script data-ad-client="ca-pub-8413987413612695" async src="https://pagead2.googlesyndication.com/pagead/js/adsbygoogle.js">
Selamat Hari Kebangsaan Dan Hari Malaysia 2026 | Rapatkan Ukhwah Eratkan Sillaturrahim | Terima Kasih Kerana Berkunjung Ke Sini, Sila Datang Lagi

..............................

Hits Pelawat PDO Mulai 31.08.2008

SRC International Sdn Bhd Akhirnya Tampil Bersihkan Diri !



Namun, waktu syarikat itu tampil membela diri menimbulkan pelbagai soalan dan spekulasi, terutamanya apabila ia dibuat sehari selepas Menteri di Jabatan Perdana Menteri Azalina Othman Said memberitahu parlimen bahawa adalah tidak sesuai untuk Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak menjawab soalan sama ada beliau menerima ‘derma’ daripada SRC International Sdn Bhd, satu bekas anak syarikat 1MDB kerana Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) masih menyiasat kes tersebut.

Lebih pelik, kenyataan SRC International semalam adalah berkait dengan satu kertas pertuduhan terhadap Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak yang dikatakan palsu dan gambar rajah dana didakwa disalurkan dari syarikat tersebut ke dalam akaun PM yang sudah dibangkit sejak 30 Julai yang lalu.

Selepas 2.5 bulan, SRC International tampil dengan berkata ia menjalankan siasatan dalaman dan percaya dakwaan itu adalah berdasarkan kepada dokumen palsu.

Kenyataan ini bernada pelik, kerana Peguam Negara Tan Sri Apandi Ali hanya menggunakan masa sehari (pada 31 Julai) sejurus kertas dakwaan itu diterbitkan oleh Sarawak Report untuk menafikan bahawa kertas dakwaan terhadap PM itu adalah palsu.

Yang lebih pelik ialah meskipun Peguam Negara berkata kertas dakwaan itu palsu, Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar tetap melancarkan siasatan terhadap kebocoran maklumat kepada Sarawak Report selepas itu.

Siasatan itu menyaksikan tujuh pegawai SPRM disoal siasat dan pejabat siasatan khas SPRM yang sedang menyiasat SRC International diserbu.




Ketika itu, SRC International langsung tidak bersuara. Malah pada 22 Ogos yang lalu, SPRM mengumumkan kegagalan mengesan tiga individu iaitu Jho Low (Low Taek Jho), Nik Faisal Arif Kamil (Pengarah Urusan SRC International serta Datuk Suboh Md Yasin (Pengarah SRC International Sdn Bhd) bagi tujuan siasatan terhadap dakwaan RM42 juta yang dimasukkan ke dalam akaun peribadi Perdana Menteri.

Apakah dengan kenyataan SRC International bermakna Nik Faisal sudah bersedia kembali menghadapi siasatan SPRM? Apakah SPRM sudah berjaya menghubungi Nik Faisal memandang SRC International sendiri mengisytiharkan diri sendiri sudah bersih?

Bagaimana pula hasil siasatan polis terhadap kebocoran maklumat siasatan terhadap SRC International yang dilancarkan bulan Ogos yang lalu?

Bola kini di kaki SPRM dan polis untuk membalas kenyataan SRC International. Rakyat tidak harus terperangkap dengan tindakan-tindakan mengelirukan ini.

Persoalan pokok hari ini ialah PM menerima ‘derma’ daripada siapa lagi ke dalam akaun peribadinya selain RM2.6 bilion yang pendermanya masih menjadi misteri.  #sumber


Timbalan Presiden PAS
22 Oktober 2015
Share:

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

PERINGATAN: PDO TIDAK BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP KOMENTAR YANG DI BUAT DALAM PORTAL INI. IA ADALAH PANDANGAN PERIBADI PEMILIK AKAUN BERKENAAN DAN TIDAK SEMESTINYA MENGGAMBARKAN PENDIRIAN KAMI. SEGALA RISIKO AKIBAT KOMEN YANG DISIARKAN MENJADI TANGGUNGJAWAB PEMILIK AKAUN TERBABIT. HARAP MAKLUM ~ ADMIN
[ Klik DI SINI Untuk Belajar Membaca Al-Quran Digital Online ]
PERINGATAN: PDO TIDAK BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP KOMENTAR YANG DI BUAT DALAM PORTAL INI. IA ADALAH PANDANGAN PERIBADI PEMILIK AKAUN BERKENAAN DAN TIDAK SEMESTINYA MENGGAMBARKAN PENDIRIAN KAMI. SEGALA RISIKO AKIBAT KOMEN YANG DISIARKAN MENJADI TANGGUNGJAWAB PEMILIK AKAUN TERBABIT. HARAP MAKLUM ~ ADMIN

Translate

Kunjungan Pelawat

Tukaran Matawang Asing

USD MYR CHARTS

Arkib Blog

Artikel Terkini

PAS Mahu Pertahankan Semua Kerusi DUN Dan Parlimen Yang Dimenangi Pada PRU15 Lalu Di Negeri SG4, Sasar Pahang, Perak Dan Selangor

PENGKALAN CHEPA: PAS mahu mempertahankan semua kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) dan Parlimen yang dimenanginya pada Pilihan Raya Umum ke-1...

Media Pilihan

Blogger Pahang

PDO. Dikuasakan oleh Blogger.