script data-ad-client="ca-pub-8413987413612695" async src="https://pagead2.googlesyndication.com/pagead/js/adsbygoogle.js">
Selamat Hari Kebangsaan Dan Hari Malaysia 2026 | Rapatkan Ukhwah Eratkan Sillaturrahim | Terima Kasih Kerana Berkunjung Ke Sini, Sila Datang Lagi

..............................

Hits Pelawat PDO Mulai 31.08.2008

Permainan 'Jahat' Di JPN Pahang, Campak GB Keluar Daerah Kerana Rayu Pertukaran GPK !

 

KUANTAN - Jabatan Pendidikan Negeri Pahang di bawah kepimpinan Pengarah, Hj Zaimi Abu Bakar masih memanjangkan isu panas sebelum ini dengan mencampak ke luar daerah Guru Besar yang merayu bersama PIBG untuk mengekalkan GPK KO yang juga ditukarkan tanpa sebab.

Dengan kuasa yang ada JPN Pahang menukarkan pula Guru Besar ke Sekolah pendalaman Chini Timur 1, Pekan dari sekolah asal di daerah kuantan.

Walhal Guru Besar berkenaan baharu lapan bulan di sekolah semasa.

"Bayangkan beliau (Guru Besar) berkenaan terpaksa berulang alik empat jam dari rumahnya di Kuantan, dalam usia 56 Tahun.
menjadi bebanan yang berat untuk beliau menguruskan sekolah dan keluarga.

"Kenapa menganiaya beliau sebegitu rupa? salahkah Guru Besar sebagai majikan merayu bagi pihak sekolah untuk kepentingan bersama," kata sumber.

Justerh, diminta pihak yang berwajib terutama Menteri Pendidikan menyiasat perkara ini.

"Kami minta dibatalkan surat pertukaran berikut, sebelum isu ini dipanjangkan ke peringkat yang lebih tinggi merujuk kepada pihak Istana.

"Memandangkan Guru Besar berkenaan telah banyak menyusun semula kecelaruan yang ditinggalkan oleh pengurusan lama, Banyak program yang telah dilaksanakan untuk kebaikan anak-anak di situ," dakwa sumber itu lagi.

Sementara itu, difahamkan JPN  tidak habis di situ akan terus membuat sesuatu kepada pegawai  lain kerana dituduh menjadi 'Dalang' kepada pendedahan salahlaku  Pengarah serta beberapa orang pegawai di JPN Pahang.

"Surat-surat layang ke KPM berbentuk fitnah telah direka bagi tujuan mengenakan pegawai2 lain yang dikatakan tidak 'ngam' dengan kem pengarah. Perseteruan ini menampakkan ketidakcerdikan dan tidak profesionalnya JPN Pahang bertindak," tambahnya lagi.

"Kami mewakili Pertubuhan Perpaduan Masyarakat National dan beberapa NGO lain akan terus mendedahkan salahlaku serta salahguna kuasa pihak JPN Pahang dan pegawai2 lain yang terlibat merujuk kepada Encik Hiruddin Mohit , Encik Mat Ganti Mansor,  Sakri Muda, Halimi, Johari Salim, Encik Azman Manan dan Puan Hamidah Hamid Guru Besar SK Sg Soi, Merekalah yang banyak mencelarukan JPN Pahang," dakwanya. 

Encik Mat Ganti Mansor
Encik Halimi
Encik Sakri Muda

Moga pihak Kementerian Pendidikan dapat mengambil tindakan adil dan profesional dalam menangani isu ini #PahangDaily
Share:

2 ulasan:

  1. YDP,bekas GB kami, dan sahabat PK KO. Kami dah meluat dengan isu ni. Takperlu lah nak mereka cipta isu. Sedarlah kesalahan sendiri. Insaf dan Muhassabah diri adalah jalan terbaik.

    BalasPadam
  2. Tak habis lagi kes Skolah Blukar ni ? Sudoh sudoh lah wey. Kami mak bapak murit di skoloh Blukar ni dah masak dengan 3 watak utama dalam kes ni.
    YDP ... aok gi lah cari kerja. Jangan asyik 'ukor jalan'.
    Cekgu Rosli bekas Chekgu Besor skoloh kome, jangan sampai terbongkar segala isu chekgu.
    Chekgu Zaradi, tadok mende pun kelebihan chekgu. Kome tau blake tembelang cekgu kat skoloh lame tempat cekgu ngajor sebelum ni. Insaflah ... Tak baik fitnah memfitnah ni.

    BalasPadam

PERINGATAN: PDO TIDAK BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP KOMENTAR YANG DI BUAT DALAM PORTAL INI. IA ADALAH PANDANGAN PERIBADI PEMILIK AKAUN BERKENAAN DAN TIDAK SEMESTINYA MENGGAMBARKAN PENDIRIAN KAMI. SEGALA RISIKO AKIBAT KOMEN YANG DISIARKAN MENJADI TANGGUNGJAWAB PEMILIK AKAUN TERBABIT. HARAP MAKLUM ~ ADMIN
[ Klik DI SINI Untuk Belajar Membaca Al-Quran Digital Online ]
PERINGATAN: PDO TIDAK BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP KOMENTAR YANG DI BUAT DALAM PORTAL INI. IA ADALAH PANDANGAN PERIBADI PEMILIK AKAUN BERKENAAN DAN TIDAK SEMESTINYA MENGGAMBARKAN PENDIRIAN KAMI. SEGALA RISIKO AKIBAT KOMEN YANG DISIARKAN MENJADI TANGGUNGJAWAB PEMILIK AKAUN TERBABIT. HARAP MAKLUM ~ ADMIN

Translate

Kunjungan Pelawat

Tukaran Matawang Asing

USD MYR CHARTS

Arkib Blog

Artikel Terkini

PAS Mahu Pertahankan Semua Kerusi DUN Dan Parlimen Yang Dimenangi Pada PRU15 Lalu Di Negeri SG4, Sasar Pahang, Perak Dan Selangor

PENGKALAN CHEPA: PAS mahu mempertahankan semua kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) dan Parlimen yang dimenanginya pada Pilihan Raya Umum ke-1...

Media Pilihan

Blogger Pahang

PDO. Dikuasakan oleh Blogger.