script data-ad-client="ca-pub-8413987413612695" async src="https://pagead2.googlesyndication.com/pagead/js/adsbygoogle.js">
Selamat Hari Kebangsaan Dan Hari Malaysia 2026 | Rapatkan Ukhwah Eratkan Sillaturrahim | Terima Kasih Kerana Berkunjung Ke Sini, Sila Datang Lagi

..............................

Hits Pelawat PDO Mulai 31.08.2008

Lee Chong Wei Raih Gelaran Siri Super Pertama Musim Ini !


KUALA LUMPUR: Jaguh badminton negara Datuk Lee Chong Wei meraih gelaran Siri Super pertamanya musim ini selepas muncul juara di Terbuka Perancis di Stade Pierre de Coubertin, Paris, malam Ahad.

Chong Wei yang genap berusia 33 tahun empat hari lepas menang selepas menundukkan pemain nombor lima dunia, Chou Tien Chen dari Taiwan 21-13, 21-18 dalam pertarungan 47 minit.

Ini adalah gelaran pertama Siri Super buat Chong Wei dalam tempoh 16 bulan selepas kali terakhir memenanginya di Terbuka Jepun pada Jun 2014.

Kemenangan ini pasti suntikan terbaik buat bekas pemain nombor satu dunia itu selepas kemampuannya mula dipertikai dalam tiga penampilannya di Siri Super - Terbuka Jepun, Terbuka Korea dan Terbuka Denmark - termasuk gagal melepasi pusingan kelayakan di Terbuka Korea, bulan lepas.

Namun Chong Wei berdepan kebangkitan Chou, 25, di set kedua apabila membenarkan lawan itu merapatkan kedudukan 19-18 selepas mendahului selesa 17-7 di set kedua.

Sejak bebas daripada penggantungan akibat kesalahan doping Mei lepas, Chong Wei hanya sekadar meraih dua gelaran kejohanan bertaraf Grand Prix Emas iaitu Terbuka Amerika Syarikat dan Terbuka Kanada, kedua-duanya pada Jun, sebelum muncul naib juara dunia Ogos lepas.

Ini juga adalah gelaran ketiga Chong Wei di Terbuka Perancis selepas menjuarainya pada 2007 dan 2011.

Terdahulu, pasangan Korea Selatan, Ko Sung Hyun/Kim Ha Na muncul juara beregu campuran selepas menundukkan pasangan Indonesia, Praveen Jordan/Debby Susanto 21-10, 15-21, 21-19. #sumber
Share:

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

PERINGATAN: PDO TIDAK BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP KOMENTAR YANG DI BUAT DALAM PORTAL INI. IA ADALAH PANDANGAN PERIBADI PEMILIK AKAUN BERKENAAN DAN TIDAK SEMESTINYA MENGGAMBARKAN PENDIRIAN KAMI. SEGALA RISIKO AKIBAT KOMEN YANG DISIARKAN MENJADI TANGGUNGJAWAB PEMILIK AKAUN TERBABIT. HARAP MAKLUM ~ ADMIN
[ Klik DI SINI Untuk Belajar Membaca Al-Quran Digital Online ]
PERINGATAN: PDO TIDAK BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP KOMENTAR YANG DI BUAT DALAM PORTAL INI. IA ADALAH PANDANGAN PERIBADI PEMILIK AKAUN BERKENAAN DAN TIDAK SEMESTINYA MENGGAMBARKAN PENDIRIAN KAMI. SEGALA RISIKO AKIBAT KOMEN YANG DISIARKAN MENJADI TANGGUNGJAWAB PEMILIK AKAUN TERBABIT. HARAP MAKLUM ~ ADMIN

Translate

Kunjungan Pelawat

Tukaran Matawang Asing

USD MYR CHARTS

Arkib Blog

Artikel Terkini

PAS Mahu Pertahankan Semua Kerusi DUN Dan Parlimen Yang Dimenangi Pada PRU15 Lalu Di Negeri SG4, Sasar Pahang, Perak Dan Selangor

PENGKALAN CHEPA: PAS mahu mempertahankan semua kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) dan Parlimen yang dimenanginya pada Pilihan Raya Umum ke-1...

Media Pilihan

Blogger Pahang

PDO. Dikuasakan oleh Blogger.