script data-ad-client="ca-pub-8413987413612695" async src="https://pagead2.googlesyndication.com/pagead/js/adsbygoogle.js">
Terima Kasih Kerana Berkunjung Ke Sini, Sila Datang Lagi

..............................

Hits Pelawat PDO Mulai 31.08.2008

Sultan Johor, Sultan Iskandar Kini Kegeringan Dan Telah Dimasukkan Ke Hospital Pakar Puteri Johor Bahru Untuk Jalani Rawatan Perubatan !!

JOHOR BAHRU, 22 Jan [6.30 pm] - Jemaah Majlis Diraja Johor memaklumkan Sultan Johor, Sultan Iskandar (foto), telah dimasukkan ke Hospital Pakar Puteri Johor Bahru hari ini kerana kegeringan. Setelah menerima laporan kesihatan daripada pakar perubatan, baginda bersetuju untuk melantik Tengku Mahkota Johor, Tunku Ibrahim Ismail Ibni Sultan Iskandar sebagai Pemangku Raja pada hari ini bagi menjalankan tugas raja semasa kegeringan baginda. Berikutan kenyataan rasmi Setiausaha Jemaah Majlis Diraja Johor, Datuk Abdul Rahim Ramli. Jemaah Majlis Diraja Johor memaklumkan Duli Yang Maha Mulia Sultan Iskandar, Sultan Yang di-Pertuan bagi negeri dan jajahan takluk Johor Darul Takzim telah dimasukkan ke Hospital Pakar Puteri Johor Bahru pada 22 Januari 2010 kerana kegeringan. Dengan itu, Jemaah Majlis Diraja Johor membuat keputusan di bawah pasal 9 (1)(B) dan 9 (2) Bahagian Pertama Undang-Undang Tubuh Kerajaan Negeri Johor 1995.Setelah menerima laporan kesihatan daripada pakar-pakar perubatan, bersetuju melantik Duli Yang Amat Mulia, Tunku Ibrahim Ismail Ibni Sultan Iskandar, Tengku Mahkota Johor sebagai Pemangku Raja pada hari ini, 22 Januari 2010 bagi menjalankan tugas raja semasa kegeringan Duli Yang Maha Mulia Sultan Iskandar.
[Pahang Daily Online amat bersimpati dengan nasib dan musibah yang menimpa Baginda Sultan Johor. Tambahan pula, bakal permaisuri negeri Pahang juga adalah merupakan anak kepada Sultan Johor itu sendiri. Maka itu, persaudaraan antara rakyat di kedua-dua buah negeri haruslah dieratkan demi membawa kejayaan kepada agama, bangsa dan negara].
Share:

5 ulasan:

  1. Askm

    Penting sangat ke kita doakan sultan-sultan ni.dah le hidup kita tanggung, susah rakyat .rakyat tanggung sendiri. pas tu die orang sakit kita lak nak doakan. mak dengan ayah kita pun kadang-kadnag kita lupa doakan.

    BalasPadam
  2. Jamil kucing!Wa bkn nak kutuk lu,tp wlau pe yg lu ckp wa mmg x stuju!Sblm ckp lu pikir r dlu!..Lu x skolah pe dlu!Setia pd RAJA& NEGARA..mgkn lu bdk mentah lg!Wa ttp doakn Sultan JOHOR agr kmbl sht wlau dh b'umur..hidup Tuanku!

    BalasPadam
  3. aku stuju dgn jamil kucing..ala setia pd Allah lbh pentingla..ape guna setia pd raja tp Allah korg x pnh setia pn,ckp berdegar2 daulat tuanku..tp korg jgkla kianat ngn raja,ptuii..

    BalasPadam
  4. kata kat berita arwah tu ketua agama yg bagus?...kat tempat aku, anak2 murid bersekolah agama kat rumah kedai aje berhimpit2 dalam kepanasan....apa cerita?....jawab le dia dalam kubur tentang amanah yg dia khianati...

    BalasPadam

PERINGATAN: PDO TIDAK BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP KOMENTAR YANG DI BUAT DALAM PORTAL INI. IA ADALAH PANDANGAN PERIBADI PEMILIK AKAUN BERKENAAN DAN TIDAK SEMESTINYA MENGGAMBARKAN PENDIRIAN KAMI. SEGALA RISIKO AKIBAT KOMEN YANG DISIARKAN MENJADI TANGGUNGJAWAB PEMILIK AKAUN TERBABIT. HARAP MAKLUM ~ ADMIN
[ Klik DI SINI Untuk Belajar Membaca Al-Quran Digital Online ]
PERINGATAN: PDO TIDAK BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP KOMENTAR YANG DI BUAT DALAM PORTAL INI. IA ADALAH PANDANGAN PERIBADI PEMILIK AKAUN BERKENAAN DAN TIDAK SEMESTINYA MENGGAMBARKAN PENDIRIAN KAMI. SEGALA RISIKO AKIBAT KOMEN YANG DISIARKAN MENJADI TANGGUNGJAWAB PEMILIK AKAUN TERBABIT. HARAP MAKLUM ~ ADMIN

Translate

Kunjungan Pelawat

Tukaran Matawang Asing

USD MYR CHARTS

Arkib Blog

Artikel Terkini

Tengku Ampuan Pahang Mencuri Perhatian Bila Duduk Bersama Graduan Lain Sebagai Seorang Pelajar Pada Majlis Konvokesyen UIAM Ke-42

GOMBAK:  “Saya masuk ke dewan ini sebagai Tengku Ampuan Pahang. Saya duduk bersama saudara dan saudari sebagai seorang pelajar. Saya melangk...

Media Pilihan

Blogger Pahang

PDO. Dikuasakan oleh Blogger.