script data-ad-client="ca-pub-8413987413612695" async src="https://pagead2.googlesyndication.com/pagead/js/adsbygoogle.js">
Selamat Hari Kebangsaan Dan Hari Malaysia 2026 | Rapatkan Ukhwah Eratkan Sillaturrahim | Terima Kasih Kerana Berkunjung Ke Sini, Sila Datang Lagi

..............................

Hits Pelawat PDO Mulai 31.08.2008

Permohonan Ikat Jamin, Khairuddin Dan Matthias Di Tolak !


KUALA LUMPUR: Bekas Naib Ketua UMNO  Bahagian Batu Kawan Datuk Seri Khairuddin Abu Hassan dan peguam Matthias Chang Wen Chieh, yang menghadapi pertuduhan cuba melakukan sabotaj terhadap perkhidmatan perbankan dan kewangan negara, gagal dalam permohonan mereka untuk dibebaskan dengan ikat jamin di Mahkamah Tinggi hari ini.


Hakim Mahkamah Tinggi Datuk Mohd Azman Husin membuat keputusan itu selepas menolak permohonan Khairuddin dan Chang  yang diwakili peguam Zainur Zakaria supaya dibebaskan dengan jaminan sementara menunggu keputusan dari Mahkamah Persekutuan berhubung persoalan undang-undang terhadap pertuduhan yang dihadapi mereka.
Mahkamah tertinggi negara akan mendengar permohonan itu pada 3 November  ini. "Mahkamah ini terikat dengan Seksyen 13 Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-Langkah Khas) Akta 2012 (Sosma) yang tidak membenarkan tertuduh diikat jamin. Oleh itu kedua-dua tertuduh tidak dibenarkan diikat jamin," kata hakim dan menetapkan 5 November ini untuk sebutan semula kes itu.
Terdahulu, Zainur dalam hujahannya berkata beliau diarahkan oleh Khairuddin dan Chang untuk memohon bagi diikat jamin sementara menunggu pendengaran di Mahkamah Persekutuan untuk menentukan sama ada mereka dituduh mengikut Kanun Keseksaan atau Sosma.
"Tidak mungkin anak guam saya akan melarikan diri kerana pasport mereka telah dirampas oleh mahkamah," katanya.
Timbalan Pendakwa Raya Mohd Nordin Ismail bagaimanapun membantah permohonan itu atas alasan mahkamah terikat dengan Seksyen 13 Akta Sosma dan wajar menunggu keputusan Mahkamah Persekutuan.
Khairuddin, 53, dan Chang, 65, masing-masing memakai kemeja T biru dan kemeja putih berjalur hitam, yang digari, dilihat  berbual dengan anggota keluarga. Khairuddin, juga kelihatan sebak semasa berbual dengan isterinya, pelakon Datin Seri Umie Aida.
Khairuddin, dan Chang, didakwa melakukan kesalahan itu di 5 lokasi – pejabat Ketua Bahagian Jenayah Ekonomi dan Kewangan Perancis di Paris, Balai Polis Charing Cross London, United Kingdom, pejabat Peguam Negara Switzerland di Bern, Balai Polis Wai Chan, Hong Kong, dan ibu pejabat polis Cantoment, Singapura antara 28 Jun hingga 26 Ogos tahun ini.
Mereka didakwa mengikut Seksyen 124L Kanun Keseksaan (Akta 547) dan dibaca  Seksyen 34 kanun sama, yang membawa hukuman penjara maksimum 15 tahun, jika sabit kesalahan. #sumber
Share:

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

PERINGATAN: PDO TIDAK BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP KOMENTAR YANG DI BUAT DALAM PORTAL INI. IA ADALAH PANDANGAN PERIBADI PEMILIK AKAUN BERKENAAN DAN TIDAK SEMESTINYA MENGGAMBARKAN PENDIRIAN KAMI. SEGALA RISIKO AKIBAT KOMEN YANG DISIARKAN MENJADI TANGGUNGJAWAB PEMILIK AKAUN TERBABIT. HARAP MAKLUM ~ ADMIN
[ Klik DI SINI Untuk Belajar Membaca Al-Quran Digital Online ]
PERINGATAN: PDO TIDAK BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP KOMENTAR YANG DI BUAT DALAM PORTAL INI. IA ADALAH PANDANGAN PERIBADI PEMILIK AKAUN BERKENAAN DAN TIDAK SEMESTINYA MENGGAMBARKAN PENDIRIAN KAMI. SEGALA RISIKO AKIBAT KOMEN YANG DISIARKAN MENJADI TANGGUNGJAWAB PEMILIK AKAUN TERBABIT. HARAP MAKLUM ~ ADMIN

Translate

Kunjungan Pelawat

Tukaran Matawang Asing

USD MYR CHARTS

Arkib Blog

Artikel Terkini

PAS Mahu Pertahankan Semua Kerusi DUN Dan Parlimen Yang Dimenangi Pada PRU15 Lalu Di Negeri SG4, Sasar Pahang, Perak Dan Selangor

PENGKALAN CHEPA: PAS mahu mempertahankan semua kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) dan Parlimen yang dimenanginya pada Pilihan Raya Umum ke-1...

Media Pilihan

Blogger Pahang

PDO. Dikuasakan oleh Blogger.