script data-ad-client="ca-pub-8413987413612695" async src="https://pagead2.googlesyndication.com/pagead/js/adsbygoogle.js">
Terima Kasih Kerana Berkunjung Ke Sini, Sila Datang Lagi

..............................

Hits Pelawat PDO Mulai 31.08.2008

Kontroversi: Isu Bakar Gereja, Kenyataan Datuk Hishamuddin Bahawa Pihak Polis Akan Tangani Insiden Ini Secara Profesional Amatlah Diragui !!

Isu khalimah Allah yang sedang hangat diperkatakan sekarang ini dilihat telah benar-benar berjaya memesongkan minda rakyat Malaysia. Susulan isu tersebut maka timbul pula insiden bakar gereja dan entah apa yang akan berlaku selepas ini agaknya. Tambah mengejutkan pihak polis semalam hanya mengatakan mereka sudah "hampir mengenalpasti suspek" yang bertanggungjawab dalam kes berkenaan. Soalnya, apakah tindakan membakar beberapa buah gereja di Lembah Kelang, Taiping Perak dan Seremban, Negeri Sembilan itu hanya dilakukan oleh suspek berkenaan?. Kenyataan tersebut telah dibuat oleh Menteri Dalam Negeri, Datuk Hishamuddin Hussein (foto) dalam satu sidang medianya semalam. Ramai rakyat yang percaya bahawa isu ini adalah "satu skrip dan ciptaan" UMNO BN bagi mengalih perhatian rakyat terhadap isu utama yang perli diberi perhatian seperti kenaikan harga gula, isu laporan bedah siasata kedua Teoh Beng Hock, isu pendedahan P.Balasubramaniam tentang penglibatan beberapa individu penting dalam kes pembunuhan Altantunya. isu PKFZ, isu kehilangan enjin pesawat pejuang F-5E ATM dan banyak lagi. Isu-isu ini seolah-olah sengaja disorok dari perhatian rakyat, lantaran itulah isu khalimah Allah ini terus dimainkan oleh media arus perdana. Akibatnya rakyat dilihat semakin takut dan seolah-olah negara ini berada dalam keadaan huru-hara dan tidak tenteram. Biarpun UMNO BN menafikan bahawa semua insiden ini adalah ciptaan mereka, namun rakyat lebih bijak menilai sebenarnya. Kes bakar gereja misalnya, tidak sepatutnya berlaku dalam sebuah negara harmoni seperti Malaysia ini.
Tidak ada rakyat Malaysia yang berfikiran waras tergamak dan sanggup melakukan perbuatan demikian, melainkan mereka yang mendapat arahan pihak tertentu dan merasa diri mereka dilindungi. Ada kemungkinan kebakaran itu telah dirancang dengan baik bagi menimbulkan ketegangan agama dan kaum itu sendiri. Malah, susulan daripada kebakaran tersebut tiba-tiba kerajaan UMNO BN pimpinan Najib Razak begitu cepat mengumumkan peruntukan besar mencecah jutaan ringgit untuk tujuan membaik pulih premis itu. Isu pokoknya tentang penggunaan khalimah Allah masih belum selesai, tetapi kenapa PM begitu cepat dan prihatin meluluskan peruntukan tersebut agaknya. Bukankah ini amat memuyskilkan kita. Apakah memang ada perancangan agar gereja-gereja itu dibakar bagi menimbulkan ketegangan, lantaran pihak gereja telah dimaklumkan yang mereka akan mendapat peruntukan jutaan ringgit akibat insiden itu. Lantaran itulah kita tidak hairan, gereja yang dibakar berturut-turut itu tidak langsung dikawal dengan rapi oleh pihak polis. Walhal, mengikut logiknya apabila kebakaran gereja pertama berlaku maka pihak polis wajar mengawal dengan rapi gereja-gereja lain di Lembah Kelang. Malah, polis juga boleh menempatkan pondok polis bergerak di lokasi terbabit jika mereka serius untuk menangani isu ini. Namun, kenapakah ini semua tidak dilakukan. Malah mereka mengarahkan pula pihak gereja menyediakan pasukan kawalan sendiri untuk memantau perkara tersebut. Inilah yang menimbulkan keraguan rakyat tentang cara dan kaedah yang digunakan oleh pihak polis dalam memastikan insiden seperti ini dapat ditangani dengan cepat dan pantas sebenarnya.
[Sepatutnya, kes seperti ini perlu ditangani dengan segera oleh pihak polis dan bukannya perlu menunggu masa yang lama semata-mata untuk menyatakan "hampir mengenalpasti suspek". Ini kerana kita takut suspek yang dikenali itu adalah "kambing hitam" yang terpaksa dijadikan bahan "lawak jenaka" untuk menunjukkan kononnya kerajaan berjaya menangani kes ini. Rakyat sudah muak dengan cara dan kaedah yang digunapakai oleh pihak polis dalam menjejaki suspek kes-kes seperti ini. Kita masih ingat, dalam kes pembunuhan kanak-kanak Nurin Jazlin dan ramai lagi, suspek yang dikenalpasti sehingga kini masih belum berjaya ditahan atau dibawa kemuka pengadilan. Malah, suspek yang dipercayai terlibat itu sudah dirakamkan menerusi CCTV. Itupun mereka masih gagal menjejakinya, walaupun mendapat khidmat FBI dalam mengenalpasti suspek terbabit. Mungkin kes bakar gereja ini juga akan mengulangi kes itu agaknya. Oleh itu, kita jangan terlalu yakin kes ini dapat diselesaikan dengan sebaik mungkin kerana apa yang pasti segalanya sudah diskripkan].
Share:

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

PERINGATAN: PDO TIDAK BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP KOMENTAR YANG DI BUAT DALAM PORTAL INI. IA ADALAH PANDANGAN PERIBADI PEMILIK AKAUN BERKENAAN DAN TIDAK SEMESTINYA MENGGAMBARKAN PENDIRIAN KAMI. SEGALA RISIKO AKIBAT KOMEN YANG DISIARKAN MENJADI TANGGUNGJAWAB PEMILIK AKAUN TERBABIT. HARAP MAKLUM ~ ADMIN
[ Klik DI SINI Untuk Belajar Membaca Al-Quran Digital Online ]
PERINGATAN: PDO TIDAK BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP KOMENTAR YANG DI BUAT DALAM PORTAL INI. IA ADALAH PANDANGAN PERIBADI PEMILIK AKAUN BERKENAAN DAN TIDAK SEMESTINYA MENGGAMBARKAN PENDIRIAN KAMI. SEGALA RISIKO AKIBAT KOMEN YANG DISIARKAN MENJADI TANGGUNGJAWAB PEMILIK AKAUN TERBABIT. HARAP MAKLUM ~ ADMIN

Translate

Kunjungan Pelawat

Tukaran Matawang Asing

USD MYR CHARTS

Arkib Blog

Artikel Terkini

Tengku Ampuan Pahang Mencuri Perhatian Bila Duduk Bersama Graduan Lain Sebagai Seorang Pelajar Pada Majlis Konvokesyen UIAM Ke-42

GOMBAK:  “Saya masuk ke dewan ini sebagai Tengku Ampuan Pahang. Saya duduk bersama saudara dan saudari sebagai seorang pelajar. Saya melangk...

Media Pilihan

Blogger Pahang

PDO. Dikuasakan oleh Blogger.