script data-ad-client="ca-pub-8413987413612695" async src="https://pagead2.googlesyndication.com/pagead/js/adsbygoogle.js">
Selamat Hari Kebangsaan Dan Hari Malaysia 2026 | Rapatkan Ukhwah Eratkan Sillaturrahim | Terima Kasih Kerana Berkunjung Ke Sini, Sila Datang Lagi

..............................

Hits Pelawat PDO Mulai 31.08.2008

Wan Azizah Kemuka Usul 'Undi Tak Percaya' Terhadap PM !


KUALA LUMPUR: Pakatan Harapan sepakat untuk mengemukakan usul undi tidak percaya terhadap kepimpinan Datuk Seri Najib Tun Razak untuk dibentangkan pada sidang Dewan Rakyat kali ini.
Ketua Pembangkang, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail berkata, beliau sendiri akan mengemukakan usul itu setelah mendapat persetujuan Parti Keadilan Rakyat (PKR), DAP dan Parti Amanah Negara (Amanah).
Katanya, usul sama yang telah dikemukakan oleh Ahli Parlimen Petaling Jaya Selatan Hee Loy Sian sebelum ini akan ditarik balik.
“Pakatan Harapan sebulat suara bersetuju untuk menghantarnya sekali lagi dan ia akan dibawa oleh saya sendiri.
“Usul yang telah dihantar itu akan ditarik balik. Pakatan Harapan setuju suara lebih kuat jika kita kemukakan usul ini,’ katanya pada sidang media di Parlimen di sini, Isnin.
Beliau berkata, perkara ini juga akan dibincangkan dengan PAS dan sesiapa sahaja yang menolak kepimpinan Najib.
“Sesiapa sahaja kita akan dekati.
“Dengan PAS kita akan cakap dan bincang. PAS bukan dalam Pakatan Harapan tapi sebagai pakatan pembangkang,” katanya.
Mengenai tahap keyakinan usul itu akan diluluskan, beliau berkata tidak ada sebab untuk usul itu ditolak jika ia dibuat mengikut peraturan dan prosedur yang ditetapkan.
“Mesti ikut peraturan…mesti tulis dalam bahasa yang ‘dia’ akan terima,” katanya.
Katanya, mengikut Peraturan 26 Mesyuarat Dewan Rakyat, notis perlu dihantar dalam masa 14 hari pembentangan. #sumber
Share:

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

PERINGATAN: PDO TIDAK BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP KOMENTAR YANG DI BUAT DALAM PORTAL INI. IA ADALAH PANDANGAN PERIBADI PEMILIK AKAUN BERKENAAN DAN TIDAK SEMESTINYA MENGGAMBARKAN PENDIRIAN KAMI. SEGALA RISIKO AKIBAT KOMEN YANG DISIARKAN MENJADI TANGGUNGJAWAB PEMILIK AKAUN TERBABIT. HARAP MAKLUM ~ ADMIN
[ Klik DI SINI Untuk Belajar Membaca Al-Quran Digital Online ]
PERINGATAN: PDO TIDAK BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP KOMENTAR YANG DI BUAT DALAM PORTAL INI. IA ADALAH PANDANGAN PERIBADI PEMILIK AKAUN BERKENAAN DAN TIDAK SEMESTINYA MENGGAMBARKAN PENDIRIAN KAMI. SEGALA RISIKO AKIBAT KOMEN YANG DISIARKAN MENJADI TANGGUNGJAWAB PEMILIK AKAUN TERBABIT. HARAP MAKLUM ~ ADMIN

Translate

Kunjungan Pelawat

Tukaran Matawang Asing

USD MYR CHARTS

Arkib Blog

Artikel Terkini

PAS Mahu Pertahankan Semua Kerusi DUN Dan Parlimen Yang Dimenangi Pada PRU15 Lalu Di Negeri SG4, Sasar Pahang, Perak Dan Selangor

PENGKALAN CHEPA: PAS mahu mempertahankan semua kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) dan Parlimen yang dimenanginya pada Pilihan Raya Umum ke-1...

Media Pilihan

Blogger Pahang

PDO. Dikuasakan oleh Blogger.