script data-ad-client="ca-pub-8413987413612695" async src="https://pagead2.googlesyndication.com/pagead/js/adsbygoogle.js">
Selamat Hari Kebangsaan Dan Hari Malaysia 2026 | Rapatkan Ukhwah Eratkan Sillaturrahim | Terima Kasih Kerana Berkunjung Ke Sini, Sila Datang Lagi

..............................

Hits Pelawat PDO Mulai 31.08.2008

Bauksit: Kerajaan Pahang Timbang Gunakan "Adherex120" !


KUANTAN: Kerajaan  Negeri Pahang akan mempertimbangkan cadangan penggunaan agen kawalan debu ‘Adherex 120’ dalam usaha menyelesaikan masalah debu akibat aktiviti perlombongan bauksit di negeri ini.

Menteri Besar, Dato' Sri Adnan Yaakob berkata, penggunaan ‘Adherex 120’ dijangka akan lebih berkesan dan menjimatkan berbanding kaedah sedia ada iaitu penggunaan air bagi tujuan membersihkan debu bauksit.

Katanya, sekiranya perkara ini diluluskan, kos penggunaan produk baharu itu akan tetap ditanggung syarikat perlombongan mineral berkenaan.

“Kita akan mengadakan perbincangan mengenai perkara ini (penggunaan Adherex 120) pada mesyuarat Exco Rabu depan.


“Selepas itu, baru kita akan putuskan sama ada untuk terima cadangan ini atau sebaliknya,” katanya pada taklimat penggunaan ‘Adherex 120’ di Pejabat Tanah dan Galian negeri, kelmarin.

Produk bio-kimia itu dibangunkan Kam Technology Ltd, pendahulu bidang industri mikrobiologi dari Kanada degan berasaskan bahan mudah terurai apabila memasuki tanah, tasik dan laut.

Selain itu, formulanya mengandungi bahan yang tidak berbahaya atau menyebabkan kerengsaan di samping tidak memiliki kandungan toksik yang boleh mengancam hidupan akuatik.

Taklimat tersebut disampaikan Ketua Pegawai Eksekutif Kam Technology Ltd, Prof Mongi Ferchichi dan dihadiri barisan Exco Kerajaan Negeri, Adun pembangkang, wakil agensi kerajaan dan media.

Sebelum itu, Prof Mongi memberitahu sekiranya produk berkenaan dapat diguna pakai ia dapat menyelesaikan masalah berkaitan debu di lombong, jalan raya landasan kereta api dan tapak pembinaan.

Katanya, penggunaan ‘Adherex 120’ juga telah diuji bagi mengatasi masalah sama di kuari simen Oman Cement Company SOCG atau OCC.

“Adherex 120 berfungsi untuk mengubah partikel kecil kepada besar. Ia seterusnya membentuk rangkaian struktur bio-polimer yang panjang.

“Bila terbentuknya struktur bio-polimer, ia sekali gus  menyebabkan debu itu tidak berterbangan ke kawasan persekitaran. Pada bulan pertama, ia perlu di sembur sekali seminggu.
“Bagaimanapun langkah itu, perlu  diulang setiap 10 hari untuk tujuan penyelenggaraan pada bulan berikutnya dan  kaedah ini lebih menjimatkan,” katanya.

 Tambahnya, bauksit digunakan sebagai bahan utama dalam pembuatan aluminium secara meluas dalam industri pengeluaran keluli kerana ia tidak memiliki arsenik atau merkuri. #sumber
Share:

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

PERINGATAN: PDO TIDAK BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP KOMENTAR YANG DI BUAT DALAM PORTAL INI. IA ADALAH PANDANGAN PERIBADI PEMILIK AKAUN BERKENAAN DAN TIDAK SEMESTINYA MENGGAMBARKAN PENDIRIAN KAMI. SEGALA RISIKO AKIBAT KOMEN YANG DISIARKAN MENJADI TANGGUNGJAWAB PEMILIK AKAUN TERBABIT. HARAP MAKLUM ~ ADMIN
[ Klik DI SINI Untuk Belajar Membaca Al-Quran Digital Online ]
PERINGATAN: PDO TIDAK BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP KOMENTAR YANG DI BUAT DALAM PORTAL INI. IA ADALAH PANDANGAN PERIBADI PEMILIK AKAUN BERKENAAN DAN TIDAK SEMESTINYA MENGGAMBARKAN PENDIRIAN KAMI. SEGALA RISIKO AKIBAT KOMEN YANG DISIARKAN MENJADI TANGGUNGJAWAB PEMILIK AKAUN TERBABIT. HARAP MAKLUM ~ ADMIN

Translate

Kunjungan Pelawat

Tukaran Matawang Asing

USD MYR CHARTS

Arkib Blog

Artikel Terkini

PAS Mahu Pertahankan Semua Kerusi DUN Dan Parlimen Yang Dimenangi Pada PRU15 Lalu Di Negeri SG4, Sasar Pahang, Perak Dan Selangor

PENGKALAN CHEPA: PAS mahu mempertahankan semua kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) dan Parlimen yang dimenanginya pada Pilihan Raya Umum ke-1...

Media Pilihan

Blogger Pahang

PDO. Dikuasakan oleh Blogger.