Pages

Bayi Baru Lahir Di Temui Dalam Ladang Sawit Yang Di Tenggelami Banjir Di Kemayan, Bera !

BERA - Seorang bayi perempuan dipercayaibaru dilahirkan, ditemui dalam sebuah ladang kelapa sawit yang ditenggelami banjir di Kemayan, di sini, tengah hari tadi.

Dalam kejadian jam 1.45 tengah hari, bayi itu dilaporkan dijumpai dalam sebuah kotak yang ditinggalkan di tepi jalan dalam ladang berkenaan.

Ketua Polis Daerah Bera, Deputi Superintendan Mansor Samsudin, berkata seorang penduduk bersama rakannya mendakwa menemui bayi terbabit yang dibalut kain batik berwarna gelap, ketika mahu memasang jaring ikan di lokasi yang dinaiki air itu.

Beliau berkata, pegawai perubatan dari Klinik Kesihatan Kemayan kemudian melakukan pemeriksaan awal dan mengesahkan bayi itu dipercayai dilahirkan antara jam 5 hingga 7 pagi tadi.

"Bayi perempuan seberat 2.12 kilogram itu masih bertali pusat, namun tiada sebarang kesan kecederaan ditemui pada badannya kecuali gigitan semut.

"Bayi itu juga didapati cukup sifat, manakala badannya dipercayai telah dicuci dengan air yang kotor.

"Bagaimanapun, hasil pemeriksaan lanjut mendapati bayi itu berkemungkinan mengalami masalah Sindrom Down," katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Mansor berkata, bayi itu dihantar ke Hospital Kuala Pilah untuk pemeriksaan pakar, dan pihak Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) Bera telah dimaklumkan mengenai kejadian itu. #sumber


0 Komen Skrg, Sila Berikan Komen Anda Di Sini:

PERINGATAN: KAMI TIDAK BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP KOMENTAR YANG DI BUAT DALAM BLOG INI. IA ADALAH PANDANGAN PERIBADI PEMILIK AKAUN BERKENAAN DAN TIDAK SEMESTINYA MENGGAMBARKAN PENDIRIAN KAMI. SEGALA RISIKO AKIBAT KOMEN YANG DISIARKAN MENJADI TANGGUNGJAWAB PEMILIK AKAUN TERBABIT. HARAP MAKLUM ~ ADMIN
[ Klik DI SINI Untuk Belajar Membaca Al-Quran Digital Online ]