script data-ad-client="ca-pub-8413987413612695" async src="https://pagead2.googlesyndication.com/pagead/js/adsbygoogle.js">
Selamat Hari Kebangsaan Dan Hari Malaysia 2026 | Rapatkan Ukhwah Eratkan Sillaturrahim | Terima Kasih Kerana Berkunjung Ke Sini, Sila Datang Lagi

..............................

Hits Pelawat PDO Mulai 31.08.2008

Ku Li: Bajet 2016 Sempurnakan Tuntutan Rakyat Malaysia !


GUA MUSANG: Ahli Parlimen Gua Musang, Tengku Razaleigh Hamzah menganggap Bajet 2016 yang dibentangkan pada Jumaat sebagai memenuhi tuntutan rakyat terutama golongan pendapatan sederhana dan ke bawah.

"Kerajaan telah menyediakan pakej terbaik untuk rakyat menerusi pembentangan bajet semalam dan menepati hampir keseluruhan sasaran walaupun mungkin ada satu dua perkara yang boleh ditambah baik," katanya.

Tengku Razaleigh, atau Ku Li, ditemui pemberita selepas melawat tapak binaan rumah mangsa banjir di Kampung Batu Papan Dua di sini, Sabtu. 

"Perdana Menteri (Datuk Seri Najib Tun Razak) telah menyediakan bajet seimbang untuk semua dan terimalah apa yang dibentangkan itu," katanya.

Bajet 2016 bertema 'Mensejahtera Kehidupan Rakyat' yang dibentangkan Najib di Dewan Rakyat itu merangkumi peruntukan RM267.2 bilion berbanding RM260.7 bilion bagi 2015.

Mengenai pembinaan rumah mangsa banjir pula, Tengku Razaleigh berkata kerajaan telah meluluskan peruntukan lebih RM6 juta bagi tujuan itu.

Namun, beliau kecewa dengan proses pembinaan yang menjadi lewat akibat syarat terlalu banyak yang dikenakan pihak tertentu.

"Cadangan kita nak bina 100 unit tetapi hanya lulus pembinaan 40 unit sahaja kerana halangan tertentu. Saya akan usahakan supaya ia dapat disiapkan juga sebelum Disember ini," katanya.

Turut hadir Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Paloh, Datuk Nozula Mat Diah; Adun Galas, Ab Aziz Yusof dan Ketua Pergerakan Pemuda Umno bahagian Gua Musang, Sheikh Razali Sheikh Hamat. 
#sumber
Share:

1 ulasan:

  1. Inilah calon PM dr Pas jika PR menang dulu?............hebat2 kan!?

    BalasPadam

PERINGATAN: PDO TIDAK BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP KOMENTAR YANG DI BUAT DALAM PORTAL INI. IA ADALAH PANDANGAN PERIBADI PEMILIK AKAUN BERKENAAN DAN TIDAK SEMESTINYA MENGGAMBARKAN PENDIRIAN KAMI. SEGALA RISIKO AKIBAT KOMEN YANG DISIARKAN MENJADI TANGGUNGJAWAB PEMILIK AKAUN TERBABIT. HARAP MAKLUM ~ ADMIN
[ Klik DI SINI Untuk Belajar Membaca Al-Quran Digital Online ]
PERINGATAN: PDO TIDAK BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP KOMENTAR YANG DI BUAT DALAM PORTAL INI. IA ADALAH PANDANGAN PERIBADI PEMILIK AKAUN BERKENAAN DAN TIDAK SEMESTINYA MENGGAMBARKAN PENDIRIAN KAMI. SEGALA RISIKO AKIBAT KOMEN YANG DISIARKAN MENJADI TANGGUNGJAWAB PEMILIK AKAUN TERBABIT. HARAP MAKLUM ~ ADMIN

Translate

Kunjungan Pelawat

Tukaran Matawang Asing

USD MYR CHARTS

Arkib Blog

Artikel Terkini

PAS Mahu Pertahankan Semua Kerusi DUN Dan Parlimen Yang Dimenangi Pada PRU15 Lalu Di Negeri SG4, Sasar Pahang, Perak Dan Selangor

PENGKALAN CHEPA: PAS mahu mempertahankan semua kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) dan Parlimen yang dimenanginya pada Pilihan Raya Umum ke-1...

Media Pilihan

Blogger Pahang

PDO. Dikuasakan oleh Blogger.