script data-ad-client="ca-pub-8413987413612695" async src="https://pagead2.googlesyndication.com/pagead/js/adsbygoogle.js">
Selamat Hari Kebangsaan Dan Hari Malaysia 2026 | Rapatkan Ukhwah Eratkan Sillaturrahim | Terima Kasih Kerana Berkunjung Ke Sini, Sila Datang Lagi

..............................

Hits Pelawat PDO Mulai 31.08.2008

Kerajaan Putuskan PKP Di Seluruh Negara 22 Januari Sehingga 4 Februari, Kecuali Sarawak

 

PUTRAJAYA: Kerajaan memutuskan untuk melaksanakan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) selama 14 hari di enam negeri berkuat kuasa jam 12.01 tengah malam 22 Januari hingga 4 Februari.

Menteri Kanan (Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, enam negeri terbabit ialah Kedah, Perak, Negeri Sembilan, Pahang, Terengganu dan Perlis.

"Kerajaan sebelum ini mengenakan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) dan Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP) di negeri-negeri terbabit.

"Bagaimanapun berdasarkan nasihat dan penilaian risiko oleh Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM), mesyuarat bersetuju melaksanakan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) di negeri-negeri terbabit," katanya pada sidang media, hari ini.

Ismail Sabri berkata, status terkini di Kedah menunjukkan berlaku peningkatan kes menerusi beberapa kluster di dalam komuniti.

"Di Perak, KKM mengesahkan lapan dari 12 daerah perak merekodkan lebih dari 40 kes selain selain terdapat kes bertaburan hasil saringan daripada kontak rapat.

"Di Negeri Sembilan, KKM mengesahkan purata kes positif Covid-19 adalah melebihi 140 kes," katanya.

Menurutnya, Pahang pula berpotensi berlaku peningkatan kes menerusi saringan yang dijalankan.

"Terengganu pula secara keseluruhan mencatatkan 875 kes dan disahkan mempunyai penularan tempatan yang tinggi.

"Bagi Perlis, KKM mengesahkan terdapat jangkitan dalam komuniti dan daerah Kangar kini menjadi zon merah," katanya.

Katanya, sehubungan dengan itu atas nasihat dan penilaian risiko semua enam negeri terbabit dikenakan PKP bermula 22 Januari sehingga 4 Februari ini.

"Ini bermakna seluruh negara berada dalam PKP kecuali Sarawak," katanya. #sumber

Share:

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

PERINGATAN: PDO TIDAK BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP KOMENTAR YANG DI BUAT DALAM PORTAL INI. IA ADALAH PANDANGAN PERIBADI PEMILIK AKAUN BERKENAAN DAN TIDAK SEMESTINYA MENGGAMBARKAN PENDIRIAN KAMI. SEGALA RISIKO AKIBAT KOMEN YANG DISIARKAN MENJADI TANGGUNGJAWAB PEMILIK AKAUN TERBABIT. HARAP MAKLUM ~ ADMIN
[ Klik DI SINI Untuk Belajar Membaca Al-Quran Digital Online ]
PERINGATAN: PDO TIDAK BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP KOMENTAR YANG DI BUAT DALAM PORTAL INI. IA ADALAH PANDANGAN PERIBADI PEMILIK AKAUN BERKENAAN DAN TIDAK SEMESTINYA MENGGAMBARKAN PENDIRIAN KAMI. SEGALA RISIKO AKIBAT KOMEN YANG DISIARKAN MENJADI TANGGUNGJAWAB PEMILIK AKAUN TERBABIT. HARAP MAKLUM ~ ADMIN

Translate

Kunjungan Pelawat

Tukaran Matawang Asing

USD MYR CHARTS

Arkib Blog

Artikel Terkini

PAS Mahu Pertahankan Semua Kerusi DUN Dan Parlimen Yang Dimenangi Pada PRU15 Lalu Di Negeri SG4, Sasar Pahang, Perak Dan Selangor

PENGKALAN CHEPA: PAS mahu mempertahankan semua kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) dan Parlimen yang dimenanginya pada Pilihan Raya Umum ke-1...

Media Pilihan

Blogger Pahang

PDO. Dikuasakan oleh Blogger.