PUTRAJAYA, 12 Jan [5.35 pm] - Ketua Umum Parti Keadilan Rakyat (PKR) Datuk Seri Anwar Ibrahim (foto), akan memfailkan permohonan untuk menangguhkan perbicaraan kes liwat kedua melibatkan beliau yang dijadual bermula 25 Jan ini. Peguamnya Karpal Singh memberitahu permohonan akan difailkan minggu depan. “Mahkamah Tinggi memutuskan bahawa ia tidak akan melayan permohonan kami agar perbicaraan ini ditangguhkan tetapi meminta kami berbuat demikian di Mahkamah Persekutuan, jadi kami akan berbuat demikian,” kata beliau kepada pemberita di sini hari ini. Karpal berkata beliau juga memfailkan rayuan di bawah Seksyen 51A Kanun Prosedur Jenayah di Mahkamah Persekutuan bagi mendapatkan lebih banyak dokumen berhubung kes liwat kedua daripada pendakwa raya. Awal bulan ini Mahkamah Persekutuan menangguhkan rayuan Anwar mendapatkan dokuman sehingga satu tarikh yang akan ditetapkan kemudian bagi membolehkan beliau mengemukakan petisyen dan menyediakan kesnya. Rayuan itu difailkan semalam. Antara dokumen yang diminta Anwar ialah kenyataan saksi tertuduh Mohd Saiful Bukhari Azlan selain Dr Osman Abdul Hamid dari Pusrawi Hospital, dan pemilik kondominium Hassanuddin Abdul Hamid. Beliau juga ingin memperoleh kenyataan daripada tiga doktor Hospital Kuala Lumpur (HKL), satu nota kimia dan laporan-laporan perubatan yang lain. Sementara itu Mahkamah Persekutuan menetapkan 20 Januari ini untuk mendengar rayuan Anwar bagi mendapatkan dokumen yang beliau dakwa amat penting bagi pembelaan dalam perbicaraan liwat yang dihadapinya. Rayuan itu adalah peluang terakhir beliau untuk memperoleh dokumen itu.
[Penangguhan perlu dilakukan demi keadilan Islam yang ingin diperjuangkan. Memang ramai penyokong Saiful Bukhari kecewa dengan tindakan ini dan menusuh Anwar mencari helah dan takut berhadapan dengan Saiful di Mahkamah. Tetapi, mereka juga harus ingat, bahawa setiap yang tertuduh berhak untuk membela diri dan mendapatkan salinan dokumen berkaitan. Jika tidak sia-sia sahaja perbicaraan ini diadakan, kerana ia hanya mengikut skrip pihak-pihak tertentu. Saiful boleh tersenyup dalam hal ini. Namun tahukan beliau yang ulamak terkenal seperti Sheikh Yusuff Qardawi sendiri pun mahukan kes ini ditangani secara Islam dan keadilan perlu diberikan kepada Anwar untuk dibicarakan di Mahkamah Syariah dibawah undang-undang Qazaf itu].