script data-ad-client="ca-pub-8413987413612695" async src="https://pagead2.googlesyndication.com/pagead/js/adsbygoogle.js">
Selamat Hari Kebangsaan Dan Hari Malaysia 2026 | Rapatkan Ukhwah Eratkan Sillaturrahim | Terima Kasih Kerana Berkunjung Ke Sini, Sila Datang Lagi

..............................

Hits Pelawat PDO Mulai 31.08.2008

Relawan Muda ISMA Kerjasama PAIP Bantu Hantar "Satu Juta Liter" Bekalan Air Bersih !

 

KUALA LUMPUR -- Relawan Muda Ikatan Muslimin Malaysia (ISMA) bekerjasama dengan Pengurusan Air Pahang Berhad (PAIP) membantu membekalkan satu juta liter bekalan air bersih kepada mangsa banjir yang terjejas di Pahang.

Ketua Koordinator Bencana Relawan Muda ISMA Mohd Soufi Annual berkata kerjasama berkenaan diharap dapat mengatasi masalah sedang dihadapi dari sudut pengurusan penghantaran tangki air statik dan lori tangki air ke Pahang.

Beliau berkata buat permulaan pihaknya membantu menguruskan penghantaran dua lori tangki berkapasiti 70,000 liter air bagi kegunaan PAIP untuk membawa air bersih ke beberapa rumah air di sekitar kawasan terjejas.

"Sepuluh tangki air statik berkapasiti 2,000 liter dihantar ke Raub hasil sumbangan Yayasan Maghfirah dan Aman Palestin. Setakat semalam, dianggarkan sebanyak 210,000 liter air sudah disalurkan ke seluruh negeri Pahang," katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Sementara itu, Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif PAIP Roslan Abdul Rahman berkata hari ini pihak Relawan Muda ISMA akan membawa 60 tangki air statik yang dipinjamkan oleh Pengurusan Air Selangor ke Temerloh dan Pekan yang memanfaatkan sebanyak 200,000 mangsa banjir di seluruh negeri Pahang.

"Hari ini pihak Pengurusan Air Selangor sudi meminjamkan tangki air statik dan kita sedang menguruskan penghantaran ke penempatan sementara mangsa banjir.

“Kami juga ingin mengucapkan terima kasih kepada Air Selangor, ISMA dan Yayasan Maghfirah kerana membantu PAIP, kami mengalu-alukan bantuan,” katanya ketika ditemui semasa proses penghantaran tangki air statik menggunakan empat buah treler panjang di pejabat Pengurusan Air Selangor Selayang. #sumber

Share:

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

PERINGATAN: PDO TIDAK BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP KOMENTAR YANG DI BUAT DALAM PORTAL INI. IA ADALAH PANDANGAN PERIBADI PEMILIK AKAUN BERKENAAN DAN TIDAK SEMESTINYA MENGGAMBARKAN PENDIRIAN KAMI. SEGALA RISIKO AKIBAT KOMEN YANG DISIARKAN MENJADI TANGGUNGJAWAB PEMILIK AKAUN TERBABIT. HARAP MAKLUM ~ ADMIN
[ Klik DI SINI Untuk Belajar Membaca Al-Quran Digital Online ]
PERINGATAN: PDO TIDAK BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP KOMENTAR YANG DI BUAT DALAM PORTAL INI. IA ADALAH PANDANGAN PERIBADI PEMILIK AKAUN BERKENAAN DAN TIDAK SEMESTINYA MENGGAMBARKAN PENDIRIAN KAMI. SEGALA RISIKO AKIBAT KOMEN YANG DISIARKAN MENJADI TANGGUNGJAWAB PEMILIK AKAUN TERBABIT. HARAP MAKLUM ~ ADMIN

Translate

Kunjungan Pelawat

Tukaran Matawang Asing

USD MYR CHARTS

Arkib Blog

Artikel Terkini

PAS Mahu Pertahankan Semua Kerusi DUN Dan Parlimen Yang Dimenangi Pada PRU15 Lalu Di Negeri SG4, Sasar Pahang, Perak Dan Selangor

PENGKALAN CHEPA: PAS mahu mempertahankan semua kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) dan Parlimen yang dimenanginya pada Pilihan Raya Umum ke-1...

Media Pilihan

Blogger Pahang

PDO. Dikuasakan oleh Blogger.