script data-ad-client="ca-pub-8413987413612695" async src="https://pagead2.googlesyndication.com/pagead/js/adsbygoogle.js">
Selamat Hari Kebangsaan Dan Hari Malaysia 2026 | Rapatkan Ukhwah Eratkan Sillaturrahim | Terima Kasih Kerana Berkunjung Ke Sini, Sila Datang Lagi

..............................

Hits Pelawat PDO Mulai 31.08.2008

Awie Harap Kerajaan Selesaikan Segera Isu Skandal 1MDB !


KUALA LUMPUR: Selepas Majlis Raja-Raja mengeluarkan titah supaya isu 1MDB segera ditangani, tidak ada tindakan yang lebih baik dapat diambil kerajaan selain daripada berusaha menyelesaikan masalah berkenaan secara berhemah dan terhormat, kata vokalis Wings, Awie.

Menurut Awie, sejak krisis syarikat sarat hutang itu didedahkan, kesannya mencemar nama kerajaan di dalam mahupun di luar negara.

“Kalau boleh, kita mahu perkara ini diselesaikan dengan baik sebab imej Malaysia sangat tercemar ketika ini,” katanya ketika ditemui Malaysiakini.

Penyanyi dan pelakon itu memberi contoh bagaimana isu 1MDB mendorong ramai pengguna media sosial memperlekehkan negara atas rasa tidak puas hati mereka dengan penjelasan diberikan.

“Saya buka Internet, contohnya di YouTube. Ramai orang yang mengutuk dan ia amat memalukan.

“Jangan sampai rakyat pun malu untuk mengaku tinggal di negara ini,” katanya.

Sentimen naik mendadak

Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja, Datuk Syed Danial Syed Ahmad 6 Oktober lalu mengeluarkan kenyataan yang mahu kerajaan menyelesaikan secepat mungkin siasatan berkaitan 1MDB dan tindakan tegas diambil ke atas pihak yang terlibat.

Disebabkan kegagalan 1MDB menguruskan beban hutangnya itu, ia memberi kesan besar kepada ekonomi dan keyakinan pelabur antarabangsa terhadap Malaysia juga terjejas.

Selain itu, kata Awie, 1MDB juga mendorong sesetengah pihak memainkan sentimen perkauman dan ia dilihat meningkat mendadak sejak kebelakangan ini.

“Kita boleh lihat sekarang banyak banyak sentimen perkauman dimainkan hingga hilang rasa hormat antara satu sama lain hanya kerana politik.

“Kita sebagai rakyat sampai takut untuk keluar.

“Apa yang lebih membimbangkan ialah tentang masa depan dan nasib anak-anak kita,” kata penyanyi Taman Rashidah Utama itu.

Awie menambah, teguran Majlis Raja-Raja itu perlu diterima secara positif demi masa depan rakyat.

“Apabila raja bersidang, ia menunjukkan satu benda yang baik dan bagus. Biarlah perkara itu (isu 1MDB) dibuat dengan betul kerana negara kita masih ada undang-undang.

“Kita sebagai rakyat mengharapkan sesuatu yang baik akan berlaku,” katanya. #sumber
Share:

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

PERINGATAN: PDO TIDAK BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP KOMENTAR YANG DI BUAT DALAM PORTAL INI. IA ADALAH PANDANGAN PERIBADI PEMILIK AKAUN BERKENAAN DAN TIDAK SEMESTINYA MENGGAMBARKAN PENDIRIAN KAMI. SEGALA RISIKO AKIBAT KOMEN YANG DISIARKAN MENJADI TANGGUNGJAWAB PEMILIK AKAUN TERBABIT. HARAP MAKLUM ~ ADMIN
[ Klik DI SINI Untuk Belajar Membaca Al-Quran Digital Online ]
PERINGATAN: PDO TIDAK BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP KOMENTAR YANG DI BUAT DALAM PORTAL INI. IA ADALAH PANDANGAN PERIBADI PEMILIK AKAUN BERKENAAN DAN TIDAK SEMESTINYA MENGGAMBARKAN PENDIRIAN KAMI. SEGALA RISIKO AKIBAT KOMEN YANG DISIARKAN MENJADI TANGGUNGJAWAB PEMILIK AKAUN TERBABIT. HARAP MAKLUM ~ ADMIN

Translate

Kunjungan Pelawat

Tukaran Matawang Asing

USD MYR CHARTS

Arkib Blog

Artikel Terkini

PAS Mahu Pertahankan Semua Kerusi DUN Dan Parlimen Yang Dimenangi Pada PRU15 Lalu Di Negeri SG4, Sasar Pahang, Perak Dan Selangor

PENGKALAN CHEPA: PAS mahu mempertahankan semua kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) dan Parlimen yang dimenanginya pada Pilihan Raya Umum ke-1...

Media Pilihan

Blogger Pahang

PDO. Dikuasakan oleh Blogger.