script data-ad-client="ca-pub-8413987413612695" async src="https://pagead2.googlesyndication.com/pagead/js/adsbygoogle.js">
Selamat Hari Kebangsaan Dan Hari Malaysia 2026 | Rapatkan Ukhwah Eratkan Sillaturrahim | Terima Kasih Kerana Berkunjung Ke Sini, Sila Datang Lagi

..............................

Hits Pelawat PDO Mulai 31.08.2008

Cyberita Terkini Daripada Pelbagai Sumber Media

Ketua Pasukan Bertindak DAP Keluar Parti

GEORGETOWN, 7 Jan [3.00 pm] - Ketua Pasukan Bertindak DAP Pulau Pinang, Tham Weng Fatt (foto), 54, mengumumkan meletakkan jawatan dan keluar daripada parti serta menyertai Parti Cinta Malaysia (PCM), berkuat kuasa serta merta. Tham yang menyertai DAP lebih 22 tahun itu berkata, keputusan berkenaan diambilnya selepas beliau tidak sehaluan dengan kepimpinan parti yang tidak menjaga kepentingan rakyat sejak memerintah negeri ini pada Mac 2008, lalu. Beliau berkata, surat peletakan jawatan dan keluar parti itu akan diserahkan kepada Pengerusi DAP negeri, Chow Kon Yeow, dalam tempoh tiga hari.

[Sungguh malang menjadi Tham Weng Fatt, biarpun usianya sudah 54 tahun tetapi masih tidak dapat berfikiran secara kritis dan inovatif. Hanya kerana pihak Kerajaan Tempatan mahu mengenakan parking kepada rakyat, maka dikira kerajaan tidak membantu membela nasib rakyat. Jika inilah alasannya, maka banyak lagi bandar-bandar lain diseluruh negara yang ditadbir oleh UMNO BN berbuat demikian. Kenapa beliau tidak menyanggah?. Ini semua mungkin dek kerana dia sudah mendapat habuan pihak tertentu untuk merosakkan imej DAP Pulau Pinang].

Inkues Teoh Beng Hock Ditangguh 15 Januari


SHAH ALAM, 7 Jan [11.12 am] - Mahkamah Koroner menangguhkan prosiding inkues kematian bekas Setiausaha Politik Exco Selangor, Teoh Beng Hock (foto), kepada 15 Januari bagi mendengar hujah ked ua-dua pihak berhubung permohonan abang mangsa supaya seorang pegawai Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dikenakan tindakan menghina mahkamah. Peguam Karpal Singh yang mewakili abang Beng Hock, Teoh Meng Kee mendakwa laporan polis sengaja dibuat bagi menakut-nakutkan dan mengugut Dr Pornthip daripada memberi keterangan berhubung bedah siasat kedua ke atas Beng Hock baru-baru ini. Katanya, mahkamah perlu mendengar permohonan Meng Kee yang memfailkan usul pada Selasa lalu, supaya pegawai SPRM, Raub Ghani dikenakan tindakan menghina mahkamah dulu, sebelum meneruskan prosiding. Karpal berkata, Dr Porntip memerlukan satu jaminan supaya beliau tidak ditangkap oleh pihak imigresen ketika tiba di negara ini. Koroner Azmil Muntapha Abas pada awalnya tidak bersetuju dengan cadangan Karpal untuk mendengar permohonan itu kerana berpendapat ia adalah isu luar daripada inkues dan berhasrat meneruskan prosiding dengan menetapkan tarikh untuk membolehkan doktor yang terbabit memberi keterangannya.

[Satu perbuatan yang cukup memalukan bilamana Pegawai SPRM membuat laporan polis terhadap pakar patalogi yang melakukan bedah siasat untuk mencari keadilan buat si mati. Kenapa ini berlaku? Bukankah ia melibatkan campurtangan pihak atasan yang tidak mahu nama SPRM yang sudah tercemar itu menjadi lebih hina selepas ini agaknya. Namun, kenyataan dan hakikat harus diterima oleh semua pihak jika benar beliau mati dibunuh. Kenapa mereka masih mahu menutup kes ini dengan melakukan berbagai alasan yang tidak munasabah sama sekali].


Kes Liwat, Anwar Teruskan Permohonan Qazaf

KUALA LUMPUR, 7 Jan [10.20 am] - Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim (foto), memfailkan permohonan bagi mendapatkan perintah Mahkamah Tinggi Syariah untuk mengarahkan tiga responden meneruskan prosiding pertuduhan Qazaf kes liwat terhadap bekas pembantu peribadinya, Mohd Saiful Bukhari Azlan. Beliau yang memfailkan permohonan itu di Pejabat Pendaftar Mahkamah Tinggi Syariah, di sini menamakan Ketua Pendakwa Syarie, Shamsudin Husin sebagai responden pertama manakala pengarah Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (Jawi) Che Mat Che Min dan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Jamil Khir Baharom masing-masing sebagai responden kedua dan ketiga. Antara perkara yang dinyatakan dalam notis permohonan termasuk, membenarkan ketua pendakwa menjalankan tanggungjawab untuk failkan pertuduhan kazaf terhadap Saiful dan responden kedua dan ketiga tidak boleh halang responden pertama menjalankan tugas dalam kes berkenaan. Qazaf ialah tuduhan atau kenyataan palsu terhadap seseorang dan ia adalah satu kesalahan yang jika disabit boleh dihukum penjara tiga tahun, denda RM5,000 atau kedua-duanya sekali menurut Mahkamah Syariah.

[Malaysia hanya ada Islam pada nama sahaja, sebaliknya kerajaan yang ada jelas sekali menghina agama Islam itu sendiri sebenarnya. Langkah melewat-lewatkan pertuduhan Qazaf terhadap Saiful Bukhari Azlan bermakna Mahkamah Syariah juga sudah dikawal ketat oleh kerajaan UMNO dan BN. Lantaran itulah keadilan terhadap Anwar terpaksa dinafikan. Mereka takut rahsia sebenar sandiwara liwat II ini terbongkar].


MB Nizar Jamaluddin Cedera Akibat Kemalangan

IPOH, 7 Jan [9.42 am] - Menteri Besar Perak yang sah, Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin (foto), cedera selepas kereta dipandunya terbalik dengan empat tayar ke atas akibat kemalangan jalan raya di Ipoh pada 9.30 pagi tadi. Beliau kini dirawat di Hospital Ipoh dan dilaporkan dalam keadaan stabil. Kejadian berlaku di Jalan Raja Dr. Nazrin Shah ketika Ahli Parlimen Bukit Gantang itu dalam perjalanan berjumpa doktor untuk pemeriksaan bulanan. Pegawai Khas kepada MB Perak itu, Amran Harun berkata Nizar mengalami kecederaan pada siku kanan dan dimasukkan ke Hospital Ipoh sebagai langkah berjaga-jaga dan untuk membolehkan beliau berehat. "Datuk Seri cuba mengelak sebuah kereta yang keluar daripada persimpangan di Jalan Raja Dr Nazrin Shah. Beliau terbabas melanggar bahu jalan," kata Amran. "Kereta Datuk Seri remuk, tapi Alhamdulillah beliau hanya mengalami luka di siku kanan. Doktor nasihatkan Datuk Seri berehat sebab beliau sangat aktif berkerja sebagai wakil rakyat,"katanya.

Inilah kenderaan yang dinaiki oleh MB Nizar dalam kemalangan itu

[MB Nizar dikatakan mengelak sebuah kereta yang tiba-tiba keluar dari satu persimpangan?. Apakah tragedi ini dirancang oleh pihak-pihak tertentu bagi tujuan melenyapkan pegaruh Nizar di Perak agaknya?. Pihak terbabit perlu menyiasat siapakah gerangan pemandu kereta yang keluar mengejut itu. Mungkinkah ahli UMNO atau BN yang diupah agaknya. Mujurlah tiada kehilangan jiwa berlaku dalam kemalangan ini. Jika tidak, sudah pasti ia lebih mengejutkan kita sebenarnya. MB Nizar juga perlu memikirkan apakah hikmah disebalik musibah ini agaknya].
Share:

27 ulasan:

  1. kesian mad nizar,sudah jatuh di timpa kereta pulak,kembalilah menjadi ahli pas yang asal,jangan terikut cara dap,nasihat yang ikhlas

    BalasPadam
  2. Anon. apa kaitan kemalangan DS Nizar dengan nasihat ikhlas mu tu? You're talking rots.

    BalasPadam
  3. sdr, tak yah la terlalu buruk sangka sgt...buruk sgt!

    ada la hikmahnya tu. semuanya dr Allah swt belaka.

    bahas

    BalasPadam
  4. tulah cara mika juga ,bila kena ke umno bala ,habis betulah,kesian bertobatlah sebelum lambat,dah ler tu jangan jadi barua dap .ALLAH MURKA

    BalasPadam
  5. its better not tu rot in hell,as dap agents.kah kah kah

    BalasPadam
  6. AKU PENING,KATA SETIAUSAHA AGONG PKR.

    BalasPadam
  7. pening dengan nik ajis ke atau dsai

    BalasPadam
  8. ORG UMNONGOK NI BUKAN NYA FAHAM, SETIAP BENCANA YANG TERJADI BAGI ORANG YANG BERIMAN IALAH CUBAAN, BAGI ORANG YANG BERDOSA PULA ADALAH PERINGATAN, DAN BAGI ORANG KAFIR DAN SESAT IALAH SEKSAAN.

    BalasPadam
  9. orang umno yang beriman kena becana adalah bala,mika kata.bila mad nizar kena bencana tu adalah dugaan,lidah bercabang,katakan .macam issue ALLAH,HADI KATA GINI ,DEWAN ULAMA KATA GINI,UMNONGOK SEMUA NYA MENENGTANG TAK NGANGOK KAT DAP

    BalasPadam
  10. pahang daily ni dah makin tak relevan dan logik.. penuh dgn fitnah, dengki, buruk sangka.. caci.. bohong.. sifat2 org munafik..

    BalasPadam
  11. tidak kira sesapa di dunia ni setiap yang berlaku sudah tertulis dalam takdir masing2 sama ada berlaku secara langsung atau tidak.apa yang berlaku pada dato nizar sudah tertulis, tidak perlu kita bertelagah siapa betul siapa salah.Buat tamabah dosa kering je..yang penting dato selamat dan kembali berjuang untuk rakyat yang menantikan keadilan.TAKBIR

    BalasPadam
  12. Pokok pangkalnya jika kita islam sejati kita beriman dan taqwa pada ALLAH jgn taat pada umno.

    Kaki sebok jika seorang muslim belajarlah tertib menyebut membahasakan diri. Elok ke kamu sebut panggilan Nik Ajis pada sorang Tok Guru Agama Tersohor, bukan nak suruh hormat padanya mcm raja. Dia tok guru, menteri besar. Mu ni otak letak kat tapak kaki ke.

    Jika kamu benci atau meluat pun pada tok guru, jgn kamu samakan tok guru mcm diri kamu yg jahil tukil. Setiap malam dia mendoakan kesehteraan utk kamu dan seluruh umat muslim supaya mendapat keredhaan Allah. Atau kamu ni tok sami buddha.

    BalasPadam
  13. kes beng hock atuntunya dah tertuliskan maka awat dok sebot2.bising macam orang gila,sendiri mau cerminlah.baru orang tak sibut bab mad nizar,kata orang bolih bila sendiri punya hidung kena tertulis/jangan terbutut dah ler kjah kah kah

    BalasPadam
  14. Wahai kaki sebok kembalilah pada ISLAM.

    Buddha tidak memberi apa-apa makna pada kamu. kamu akan mati dlm kesesatan yg nyata.

    Kembalilah mengucap dua kalimah syahadah.

    Tok Guru pewaris para nabi. Sejahat jahat umat reti menghormati tok guru. tapi kamu lebih hina dari babi kerana tidak tahu hormat sorang tok guru agama islam bukan tok sami buddha kamu

    BalasPadam
  15. TOK GURU MU,BUKAN TOK GURU AKU,HORMAT MANA BOLIH DI PAKSA.MACAM MU TAK HORMAT ULUL AMRI NAJIB ,AKU TAK MARAH PUN ,PIRAHHHHHHHHHHHHHH JANGAN DOK CERAMAH ORANG LAH

    BalasPadam
  16. banyak lagi tok guru yang bolih di ikut,yang tak kecoh

    BalasPadam
  17. kaki sebot tak kutu islam pun awat anon 11.09 jadai gila babi

    BalasPadam
  18. naper sibuk nak suruh hormat nik aziz ya... masih ramai tok guru yg harus dihormati... iaitu tok guru yg tak penah mencampuri politik ngan hidupan harian dia... yg tak penah keluarkan fatwa utk maki hamun org... itu baru tok guru yg harus dihormati... nik aziz sudah jadi tok guru campuran dua alam... apapun kita doakan dia akan kembali menjadi tok guru yg sebenar2nya tok guru utk dunia akhirat... bkn tok guru utk politik semata2

    BalasPadam
  19. dalam islam politik dan agama tak boleh di pisahkan.asas pon tak tau ker...

    BalasPadam
  20. tok guru ape kejadahnye duk doa bnda2 x baik sesama islam..tah tok guru ke x si nik aziz tu.. ish3:(

    BalasPadam
  21. kalau nak tunggu ulama kerajaan menegur ape kerajaan buat yg tak betul..mintak maap lambat gi laaa..diaorg jaga perut sendiri jerr..ulama bisu..dah tau salah tak tegur,,diam membisu..pui pui

    BalasPadam
  22. tok guru jenis tu la yang ke dalam ****** dulu...dalam quran dah bgtau..

    BalasPadam
  23. naper pdo ni banggang... ooo kalau apa2 terjadi pada org pakatan semua dirancang oleh umno... apa tak tau ke pdo ni semua yg terjadi telah ditakdirkan olehNYA... kalau nizar di takdirkan mati dlm xcdent tu... dah sampai ajal dia la... so syukurlah dia selamat... tapi jgn dok suka buat bidaah yg bukan2 kalau tak ada bukti... mcm org pakatan baik sgt.... balikla ke ajaran ISLAM yg sebenarnya pdo oiiii...jgn dok tambah dosa engko tu

    BalasPadam
  24. kadang2 rakyat pun meluat jugak kalau asyik mengutuk, berburuk sangka dsbnya...

    mesti ada sebab peribadikan...

    kalau sebab prinsip atau perjuangan islam....cuba TENGOK VIDEO ni..!

    www.youtube.com/watch?v=7r5elx21wYA

    BalasPadam
  25. Ini bukan pasal mengutuk berburuk sangka tapi menyatakan menzahirkan apa yg tidak betul berlaku dalam negara. kalau anon atas rasa bahagia hidup dgn diam diri tengok saja apa kerajaan nk buat. teruskan lah.kami tetap akan membongkar segala yg tidak betul demi menyelamatkan wang negara yg bocor mcm air syabas. tidakkah itu membazir...

    tkkan tu pun tk faham.nk tunggu negara kena gadai dulu baru faham. skrg sibuk ada manusia bangang bakar gereja. itu bukan ajaran islam tp ajaran celaka yahudi laknatullah utk melagakan islam dan kristian. ada otak tu guna betul betul jgn main yes bos... bos nk buat apa buatlah janji aku dpt gaji tiap2 bulan.

    fikir baik baik anon antara kutuk keji dan membongkar kebobrokan dalaman negara.

    pencuri perompak pembunuh tkkan anon nk biarkan saja sebab mereka org besar besar kenal undang2.. tkkan bahlol tu namanya.

    kalau takut nk bersuara baik jd kera di hutan jgn campur dgn manusia masyarakat...

    sekian anon yg tk faham erti kutukan dan kebenaran hak....

    BalasPadam
  26. mengutuk yg keji tak salah brader... tapi yg tak tau ke halanya takkan nak kutuk jugak...

    tu buruk sangka namanya...faham??

    org atas pagar mcm saya dah tengok mcm2 kerenah org politik ni... yg kuat kutuk tu biasanya apabila dah dpt power jadi 2x5 jugak.

    kutuk tak salah utk menegak kebenaran...

    BalasPadam
  27. pandangan ikhlas saya (sbg anak kuantan/pahang) buat pdo,

    kembali kpd cara psycho war dulu yg nampak lebih berkesan & mantap.

    tq

    BalasPadam

PERINGATAN: PDO TIDAK BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP KOMENTAR YANG DI BUAT DALAM PORTAL INI. IA ADALAH PANDANGAN PERIBADI PEMILIK AKAUN BERKENAAN DAN TIDAK SEMESTINYA MENGGAMBARKAN PENDIRIAN KAMI. SEGALA RISIKO AKIBAT KOMEN YANG DISIARKAN MENJADI TANGGUNGJAWAB PEMILIK AKAUN TERBABIT. HARAP MAKLUM ~ ADMIN
[ Klik DI SINI Untuk Belajar Membaca Al-Quran Digital Online ]
PERINGATAN: PDO TIDAK BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP KOMENTAR YANG DI BUAT DALAM PORTAL INI. IA ADALAH PANDANGAN PERIBADI PEMILIK AKAUN BERKENAAN DAN TIDAK SEMESTINYA MENGGAMBARKAN PENDIRIAN KAMI. SEGALA RISIKO AKIBAT KOMEN YANG DISIARKAN MENJADI TANGGUNGJAWAB PEMILIK AKAUN TERBABIT. HARAP MAKLUM ~ ADMIN

Translate

Kunjungan Pelawat

Tukaran Matawang Asing

USD MYR CHARTS

Arkib Blog

Artikel Terkini

Shahaniza Timbulkan Persoalan: Jika Kementerian Kewangan (MOF) Yang keluarkan waran, Bagaimana KKDW Boleh ‘Terlebih Belanja’?

KUANTAN: Persoalan mengenai dakwaan Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah (KKDW) ‘terlebih belanja’ perlu dijelaskan secara terperinci deng...

Media Pilihan

Blogger Pahang

PDO. Dikuasakan oleh Blogger.