Menteri Penerangan sebanyak dua kali iaitu dari 1978 hingga 1982 semasa kepimpinan Tun Hussein Onn dan dari 1987 hingga 1999 ketika kepimpinan Tun Dr Mahathir Mohamad. Allahyarham pernah berkhidmat sebagai Duta Besar Malaysia ke Indonesia bertaraf Menteri dari 1982 hingga 1984. Selain itu, Allahyarham menyandang jawatan Setiausaha Agung Umno sejak 1988 hingga 1996 dan setiausaha agung Barisan Nasional (BN) dari 1988 sehingga 1999. Semasa menjadi Menteri Penerangan, allahyarham memperkenalkan Program "Setia Bersama Rakyat" (Semarak) yang bertujuan meningkatkan semangat cintakan negara.

[PDO mengambil kesempatan untuk merakamkan ucapan sekalung takziah kepada keluarga Allahyarham Tok Mat. Namanya cukup harum dikalangan generasi muda, tambahan pula dengan tindakannya memtong rambut dua orang penyanyi rock iaitu Awie Wings dan Amy Search ketika itu. Pemergiannya merupakan satu kehilangan besar kepada negara. Jasa-jasanya amat banyak untuk dikenang, maka itu pemergiaannya wajar diingati oleh rakyat Malaysia. Beliau tidak seperti Menteri Penerangan selepas itu, yang banyak membuat kontroversi serta melaga-lagakan rakyat pelbagai kaum dan fahaman politik di negara kita sebenarnya].

Share:

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

PERINGATAN: PDO TIDAK BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP KOMENTAR YANG DI BUAT DALAM PORTAL INI. IA ADALAH PANDANGAN PERIBADI PEMILIK AKAUN BERKENAAN DAN TIDAK SEMESTINYA MENGGAMBARKAN PENDIRIAN KAMI. SEGALA RISIKO AKIBAT KOMEN YANG DISIARKAN MENJADI TANGGUNGJAWAB PEMILIK AKAUN TERBABIT. HARAP MAKLUM ~ ADMIN
[ Klik DI SINI Untuk Belajar Membaca Al-Quran Digital Online ]
PERINGATAN: PDO TIDAK BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP KOMENTAR YANG DI BUAT DALAM PORTAL INI. IA ADALAH PANDANGAN PERIBADI PEMILIK AKAUN BERKENAAN DAN TIDAK SEMESTINYA MENGGAMBARKAN PENDIRIAN KAMI. SEGALA RISIKO AKIBAT KOMEN YANG DISIARKAN MENJADI TANGGUNGJAWAB PEMILIK AKAUN TERBABIT. HARAP MAKLUM ~ ADMIN

Translate

Kunjungan Pelawat

Tukaran Matawang Asing

USD MYR CHARTS

Arkib Blog

Artikel Terkini

Shahaniza Timbulkan Persoalan: Jika Kementerian Kewangan (MOF) Yang keluarkan waran, Bagaimana KKDW Boleh ‘Terlebih Belanja’?

KUANTAN: Persoalan mengenai dakwaan Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah (KKDW) ‘terlebih belanja’ perlu dijelaskan secara terperinci deng...

Media Pilihan

Blogger Pahang

PDO. Dikuasakan oleh Blogger.