script data-ad-client="ca-pub-8413987413612695" async src="https://pagead2.googlesyndication.com/pagead/js/adsbygoogle.js">
Selamat Hari Kebangsaan Dan Hari Malaysia 2026 | Rapatkan Ukhwah Eratkan Sillaturrahim | Terima Kasih Kerana Berkunjung Ke Sini, Sila Datang Lagi

..............................

Hits Pelawat PDO Mulai 31.08.2008

Ku Li Nafi, Akan Menyokong Undi Tak Percaya Terhadap PM


KUALA LUMPUR: Veteran Umno yang juga Ahli Parlimen Gua Musang, Tan Sri Tengku Razaleigh Hamzah menafikan dakwaan bahawa beliau akan menyokong usul undi tidak percaya yang dikemukakan terhadap Perdana Menteri.
Ketika ditanya mengenai perkara itu di lobi Parlimen pada Isnin, Tengku Razaleigh berkata beliau tiada kaitan dengan sekumpulan MP Barisan Nasional (BN) yang didakwa cuba menjatuhkan Datuk Seri Najib Tun Razak sebagai Perdana Menteri.
"Saya tiada kaitan dengan perkara itu. Saya tidak ada mata-mata dalam kumpulan itu, jadi bagaimana saya tahu apa yang mereka bincangkan?
"Marilah kita lihat apa yang mereka sedang rancang untuk lakukan. Saya yakin mereka ada idea sendiri. Namun, setakat apa yang saya tahu, saya tiada kaitan dengannya," kata beliau.
Tengku Razaleigh turut berkata peluang usul undi tidak percaya itu untuk dikemukakan di Dewan Rakyat sangat tipis, melihat kepada fokus kini lebih tertumpu kepada perkara lain seperti Bajet 2016.
Ditanya mengenai harapan beliau terhadap Bajet 2016, Tengku Razaleigh berkata: "Ia sukar untuk diperkatakan. Kita tunggu sehingga 23 Oktober ini.". #sumber
Share:

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

PERINGATAN: PDO TIDAK BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP KOMENTAR YANG DI BUAT DALAM PORTAL INI. IA ADALAH PANDANGAN PERIBADI PEMILIK AKAUN BERKENAAN DAN TIDAK SEMESTINYA MENGGAMBARKAN PENDIRIAN KAMI. SEGALA RISIKO AKIBAT KOMEN YANG DISIARKAN MENJADI TANGGUNGJAWAB PEMILIK AKAUN TERBABIT. HARAP MAKLUM ~ ADMIN
[ Klik DI SINI Untuk Belajar Membaca Al-Quran Digital Online ]
PERINGATAN: PDO TIDAK BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP KOMENTAR YANG DI BUAT DALAM PORTAL INI. IA ADALAH PANDANGAN PERIBADI PEMILIK AKAUN BERKENAAN DAN TIDAK SEMESTINYA MENGGAMBARKAN PENDIRIAN KAMI. SEGALA RISIKO AKIBAT KOMEN YANG DISIARKAN MENJADI TANGGUNGJAWAB PEMILIK AKAUN TERBABIT. HARAP MAKLUM ~ ADMIN

Translate

Kunjungan Pelawat

Tukaran Matawang Asing

USD MYR CHARTS

Arkib Blog

Artikel Terkini

PAS Mahu Pertahankan Semua Kerusi DUN Dan Parlimen Yang Dimenangi Pada PRU15 Lalu Di Negeri SG4, Sasar Pahang, Perak Dan Selangor

PENGKALAN CHEPA: PAS mahu mempertahankan semua kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) dan Parlimen yang dimenanginya pada Pilihan Raya Umum ke-1...

Media Pilihan

Blogger Pahang

PDO. Dikuasakan oleh Blogger.