script data-ad-client="ca-pub-8413987413612695" async src="https://pagead2.googlesyndication.com/pagead/js/adsbygoogle.js">
Selamat Hari Kebangsaan Dan Hari Malaysia 2026 | Rapatkan Ukhwah Eratkan Sillaturrahim | Terima Kasih Kerana Berkunjung Ke Sini, Sila Datang Lagi

..............................

Hits Pelawat PDO Mulai 31.08.2008

Isu "1MDB Tak Boleh Di Sentuh", Kit Siang Mangsa Terbaru !


KUALA LUMPUR: Penggantungan Ahli Parlimen paling lama dalam sejarah tanah air dari menghadiri sidang Parlimen disifatkan tidak wajar, bahkan menjadi mangsa terbaru skandal 1Malaysia Development Berhad (1MDB).
Ketua Pembangkang, Datuk Seri Dr Wan Azizah Ismail kesal kerana Ahli Parlimen Gelang Patah itu hanya membawa suara rakyat berkaitan skandal 1MDB yang hangat diperkata dalam dan luar negara.
“Adakah 1MDB langsung tidak boleh disentuh, tidak sesiapa pun boleh soal?
“Kit Siang hanya bawa surat speaker yang memungkinkan 1MDB tidak boleh berfungsi. Apakah itu satu kesalahan?” katanya pada sidang media di lobi Parlimen selepas penggantungan itu, hari ini.
Beliau juga menyifatkan penggantungan itu tidak wajar kerana pelbagai tafsiran lain terhadap isu penggantungan boleh dibuat terhadap Kit Siang sekaligus membuktikan Parlimen bukan lagi medan bersuara.
Ahli Parlimen Bagan, Lim Guan Eng pula menyifatkan penggantungan itu sebagai babak hitam dalam sejarah Parlimen di Malaysia apabila Kit Siang langsung tidak diberi peluang membela diri seperti amalan lazim.
“Penggantungan itu juga jelas menepati usaha menutup skandal 1MDB. Namun, ia tidak akan mematikan usaha membongkar skandal itu, sebaliknya menghidupkan usaha hingga memaksa jawapan Perdana Menteri.
“Rakyat mahu tahu kebenaran dan ini bukan caranya. Cubaan tutup mulut Kit Siang hanya menyedarkan rakyat mengenai skandal itu,” katanya. #sumber
Share:

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

PERINGATAN: PDO TIDAK BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP KOMENTAR YANG DI BUAT DALAM PORTAL INI. IA ADALAH PANDANGAN PERIBADI PEMILIK AKAUN BERKENAAN DAN TIDAK SEMESTINYA MENGGAMBARKAN PENDIRIAN KAMI. SEGALA RISIKO AKIBAT KOMEN YANG DISIARKAN MENJADI TANGGUNGJAWAB PEMILIK AKAUN TERBABIT. HARAP MAKLUM ~ ADMIN
[ Klik DI SINI Untuk Belajar Membaca Al-Quran Digital Online ]
PERINGATAN: PDO TIDAK BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP KOMENTAR YANG DI BUAT DALAM PORTAL INI. IA ADALAH PANDANGAN PERIBADI PEMILIK AKAUN BERKENAAN DAN TIDAK SEMESTINYA MENGGAMBARKAN PENDIRIAN KAMI. SEGALA RISIKO AKIBAT KOMEN YANG DISIARKAN MENJADI TANGGUNGJAWAB PEMILIK AKAUN TERBABIT. HARAP MAKLUM ~ ADMIN

Translate

Kunjungan Pelawat

Tukaran Matawang Asing

USD MYR CHARTS

Arkib Blog

Artikel Terkini

PAS Mahu Pertahankan Semua Kerusi DUN Dan Parlimen Yang Dimenangi Pada PRU15 Lalu Di Negeri SG4, Sasar Pahang, Perak Dan Selangor

PENGKALAN CHEPA: PAS mahu mempertahankan semua kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) dan Parlimen yang dimenanginya pada Pilihan Raya Umum ke-1...

Media Pilihan

Blogger Pahang

PDO. Dikuasakan oleh Blogger.