script data-ad-client="ca-pub-8413987413612695" async src="https://pagead2.googlesyndication.com/pagead/js/adsbygoogle.js">
Selamat Hari Kebangsaan Dan Hari Malaysia 2026 | Rapatkan Ukhwah Eratkan Sillaturrahim | Terima Kasih Kerana Berkunjung Ke Sini, Sila Datang Lagi

..............................

Hits Pelawat PDO Mulai 31.08.2008

"Tunjukkan Bukti Atau Diam" Kata 1MDB Kepada Tony Pua !


PETALING JAYA: 1Malaysia Development Bhd (1MDB) mencabar pengkritiknya yang paling setia menyediakan bukti dakwaan berlakunya penyelewengan kepada pihak berkuasa yang melakukan siasatan.

1MDB berkata, Ahli Parlimen Petaling Jaya Utara, Tony Pua telah membuat dakwaan mempunyai 'bukti jelas' berlakunya pecah amanah, bersubahat dalam penipuan dan penyelewengan dalam firma pelaburan kerajaan itu.

"Ini adalah tuduhan jenayah yang serius, jadi kami menggesa Tony Pua mengotakan apa yang dikata dan menyediakan 'bukti jelas' kepada pihak berkuasa yang sah untuk siasatan lanjut.

"Bagaimanapun, jika dia tidak dapat memberikan bukti-bukti yang dinyatakannya, maka dia perlu berhenti membuat tuduhan liar dan tidak terbukti, yang jelas bermotifkan politik," kata 1MDB dalam satu kenyataan pada Rabu.

1MDB berkata ahli Parlimen DAP itu yang merupakan salah seorang ahli Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara (PAC), telah membuat kenyataan retorik dengan fakta rapuh.

"1MDB secara konsisten menegaskan bahawa jika terdapat sebarang bukti tentang salah laku, maka tindakan perlu diambil di bawah undang-undang," katanya sebagai tindak balas kepada pusingan terbaru serangan Pua ke atas 1MDB.

Katanya, Jabatan Peguam Negara juga telah menyatakan bahawa 1MDB 'bersih' selepas mengkaji semua dokumen berkaitan yang terkandung dalam kertas siasatan Bank Negara Malaysia (BNM), termasuk borang permohonan yang dikemukakan oleh 1MDB dan surat-surat yang dikeluarkan oleh Bank Negara.

Bank Negara telah mengesyorkan tindakan terhadap 1MDB untuk pelanggaran yang didakwa di bawah Akta Kawalan Pertukaran Wang 1953 (ECA).

Peguam Negara Tan Sri Mohd Apandi Ali telah menyatakan bahawa Bank Negara telah memberikan kebenaran kepada 1MDB untuk membayar tunai kepada pelaburan di luar negeri sebanyak tiga kali pada tahun 2009, 2010 dan 2011.

1MDB berkata pengesahan Jabatan Peguam Negara adalah sejajar dengan pernyataan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) yang dibuat pada 22 September mengesahkan bahawa syarikat itu tidak berada di bawah siasatan.

"(Walau bagaimanapun,) 1MDB terus bekerjasama rapat dengan Jabatan Audit Negara untuk memberikan maklumat yang diperlukan untuk laporan akhir, yang akan dibentangkan pada akhir tahun kepada PAC, di mana Tony Pua juga menjadi ahlinya," katanya. #sumber
Share:

1 ulasan:

  1. tapi kenapa bank negara batalkan kebenaran itu.......borang permohonan tipu kot? Majlis raja2 pula suruh cepatkan siasatan, apakah wanemdeebee membuat untung? utang pun tak boleh bayar.........nak cabar apa! malu wow jadi melayu , wanemdebe!!!

    BalasPadam

PERINGATAN: PDO TIDAK BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP KOMENTAR YANG DI BUAT DALAM PORTAL INI. IA ADALAH PANDANGAN PERIBADI PEMILIK AKAUN BERKENAAN DAN TIDAK SEMESTINYA MENGGAMBARKAN PENDIRIAN KAMI. SEGALA RISIKO AKIBAT KOMEN YANG DISIARKAN MENJADI TANGGUNGJAWAB PEMILIK AKAUN TERBABIT. HARAP MAKLUM ~ ADMIN
[ Klik DI SINI Untuk Belajar Membaca Al-Quran Digital Online ]
PERINGATAN: PDO TIDAK BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP KOMENTAR YANG DI BUAT DALAM PORTAL INI. IA ADALAH PANDANGAN PERIBADI PEMILIK AKAUN BERKENAAN DAN TIDAK SEMESTINYA MENGGAMBARKAN PENDIRIAN KAMI. SEGALA RISIKO AKIBAT KOMEN YANG DISIARKAN MENJADI TANGGUNGJAWAB PEMILIK AKAUN TERBABIT. HARAP MAKLUM ~ ADMIN

Translate

Kunjungan Pelawat

Tukaran Matawang Asing

USD MYR CHARTS

Arkib Blog

Artikel Terkini

PAS Mahu Pertahankan Semua Kerusi DUN Dan Parlimen Yang Dimenangi Pada PRU15 Lalu Di Negeri SG4, Sasar Pahang, Perak Dan Selangor

PENGKALAN CHEPA: PAS mahu mempertahankan semua kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) dan Parlimen yang dimenanginya pada Pilihan Raya Umum ke-1...

Media Pilihan

Blogger Pahang

PDO. Dikuasakan oleh Blogger.