script data-ad-client="ca-pub-8413987413612695" async src="https://pagead2.googlesyndication.com/pagead/js/adsbygoogle.js">
Selamat Hari Kebangsaan Dan Hari Malaysia 2026 | Rapatkan Ukhwah Eratkan Sillaturrahim | Terima Kasih Kerana Berkunjung Ke Sini, Sila Datang Lagi

..............................

Hits Pelawat PDO Mulai 31.08.2008

Najib: Jangan Jadikan Isu 1MDB Sebagai Alat Mainan Politik


SHAH ALAM: Datuk Seri Najib Tun Razak mahu semua orang berhenti menjadikan 1Malaysia Development Berhad (1MDB) satu permainan politik.

"Jangan jadikannya satu mainan politik, jika terdapat salah laku biar Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC) yang menyiasat.

"Kami dipilih oleh rakyat dan kami akan berkhidmat kepada rakyat yang melalui masa yang sukar," kata Perdana Menteri pada Persidangan Perwakilan Nasional 2015 Parti Gerakan Rakyat Malaysia, di sini, Ahad.

Najib berkata kerajaan akan mengumumkan butir-butir program rasionalisasi 1MDB tidak lama lagi.



Najib, yang juga Presiden Barisan Nasional, turut menyentuh mengenai bajet akan datang dan berkata beliau mempunyai tugas yang lebih mencabar untuk tampil dengan belanjawan yang baik.

"Ambil tol sebagai contoh, jika anda tidak menaikkan kadar tol, anda perlu membayar pampasan (kepada syarikat konsesi) dan ini akan menyebabkan kurangnya dana untuk perkara-perkara lain seperti BR1M.

"Harga Petroleum telah merosot dan Petronas yang telah memberikan dividen sebanyak RM26 bilion tahun ini telah mengatakan bahawa mereka hanya boleh memberinya sebanyak RM9 bilion tahun depan," katanya.

Katanya, meminjam wang bukanlah satu pilihan kerana ia akan menjadikan Malaysia sebuah negara yang dibebani hutang.

"Kita bukan sebuah negara gagal, kita berjaya dan mempunyai kadar pertumbuhan enam peratus pada tahun lepas," katanya.

Najib berkata rakyat 'mengutuk' kerajaan disebabkan Cukai Barang dan Perkhidmatan.

"Saya tahu rakyat sedang mengutuk, tetapi tanpa GST, anda akan melihat peningkatan dalam bentuk cukai lain," katanya.

Najib berkata beliau percaya negara ini akan bangkit semula kerana ia telah melalui masa yang sukar.
Share:

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

PERINGATAN: PDO TIDAK BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP KOMENTAR YANG DI BUAT DALAM PORTAL INI. IA ADALAH PANDANGAN PERIBADI PEMILIK AKAUN BERKENAAN DAN TIDAK SEMESTINYA MENGGAMBARKAN PENDIRIAN KAMI. SEGALA RISIKO AKIBAT KOMEN YANG DISIARKAN MENJADI TANGGUNGJAWAB PEMILIK AKAUN TERBABIT. HARAP MAKLUM ~ ADMIN
[ Klik DI SINI Untuk Belajar Membaca Al-Quran Digital Online ]
PERINGATAN: PDO TIDAK BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP KOMENTAR YANG DI BUAT DALAM PORTAL INI. IA ADALAH PANDANGAN PERIBADI PEMILIK AKAUN BERKENAAN DAN TIDAK SEMESTINYA MENGGAMBARKAN PENDIRIAN KAMI. SEGALA RISIKO AKIBAT KOMEN YANG DISIARKAN MENJADI TANGGUNGJAWAB PEMILIK AKAUN TERBABIT. HARAP MAKLUM ~ ADMIN

Translate

Kunjungan Pelawat

Tukaran Matawang Asing

USD MYR CHARTS

Arkib Blog

Artikel Terkini

PAS Mahu Pertahankan Semua Kerusi DUN Dan Parlimen Yang Dimenangi Pada PRU15 Lalu Di Negeri SG4, Sasar Pahang, Perak Dan Selangor

PENGKALAN CHEPA: PAS mahu mempertahankan semua kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) dan Parlimen yang dimenanginya pada Pilihan Raya Umum ke-1...

Media Pilihan

Blogger Pahang

PDO. Dikuasakan oleh Blogger.