KUANTAN, 17 Jan [5.30 pm] - Konvensyen PKR Pahang 2010 telah bermula sekitar jam 10.30 pagi tadi, Dewan Restoran Tan Jung, Jalan Hj.Ahmad dekat sini. Pendaftaran perwakilan telah bermula seawal jam 8.30 pagi. Seramai 920 perwakilan dari cabang-cabang PKR seluruh negeri Pahang telah mengambil bahagian dalam konvensyen ini. Antara pemimpin yang dilihat hadir ialah Dato' Fauzi Abd Rahman (Pengerusi Majlis Pimpinan Negeri PKR Pahang), YB Fuziah Salleh (Ahli Parlimen Kuantan), YB Azan Ismail (Ahli Parlimen Indera Mahkota), Zakaria Hamid (Ahli Majlis Pimpinan PKR Pusat), Tn.Hj Abd Rahman Yusof (Pengerusi Majlis Pimpinan Negeri PKR Terenggani) serta lain-lain pemimpin peringkat negeri yang lain. Sekitar jam 11.00 pagi, YB Saifuddin Nasution (Setiausaha Agung PKR) yang baru tiba dan diikuti oleh YB Yaakob Sapari (Exco Kerajaan Negeri Selangor) mewakili Menteri Besar Selangor. Sementara itu sekitar jam 11.30 pagi, Shamsul Iskandar Md Akin (Ketua AMK Pusat), Zulfikar (Exco AMK) dilihat tiba dengan sambutan laungan reformasi. Konvensyen dimulakan dengan ucapan aluan oleh YB Fuziah Salleh selaku Pengarah Program. kemudian diikuti oleh Dato' Fauzi Abd Rahman. Majlis kemudiannya diteruskan dengan sessi pembentangan kertas kerja bersama Moderator Rizal Jamin, Ketua Angkatan Muda Keadilan Pahang. Pembentangan kertas kerja pertama telah dibuat oleh YB Saifuddin Nasution dengan tajuk "Menggilap Harapan Rakyat: Peranan Dan Tanggungjawab PKR".
Selepas itu YB Yaakob Safari membentangkan kertas kerjanya yang bertajuk "Memenuhi Harapan Rakyat: Satu Tanggungjawab Besar PKR". Pembentangan kertas kerja ketiga dibuat oleh Shamsul Iskandar dengan tajuk "Peranan AMK Dalam Membentuk Kerajaan". Selepas pembentangan kertas kerja sekitar jam 12.45 petang, sessi soal jawab telah diadakan dimana beberapa soalan dikemukakan kepada ahli panel. Program diteruskan sekitar jam 2.20 petang, di mana sesi perbahasan utama telah disampaikan oleh YB Fuziah Salleh. Beliau telah membahaskan tajuk "Peranan PKR Untuk Menarik Sokongan" dan ikuti rumusan perbahasan oleh YB Zuraida Kamaruddin dengan tajuk "Parti Keadilan Rakyat Menjana Perjuangan". Sebelum itu beberapa orang perwakilan PKR Pahang telah tampil mewakili tiap-tiap zon iaitu Pahang Barat, Pahang Timur dan Pahang Tengah untuk membuat perbahasan. Datuk Seri Anwar Ibrahim tiba di dewan konvensyen sekitar jam 4.45 petang dengan diiringi oleh paluan kompang, tarian singa, alat muzik tradisional dan persembahan silat. Beliau kemudian telah menyampaikan ucaptama dan menutup majlis. Majlis berakhir sekitar jam 5.45 petang sebelum satu sidang media diadakan selepas itu. Anwar banyak diajukan soalan terutamanya mengenai isu "Khalimah Allah" yang sedang hangat diperdebatkan sekarang ini.
Dato' Fauzi: "Malaysia Is The Missing Country"

Pengerusi Majlis Pimpinan Negeri PKR Pahang, Dato' Fauzi Abd Rahman (foto), hari ini menegaskan Malaysia kini sudah boleh digelar sebagai "Missing Country". Beliau berkata demikian ketika menyampaikan ucapan aluan ketika merasmikan Konvensyen PKR Pahang pagi tadi. Dato' Fauzi menegaskan bahawa banyak kejadian aneh berlaku di negara mutakhir ini. Kehilangan misteri menjadi-jadi di sana sini menyebabkan rakyat takut untuk menyatakan kebenaran. "Kes Teoh Beng Hock misalnya, biarpun mendiang Teoh dijumpai mati di Pejabat SPRM Selangor namun mati-mati pihak terbabit menyatakan yang mereka tidak bertanggungjawab atas insiden tersebut. Malah segala bukti-bukti dihilangkan begitu sahaja dan banyak fakta yang tidak masuk akal didedahkan kepada umum" katanya. "Kes Noritta misalnya, pembunuhan misteri itu tidak terjawab hingga ke hari ini kerana kehilangan pembunuh sebenarnya. Hingga ke hari ini polis masih gagal mengesan dua lelaki misteri yang dipercayai melakukan jenayah tersebut", tambah beliau lagi. Kehilangan terus berlaku selepas itu dalam kes Altantunya, dimana rekod perjalanan masuk wanita Monggolia itu ke negara ini telah hilang dan akhirnya wanita itu sendiri dihilangkan menggunakan letupan bom C4. Terbaru, negara turut digemparkan dengan kehilangan engin pesawat jet pejuang ATM yang bernilai jutaan ringgit" katanya. Kehilangan yang berlaku ini mengesahkan lagi kepada rakyat bahawa kerajaan UMNO BN sememangnya sudah tidak boleh dipercayai lagi. Mereka bukan sahaja menghilangkan semua barang bukti kes-kes tertentu, malah turut gemar menghilangkan wang rakyat dan harta negara sesuka hati mereka kata Dato' Fauzi sambil mendapat tepukan gemuruh perwakilan.Saifuddin: Double Standard Terus Jadi Amalan
YB Yaakob: Rakyat Pahang Perlu Tiru Selangor
[Konvensyen sehari yang diadakan itu telah berjaya mencapai matlamat rakyat Pahang untuk meyakinkan mereka tentang perubahan besar yang akan dibawa. Justeru itu, rakyat perlu bijak berfikir dan membuat penilaian sewajarnya jika mereka mahu terus dibela. Berada dibawa pemerintahan UMNO BN sejak sekian lama, bukan memberi kesejahteraan kepada rakyat malah mereka terpaksa menanggung bebaban yang tidak sewajarnya. Harta benda dan khazanah negeri terus dirompak oleh pemimpin UMNO yang tidak jujur dan telus untuk berkhidmat kepada rakyat. Paling utama ialah mereka rela mengumpul kekayaan untuk diri sendiri dan bukannya ikhlas serta bertanggungjawab untuk membantu rakyat. Tanah dan hutan negeri ditarah serta ditebang secara rakus oleh mereka tanpa menghiraukan undang-undang dan peraturan yang telah ditetapkan. Apa yang penting ialah kemewahan dan wang yang merimpah ruah untuk mengenyakkan tembolok mereka. Memperkayakan diri, kroni dan saudara mara sudah menjadi sebati dalam jiwa pemimpin UMNO. Maka itulah kita tidak hairan, mereka yang baru bergelar pemimpin boleh hidup mewah dan kaya raya dengan tiba-tiba. Semua itu adalah kerana fokus utama mereka ialah untuk itu. Membela rakyat dan mengambil berat masalah rakyat adalah perkara kedua yang akan dilakukan bila berlaku desakan dan sebagainya. Inilah dia sikap UMNO BN sejak sekian lama].
-Galeri Bergambar Menyusul Kemudian, Harap Maklum-

hidup PKR!!! tumbangkan BN!!!....hari ini semua duit dari penat lelah kita semuanya dia nak kaut secara paksa....semuanya pasal diut....Berak pun dah naik harga ke 50 sen!!!....tapi, kata pak menteri, itu semua masih rendah berbanding negara jiran.....maka penyokong BN karat pun pakat tepuk sorak ramai2....lawak batul senario hari ini.
BalasPadamMacam ni lah hasil didikan acuan karat dosa BN memerintah berjaya mengaratkan otak otak rakyat yg bebal lg dungu ini.yang mereka tahu tepuk sorak bila bos mereka kata brg tempat kita masih jauh murah dari negara jiran lain.
BalasPadamtepuklah sepuas hati kamu kerana bos kamu suka melihat kamu bertepuk mcm kera kena belacan. "petikan kata arwah p.ramli" terlolong mcm lotong dihutan yg kehausan susu. yang kamu dapat subsidi berganda...bijak bijak..kamulah rakyat terbijak dalam dunia ini.
aku tk sabar nk dengar pengumuman harga baru petrol selepas subsidi bos kamu kasi....rindu lak isi petrol dgn RM2.70 seliter tau. masih harga terendah antara negara jiran kita tau. terima kasih kerajaan kerana bagi kami subsidi.
Harapan Rakyat??? Maksud nya dari sumber muka-muka pengkianat bangsa ni? Baik lupa kan saja lah. Orang pun dah mual dan muak dengan lakonan dari semua para pelakon songsang dan tempang belaka ni...
BalasPadamTolonglah jangan serlahkan logo pkr yg seperti di atas tu, kerana dibimbangi orang akan menagitkannya dengan freemason pula..
BalasPadam