script data-ad-client="ca-pub-8413987413612695" async src="https://pagead2.googlesyndication.com/pagead/js/adsbygoogle.js">
Selamat Hari Kebangsaan Dan Hari Malaysia 2026 | Rapatkan Ukhwah Eratkan Sillaturrahim | Terima Kasih Kerana Berkunjung Ke Sini, Sila Datang Lagi

..............................

Hits Pelawat PDO Mulai 31.08.2008

Bekas Timbalan Menteri, "Saifuddin Abdullah" Sertai PKR !


PETALING JAYA: Datuk Saifuddin Abdullah akan menyertai Parti Keadilan Rakyat (PKR), demikian menurut sumber yang rapat dengan beliau.

Penyertaan Saifuddin yang juga bekas Ahli Majlis Tertinggi Umno dijangka akan diumumkan oleh kepimpinan tertinggi PKR ketika sidang akhbar pada Khamis.

Sebuah poster mengumumkan penyertaannya ke parti pembangkang itu mula tersebar menerusi aplikasi WhatsApp pada petang Rabu walaupun sumber imej berkenaan tidak diketahui.

Bagaimanapun terdapat kesalahan menerusi maklumat dalam poster berkenaan apabila ia menyatakan bahawa pengumuman penyertaan Saiffuddin ke PKR akan dibuat di pejabat Gerakan Kesederhanaan Global (GMM) di Damansara Heights.

Bagaimanapun PKR sendiri sudah mengeluarkan jemputan bagi membuat liputan sidang media di ibu pejabat parti itu pada Khamis.

Saifuddin dan PKR bagaimanapun tidak dapat dihubungi untuk mendapatkan komen.

Saifuddin baru-baru ini diberikan surat tunjuk sebab oleh Umno kerana menghadiri persidangan meja bulat pihak pembangkang pada 21 September lalu. #sumber
Share:

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

PERINGATAN: PDO TIDAK BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP KOMENTAR YANG DI BUAT DALAM PORTAL INI. IA ADALAH PANDANGAN PERIBADI PEMILIK AKAUN BERKENAAN DAN TIDAK SEMESTINYA MENGGAMBARKAN PENDIRIAN KAMI. SEGALA RISIKO AKIBAT KOMEN YANG DISIARKAN MENJADI TANGGUNGJAWAB PEMILIK AKAUN TERBABIT. HARAP MAKLUM ~ ADMIN
[ Klik DI SINI Untuk Belajar Membaca Al-Quran Digital Online ]
PERINGATAN: PDO TIDAK BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP KOMENTAR YANG DI BUAT DALAM PORTAL INI. IA ADALAH PANDANGAN PERIBADI PEMILIK AKAUN BERKENAAN DAN TIDAK SEMESTINYA MENGGAMBARKAN PENDIRIAN KAMI. SEGALA RISIKO AKIBAT KOMEN YANG DISIARKAN MENJADI TANGGUNGJAWAB PEMILIK AKAUN TERBABIT. HARAP MAKLUM ~ ADMIN

Translate

Kunjungan Pelawat

Tukaran Matawang Asing

USD MYR CHARTS

Arkib Blog

Artikel Terkini

PAS Mahu Pertahankan Semua Kerusi DUN Dan Parlimen Yang Dimenangi Pada PRU15 Lalu Di Negeri SG4, Sasar Pahang, Perak Dan Selangor

PENGKALAN CHEPA: PAS mahu mempertahankan semua kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) dan Parlimen yang dimenanginya pada Pilihan Raya Umum ke-1...

Media Pilihan

Blogger Pahang

PDO. Dikuasakan oleh Blogger.