script data-ad-client="ca-pub-8413987413612695" async src="https://pagead2.googlesyndication.com/pagead/js/adsbygoogle.js">
Selamat Hari Kebangsaan Dan Hari Malaysia 2026 | Rapatkan Ukhwah Eratkan Sillaturrahim | Terima Kasih Kerana Berkunjung Ke Sini, Sila Datang Lagi

..............................

Hits Pelawat PDO Mulai 31.08.2008

Cyberita Terkini Daripada Pelbagai Sumber Media

Editor Akhbar Suara Keadilan, Di Panggil Polis

SHAH ALAM, 6 Jan [9.00 pm] - Editor Suara Keadilan, Dzukarnain Taib (foto), hari ini dipanggil ke ibu pejabat polis Shah Alam untuk memberikan keterangan berhubung laporan akhbar itu yang bertajuk “Pornthip Sahkan Beng Hock Dibunuh”. Beliau tiba di perkarangan ibu pejabat polis kira- kira jam 1.30 tengahari. Dzukarnain atau lebih dikenali sebagai DT ditemani peguamnya, Ranjit Singh keluar semula satu jam kemudian. Ranjit yang mewakili DT bagaimanapun berkata pihaknya agak keliru dengan tindakan polis memanggil DT tanpa menyatakan pertuduhan terhadap anak guamnya. Bagaimanapun, mereka memberikan kerjasama yang baik kepada polis kerana badan itu hanya menjalankan tugas setelah laporan dibuat ke atas Suara Keadilan. “Polis memanggil Dzulkarnain untuk memberi keterangan berhubung artikel dalam Suara Keadilan yang telah ditulis beliau. Artikel mengenai Teoh Beng Hock lah” katanya kepada wartawan. “Kami pun tidak tahu. Kami tidak tahu, yang kami tahu ada orang buat laporan polis, itu sahaja. Jika ada jenayah kami pun tidak tahu” tambahnya lagi. Dua pegawai Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), telah membuat laporan polis pada 1 Januari lalu terhadap pakar patalogi dari Thailand Pornthip Rojanasunand dan juga akhbar Suara Keadilan berdasarkan keratan akhbar berkenaan. Ditanya apakah bentuk soalan yang diajukan pihak polis, Ranjit menjawab ia berhubung laporan akhbar Suara Keadilan yang ditulis oleh DT.

“Mesti berkaitanlah dengan artikel yang ditulis dalam Suara Keadilan”, ujar Ranjit menjawab soalan salah seoarang pemberita di hadapan IPD Shah Alam. Bagaimanapun, menurut Ranjit, beliau dan anak guamnya tidak diberitahu sama ada akan dipanggil semula untuk diambil keterangan kali kedua. “Kami tidak (tahu). Kita tidak tahu. Kami tahu ada laporan polis dan ada siasatan. Ini yang pertamalah, yang lain kami tidak tahu”. Sementara itu, DT yang ditanya apakah perasaan beliau dipanggil untuk memberi keterangan kepada pihak polis hanya menjawab, beliau menjalankan tugas dan tidak akan berhenti daripada melaporkan mengenai berita kematian Beng Hock yang disifatkannya sebagai berkepentingan awam. “Ini kali pertama dipanggil polis untuk memberi keterangan. Normal tidak ada apa-apa. Saya hanya melakukan tugas saya. Seperti anda semua” jawab DT. “Peranan media dari membincangkan apa-apa isu yang berkepentingan awam daripada sudut jeneralnya. Itu peranan media” katanya lagi. Malah menurut DT, beliau berkeyakinan laporan akhbar itu tidak sama sekali akan menjejaskan inkues yang sedang berjalan. Inkues Beng Hock akan bersambung esok. Beng Hock, 30, Setiausaha Politik Exco Selangor, Ean Yong Hian Wah ditemui mati di tingkat lima Plaza Masalam selepas memberi keterangan sebagai saksi berhubung dakwaan salahguna peruntukan untuk ADUN di Selangor, di pejabat SPRM di tingkat 14 bangunan yang sama.

[Nampaknya pihak kerajaan semakin takut dengan pendedahan demi pendedahan yang dilakukan oleh media alternatif sekarang ini. Sebelum ini Suara Keadilan juga telah disaman oleh Menteri Besar Haram Perak iaitu Zambry Kadir sebanyak RM100 juta. Kini, editornya pula dipanggil polis untuk siasatan satu kes yang memang sudah diketahui umum sebelum ini. Kerajaan terutamanya SPRM amat takut dengan laporan pendedahan hasil bedah siasat kedua itu, kerana mereka sedang merancang untuk memutar belitkan fakta yang berkenaan sebenarnya. Justeru itulah, mereka cuba menakut-nakutkan editor terbabit supaya rakyat melihat apa yang dilakukan adalah fitnah semata-mata Akhirnya mereka mahu menjadikan akhbar alternatif sama seperti media arus perdana agaknya].

Anwar Persoal Tindakan Mahkamah Lengah Kes

KUALA LUMPUR, 6 Jan [3.48 pm] - Ketua Umum Parti Keadilan Rakyat akan mempersoalkan tindakan Mahkamah Syariah Kuala Lumpur melengah-lengahkan keadilan Islam dalam mendengar kes Qazaf terhadap bekas pembantu Mohd Saiful Bukhari Azlan. Dato' Seri Anwar Ibrahim (foto), akan ke Mahkamah Syariah Kuala Lumpur esok untuk menghantar afidavit berhubung tuntutan Qazaf yang tertangguh sejak dua tahun lalu. Qazaf adalah permohonan supaya siasatan dilakukan keatas dakwaan-dakwaan palsu yang menyentuh salahlaku seks dan zina. Tuduhan palsu adalah kesalahan serius dalam dibawah Seksyen 41 Akta Kesalahan Jenayah Syariah 1997. Islam memandang serius isu pertuduhan palsu, dan undang-undang Syariah menuntut penuduh, iaitu Saiful Bukhari Azlan, mengemukakan empat saksi berwibawa untuk menyokong tuduhannya. Kegagalan berbuat demikian akan menyebabkan Saiful Bukhari Azlan diisytiharkan sebagai seorang fasid, dan menghadapi hukuman penjara tiga tahun, atau saman RM5,000, kerana membuat tuduhan palsu. Mantan Timbalan Perdana Menteri ini menamakan Ketua Pendakwa Syarie Shamsuddin Hussain, Pengarah Jabatan Agama Islam Che Mat Che Ali, dan Menteri di Jabatan Perdana Menteri Mejar Jeneral (B) Jamil Khir Baharom sebagai responden afidavit. Ketua Umum PKR ini dalam tuntutannya memohon Mahkamah Syariah Kuala Lumpur memerintahkan responden terbabit supaya menunaikan kewajipan mereka seperti yang ditetapkan hukum Syarak. Anwar telah memfailkan saman pada Julai 2008 mengesa mahkamah mengarahkan pendakwaraya Syariah mendakwa Saiful kerana membuat tuduhan palsu atau Qazaf seperti yang ditetapkan dibawah Seksyen 41 Akta Kesalahan Jenayah Syariah 1997. Anwar dalam penghujahannya berkata permohonan Qazaf ini difailkan supaya Mahkamah Syariah membersihkan maruahnya dan ahli keluarganya dari tuduhan yang jelas berniat jahat.

[Mahkamah Syariah Kuala Lumpur sebenarnya sudah ditekan dan tidak dibenarkan membicarakan kes liwat tersebut. Ini kerana mereka tahu, jika ia dibicarakan maka sudah pasti Sailful Bukhari Azlan akan terperangkap di sini. Tambahan pula, sehingga ke saat ini beliau masih belum mendapatkan saksi pun. Oleh ini mereka juga tahu Anwar sudah pasti bakal mendapat kemenangan besar dalam kes sandiwara liwat dua ini. Maka jalan terbaik ialah menghalang pihak mahkamah daripada menguruskan perbicaraan ini. Semua agenda ini sudah dapat dijangka oleh rakyat sebenarnya].

Curi Enjin F-5E, Dua Mengaku Tidak Bersalah
Inilah dua kambing hitam kes jual enjin pesawat F-5E itu
PETALING JAYA, 6 Jan [10.35 am] - Dua individu didakwa di Mahkamah Sesyen Petaling Jaya pagi ini berhubung kehilangan dua enjin pesawat tempur F-5E milik Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) bernilai hampir RM50 juta. Mereka ialah anggota TUDM, Sarjan N Tharmendran, 42, dan pengarah syarikat, K Rajandran Prasad, 37. Kedua-dua mereka mengaku tidak bersalah dan minta dibicarakan. Tharmendran dituduh bersubahat dengan Laskar Udara Kanan, Mohamad Shukri Mohamad Yusuf, melakukan kesalahan curi dalam bangunan Material Processing Shed, Matra 1, Pangkalan Udara TUDM Sungai Besi, iaitu dua enjin pesawat. Rajandran pula dituduh sengaja menolong menghapuskan dua enjin pesawat F-5E itu. Hakim Aslam Zainuddin menetapkan 11 Februari ini untuk sebutan dan setiap tertuduh diikat jamin RM150,000 dengan seorang penjamin.

[Rakyat tidak harus terkejut dengan apa yang berlaku di depan mata ini. Sandiwara baru selepas kes Altantunya kini sedang kita saksikan. Jika dalam kes Altantunya, Sirul dan Azilah dijadikan "kambing hitam" untuk membebaskan watak-watak utama dalam filem itu. Kini Tharmendran dan Rajandran pula yang ditugaskan membawa watak utama dalam filem "F-5E" ini. Apa yang pasti, biarpun mahkamah belum membicarakan kes ini kita tentu sudah boleh menjangkakan apakah keputusannya. Aneh benar, pejualan haram yang mencecah ratus juta itu hanya melibatkan pegawai bawahan semata-mata, sedangkan pegawai atasan langsung tidak disebut nama-namanya. Lebih aneh lagi ada pula pegawai atasan yang ditamatkan perkhidmatan gara-gara kes ini dan mendapat pencen penuh seperti pesara kerajaan yang lain. Kenapakah pegawai itu tidak disiasat penglibatannya dalam kes ini. Wajarkan kerajaan menutup fail mereka dengan cara yang cukup terhormat seperti itu?]

Share:

7 ulasan:

  1. Betul la kambing tu hitam warnanya. Kesian setiap kali filem malaysia terkini keluar kambing itam akan jadi watak utama kena sembelih.

    Tak boleh ke pengarah filem negara kita ni tukar watak lain dlm pembininan filem terkininya ini dgn watak tuah ke jebat ke. baru lah real sikit.

    Tapi apa pun tahniah malaysia dgn filem terbaru bertajuk F-5E sekarang laris di pawagam.

    Tunggu kemunculan filem baru selepas ini dalam pertengahan tahun 2010 filem bertajuk SODOMe Part2 arahan rahim petail skrip Masa Hasim.

    BalasPadam
  2. aku rasa vang terlibat tu adalah di upah olih PR UNTUK MENAIBKAN KERAJAAN,KAH KAH KAH

    BalasPadam
  3. Mengapa? Mengapa berlaku begini? Ya, lakonan bermula kembali. Watak utama dilindungi...Takkan longgar sangat ciri-ciri keselamatan serta gagal le segala pegawai dan panglima yang dilantik.... ATAU cara ini akan menundukkan pengaruh ATM agar jangan campurtangan dalam politik dan pentadbiran negara???

    BalasPadam
  4. BARUA-BARUA BN KEPANASAN MCM CACING KENA GORENG PEDAS. APA MCM BARUA TANGKAPLAH SEMUA ORANG YG MENYATAKAN KEBENARAN DAN BEBASKAN SEMUA PEMBUNUH PERASUAH PEMUTAR BELIT.ISA KAN KOSONG BYK LG.

    BARUA-BARUA BN APA LAGI TANGKAP SEMUA.TANGKAP SUMBAT DALAM ISA. PENYATA KEBENARAN SEPERTI KAMI AKAN MEMBAHAYAKAN KAMU WAHAI BARUA-BARUA. JIKA KAMU NK BERKUASA LAMA DINEGARA INI KAMU KENA BUNUH SEMUA PENYEBAR KEBENARAN SEPERTI KAMI.

    BARUA BLH BUAT MOVIE MEMALI PART II. MUDAH SAJA COPY SKRIP LAMA DGN MTHIR DAN MOVIE MEMALI PART II BOLEH BIKIN HANGAT DI PAWAGAM.

    TEMA "PENGHAPUSAN PUAK PUAK PEMISAH KEBENARAN DIMALAYSIA" MEMALI PART II PASTI LARIS. BERIBU-RIBU PUAK PEMISAH TUMPAS DI TANGAN M16 POLIS DI MASJID NEGARA. KERAJAAN BERJAYA MENGHAPUSKAN KETURUNAN PEMISAH KEBENARAN NEGARA DALAM 24 JAM.

    SAKSIKAN MOVIE TERHANGAT 2010 "MEMALI PART II"

    BalasPadam
  5. kes ini memang menyakitkan hati, bertambah sakit lagi melihat si penyamun.

    memang hitam kambing ni!

    bahas

    BalasPadam
  6. siapa yang lewat kes,kes liwat dsai kan dia yang melewatkan .cakap tak seupa bekin

    BalasPadam
  7. Devils boleh tak i meliwat u barang seketika. i sukakan bontot u yg montok dan ayu.

    Give me ur no so that i can serve u better....

    BalasPadam

PERINGATAN: PDO TIDAK BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP KOMENTAR YANG DI BUAT DALAM PORTAL INI. IA ADALAH PANDANGAN PERIBADI PEMILIK AKAUN BERKENAAN DAN TIDAK SEMESTINYA MENGGAMBARKAN PENDIRIAN KAMI. SEGALA RISIKO AKIBAT KOMEN YANG DISIARKAN MENJADI TANGGUNGJAWAB PEMILIK AKAUN TERBABIT. HARAP MAKLUM ~ ADMIN
[ Klik DI SINI Untuk Belajar Membaca Al-Quran Digital Online ]
PERINGATAN: PDO TIDAK BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP KOMENTAR YANG DI BUAT DALAM PORTAL INI. IA ADALAH PANDANGAN PERIBADI PEMILIK AKAUN BERKENAAN DAN TIDAK SEMESTINYA MENGGAMBARKAN PENDIRIAN KAMI. SEGALA RISIKO AKIBAT KOMEN YANG DISIARKAN MENJADI TANGGUNGJAWAB PEMILIK AKAUN TERBABIT. HARAP MAKLUM ~ ADMIN

Translate

Kunjungan Pelawat

Tukaran Matawang Asing

USD MYR CHARTS

Arkib Blog

Artikel Terkini

Shahaniza Timbulkan Persoalan: Jika Kementerian Kewangan (MOF) Yang keluarkan waran, Bagaimana KKDW Boleh ‘Terlebih Belanja’?

KUANTAN: Persoalan mengenai dakwaan Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah (KKDW) ‘terlebih belanja’ perlu dijelaskan secara terperinci deng...

Media Pilihan

Blogger Pahang

PDO. Dikuasakan oleh Blogger.