script data-ad-client="ca-pub-8413987413612695" async src="https://pagead2.googlesyndication.com/pagead/js/adsbygoogle.js">
Selamat Hari Kebangsaan Dan Hari Malaysia 2026 | Rapatkan Ukhwah Eratkan Sillaturrahim | Terima Kasih Kerana Berkunjung Ke Sini, Sila Datang Lagi

..............................

Hits Pelawat PDO Mulai 31.08.2008

Arkib Negara Kesal, "Tok Janggut" Di Anggap Penderhaka !


BACHOK: Arkib Negara kesal dengan tindakan segelintir pihak luar memutarbelitkan fakta sebenar sejarah dengan melabel dan menganggap pejuang kemerdekaan tanah air seperti Tok Janggut sebagai penderhaka.
Ketua Pengarah Arkib Negara Azemi Abdul Aziz (foto) berkata tokoh berkenaan sering diberi gambaran negatif dalam versi Barat.
"Walhal kewujudan tokoh seperti Tok Janggut merupakan manifestasi daripada rasa tidak puas hati terhadap undang-undang dan cara pentadbiran British yang menentukan perjalanan pentadbiran negeri dan kehidupan rakyat," katanya.
Beliau berucap pada Majlis Memperingati 100 Tahun Tok Janggut di Universiti Malaysia Kelantan (UMK) Kampus Bachok di sini, Rabu yang dirasmikan Naib Canselor UMK Prof Datuk Dr Mortaza Mohamed dan turut dihadiri lebih 300 pelajar.
Tujuh kertas kerja dibentangkan oleh tokoh sejarah, antaranya Prof Datuk Dr Abdullah Zakaria dari Universiti Malaya, Prof Harun Daud (UMK), Dr Mohamad Samsudin (Universiti Kebangsaan Malaysia), Dr Nik Haslinda Nik Hussain (Universiti Sains Malaysia) dan Savumthararaj a/l Gopal dari Arkib negara Malaysia.
Dalam pada itu, Azemi berkata Arkib Negara bertanggungjawab mengumpul, memelihara dan menyediakan rekod dalam pelbagai jenis dan bentuk untuk rujukan penyelidik dan orang ramai.
Agensi itu turut mengamalkan pintu terbuka kepada penyelidik yang ingin menjalankan kajian terutama terhadap kajian baharu.
"Melalui seminar seperti ini, hasil kajian dan rakaman program akan diterjemahkan ke dalam bentuk penulisan dan akan disimpan oleh Arkib Negara untuk rujukan penyelidik pada masa akan datang," katanya.
Sementara itu, Mortaza ketika berucap merasmikan seminar itu berkata ia memberi kesedaran kepada pelajar di pusat pengajian tinggi untuk menghayati perjuangan tokoh kemerdekaan negara yang sanggup menggadai nyawa mempertahankan maruah bangsa Melayu dan agama Islam.
Beliau berkata Fakulti Teknologi Kreatif dan Warisan UMK diharap dapat memainkan peranan penting menyemarakkan pengajaran dan penyelidikan yang berkaitan perjuangan tokoh dan pemimpin yang banyak berjasa kepada agama, bangsa dan negara.
Penentangan Tok Janggut atau nama sebenarnya Haji Mat Hassan Panglima Munas di Pasir Puteh pada 1915, adalah sebagai tanda protes yang ditunjukkan kepada penjajah yang mengutip pelbagai cukai sehingga membebankan rakyat. #sumber
Share:

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

PERINGATAN: PDO TIDAK BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP KOMENTAR YANG DI BUAT DALAM PORTAL INI. IA ADALAH PANDANGAN PERIBADI PEMILIK AKAUN BERKENAAN DAN TIDAK SEMESTINYA MENGGAMBARKAN PENDIRIAN KAMI. SEGALA RISIKO AKIBAT KOMEN YANG DISIARKAN MENJADI TANGGUNGJAWAB PEMILIK AKAUN TERBABIT. HARAP MAKLUM ~ ADMIN
[ Klik DI SINI Untuk Belajar Membaca Al-Quran Digital Online ]
PERINGATAN: PDO TIDAK BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP KOMENTAR YANG DI BUAT DALAM PORTAL INI. IA ADALAH PANDANGAN PERIBADI PEMILIK AKAUN BERKENAAN DAN TIDAK SEMESTINYA MENGGAMBARKAN PENDIRIAN KAMI. SEGALA RISIKO AKIBAT KOMEN YANG DISIARKAN MENJADI TANGGUNGJAWAB PEMILIK AKAUN TERBABIT. HARAP MAKLUM ~ ADMIN

Translate

Kunjungan Pelawat

Tukaran Matawang Asing

USD MYR CHARTS

Arkib Blog

Artikel Terkini

PAS Mahu Pertahankan Semua Kerusi DUN Dan Parlimen Yang Dimenangi Pada PRU15 Lalu Di Negeri SG4, Sasar Pahang, Perak Dan Selangor

PENGKALAN CHEPA: PAS mahu mempertahankan semua kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) dan Parlimen yang dimenanginya pada Pilihan Raya Umum ke-1...

Media Pilihan

Blogger Pahang

PDO. Dikuasakan oleh Blogger.