Presiden Gabungan Pelajar Melayu Semenanjung (GPMS) Pahang, Wan Emril Nizam Wan Embong (foto) berkata, penambah baikkan itu wajar disertai bukti dengan syarikat atau toko buku yang diiktiraf kerajaan.
“Kita tidak mahu ada kes pelajar menyalah gunakan BB1M dengan menjual kepada pihak ketiga disebabkan kelemahan pelaksanaannya.
“Justeru, menerusi bajet 2016 nanti, saya harap perkara ini antara yang akan ditambah baik pada tahun hadapan,” katanya.
Wan Emril Nizam berkata, penumpuan terhadap prestasi pelajar khususnya luar bandar dan peningkatan akses kemudahan terkini juga perlu diberi perhatian kerajaan.
Selain itu katanya, penyediaan latihan jangka pendek dan nilai tambah kepada bakal graduan termasuk menyediakan skim perintis buat graduan menganggur melalui program bersama industri dan syarikat milik kerajaan (GLC) dengan elaun sara hidup juga perlu juga diambil kira.
Wan Emril Nizam berkata, sektor pendidikan juga perlu diberikan tumpuan dan bajet yang lebih besar bagi memastikan hasrat kerajaan untuk melihat modal insan berkualiti pada masa depan dapat dicapai.
“GPMS Pahang berharap bantuan Wang Poket Siswa disediakan kepada mahasiswa dan golongan pelajar memandangkan kos sara hidup yg meningkat di samping Baucar Buku 1 Malaysia.
“Di samping, saya harap kerajaan mempertimbangkan supaya Bantuan Tuisyen Percuma disediakan buat pelajar luar bandar untuk mendapat akses pendidikan yg lebih baik,” katanya. #sumber







Tiada ulasan:
Catat Ulasan