script data-ad-client="ca-pub-8413987413612695" async src="https://pagead2.googlesyndication.com/pagead/js/adsbygoogle.js">
Selamat Hari Kebangsaan Dan Hari Malaysia 2026 | Rapatkan Ukhwah Eratkan Sillaturrahim | Terima Kasih Kerana Berkunjung Ke Sini, Sila Datang Lagi

..............................

Hits Pelawat PDO Mulai 31.08.2008

Saifuddin Lebih Tertarik Model Berbilang Kaum Dalam PKR


PETALING JAYA: Datuk Saifuddin Abdullah menegaskan beliau menyertai Parti Keadilan Rakyat (PKR) kerana merasakan tidak sesuai bersama dengan UMNO dan Barisan Nasional (BN).
Saifuddin berkata beliau tertarik dengan model berbilang kaum PKR, tidak seperti BN yang didakwa mengamalkan politik perkauman.
"Saya menganggap ini satu keputusan besar bagi orang kecil seperti saya," katanya pada sidang media di Ibu Pejabat PKR pada Khamis.
Beliau juga berkata akan meletak jawatan sebagai Ketua Pegawai Eksekutif Yayasan Gerakan Kesederhanaan Global (GMM) sebaik sahaja pengerusinya, Tan Sri Razali Ismail kembali dari luar negara.
Saifuddin yang juga bekas Timbalan Menteri, baru-baru ini menerima surat tunjuk sebab oleh Umno kerana menghadiri persidangan meja bulat pihak pembangkang pada 21 September lalu.
Pada Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13), Saifuddin gagal mempertahankan kerusi Parlimen Temerloh yang jatuh ke tangan PAS.
Beliau juga hilang jawatan dalam Majlis Tertinggi Umno selepas tewas pada pemilihan parti itu pada tahun yang sama. #sumber
Share:

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

PERINGATAN: PDO TIDAK BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP KOMENTAR YANG DI BUAT DALAM PORTAL INI. IA ADALAH PANDANGAN PERIBADI PEMILIK AKAUN BERKENAAN DAN TIDAK SEMESTINYA MENGGAMBARKAN PENDIRIAN KAMI. SEGALA RISIKO AKIBAT KOMEN YANG DISIARKAN MENJADI TANGGUNGJAWAB PEMILIK AKAUN TERBABIT. HARAP MAKLUM ~ ADMIN
[ Klik DI SINI Untuk Belajar Membaca Al-Quran Digital Online ]
PERINGATAN: PDO TIDAK BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP KOMENTAR YANG DI BUAT DALAM PORTAL INI. IA ADALAH PANDANGAN PERIBADI PEMILIK AKAUN BERKENAAN DAN TIDAK SEMESTINYA MENGGAMBARKAN PENDIRIAN KAMI. SEGALA RISIKO AKIBAT KOMEN YANG DISIARKAN MENJADI TANGGUNGJAWAB PEMILIK AKAUN TERBABIT. HARAP MAKLUM ~ ADMIN

Translate

Kunjungan Pelawat

Tukaran Matawang Asing

USD MYR CHARTS

Arkib Blog

Artikel Terkini

PAS Mahu Pertahankan Semua Kerusi DUN Dan Parlimen Yang Dimenangi Pada PRU15 Lalu Di Negeri SG4, Sasar Pahang, Perak Dan Selangor

PENGKALAN CHEPA: PAS mahu mempertahankan semua kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) dan Parlimen yang dimenanginya pada Pilihan Raya Umum ke-1...

Media Pilihan

Blogger Pahang

PDO. Dikuasakan oleh Blogger.