Pages

Aktiviti Pengondolan Hutan Berleluasa Menjadi Punca Banjir Lumpur Terburuk Di Pantai Timur

 

KUALA LUMPUR -  Banjir teruk membawa lumpur yang melanda negeri Pantai Timur Semenanjung sejak seminggu lalu, bukan disebabkan faktor semula jadi, sebaliknya diburukkan aktiviti penggondolan hutan yang semakin berleluasa.

Pakar Geologi Kejuruteraan dan Mekanik Tanah dari Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Dr Nor Shahidah Mohd Nazer, berkata penduduk kawasan 'rentan' di negeri Pantai Timur Semenanjung, khususnya Pahang, berdepan risiko banjir teruk setiap tahun sekiranya aktiviti 'pembersihan hutan' dibiar berterusan, tanpa sistem tadahan air sebagai 'pelampung'.

Beliau berkata, banjir yang melanda tidak akan seteruk sekarang, jika pembersihan hutan khususnya pembalakan dilakukan secara terancang dan terkawal.

"Negeri di Pantai Timur khususnya Pahang dan Terengganu, kini menunjukkan ciri ketidakstabilan aspek geologi, di mana geomorfologi perbukitan dan berlembah di dua negeri ini, menyebabkan bencana alam boleh berlaku secara tidak terkawal.

"Penerokaan hutan di Pahang khususnya, semakin tidak terkawal. Sudah tiba masanya kerajaan melakukan sesuatu, termasuk membina sistem saliran alternatif di kawasan tanah tinggi (hulu) bagi menyalurkan air (terutama di kawasan aktif gondol) ke kawasan landai (hilir) secara sistematik terutama ketika hujan lebat berintensiti tinggi atau berdurasi lama.

"Jika pembalakan berterusan seperti sekarang, kita jangka banjir tidak terkawal akan melanda setiap tahun dan bukannya lima atau 10 tahun sekali seperti berlaku sebelum ini.

"Kalaulah pembalakan (secara berleluasa) ini tiada, saya boleh katakan banjir masih berpotensi berlaku disebabkan pelbagai faktor semula jadi yang lain, tetapi tidaklah seteruk dialami sekarang.

"Ia mengambil kira juga aspek pemodenan yang kita tidak boleh elak seperti pembangunan infrastruktur atau pembinaan jalan raya yang menyumbang kepada keadaan ini tetapi aktiviti pembalakan ibarat menyimbah petrol kepada api yang marak," katanya.

Justeru, Nor Shahidah berkata, perlu ada sistem tadahan air seperti empangan atau sistem terowong pintar yang dibuat di ibu kota.

Beliau berkata, secara saintifiknya banjir yang melanda ini disebabkan penggondolan berleluasa kerana apabila itu berlaku, tiada pokok berfungsi sebagai perintang (barrier) sebelum air hujan sampai ke permukaan tanah.

"Ia sekali gus menyebabkan air hujan bukan sahaja cepat sampai ke permukaan bumi, namun kadar resapan jauh lebih perlahan kerana sebahagian besarnya menjadi air permukaan yang bertenaga tinggi," katanya.

Katanya, air permukaan ini kemudian bertindak menghakis butiran tanah yang kini berstruktur longgar dan lemah.

Malah katanya, keadaan air banjir berwarna keruh menjadi indikator ia disebabkan penggondolan ekstrem, dibuktikan kehadiran partikel tanah bersaiz halus seperti lodak dan lempung (tanah liat) yang lebih mudah terhakis dan terampai di dalam air.

"Sebab itu apabila berlaku hujan dengan kadar resapan lebih perlahan daripada sepatutnya, memang akan ada banjir kerana tanah sudah tepu air disebabkan banyak faktor di mana penyumbang terbesarnya ialah kekurangan pokok di permukaan yang menjadi rintangan air.

"Saya sendiri terkejut melihat paparan imej Google Satellite yang viral baru-baru ini, ia adalah sesuatu yang perlu diberi perhatian," katanya.

Beliau berkata, selain penggondolan tanah tidak terkawal, faktor lain turut menyebabkan banjir, termasuk jenis tanah berperanan mengawal sifat kekonduksian hidraulik tanah iaitu parameter yang menentu ukur tahap kesenangan pengaliran air di antara liang tanah.

Presiden Persatuan Pencinta Alam Malaysia (MNS), Prof Dr Ahmad Ismail, berkata agensi berkaitan seharusnya mempunyai sistem pemetaan kawasan sensitif banjir sebelum bertindak melakukan 'pembersihan tanah' dan pembangunan bagi mengelakkan banjir yang berlaku bertambah buruk.

Beliau berkata, ini kerana keadaan banjir khususnya di negeri Pantai Timur Semenanjung sudah berlarutan lama.

Namun katanya, penggondolan hutan tetap dilakukan tanpa adanya satu sistem yang boleh dirujuk untuk mengenal pasti kawasan mana sepatutnya dipelihara bagi mengelakkan banjir bertambah buruk atau kawasan mana yang boleh dibangunkan.

"Penerokaan haram dan pembangunan yang tidak terancang boleh menyumbang kepada banjir.

"Tiada pemetaan kawasan sensitif banjir dengan pihak pemaju terus membangunkan kawasan berkenaan yang mana ia menyebabkan keadaan banjir bertambah teruk.

"Kenapa selama ini banjir setiap tahun, namun tiada satu peta yang menunjukkan kawasan itu ialah lokasi sensitif banjir yang tidak sepatutnya dibolehkan pembangunan," katanya.

Ahmad berkata, secara teorinya setiap kali berlaku hujan di kawasan terbuka dan melalui lokasi sensitif ini sudah tentu ia mengakibatkan banjir.

Katanya, mengikut maklumat diperolehnya, hutan berkeupayaan menyimpan air hujan sebanyak 70 peratus dan ketiadaan kawasan semula jadi itu menyebabkan potensi banjir berlaku adalah besar.

"Tambahan lagi curahan hujan yang berlebihan sekarang, menambahkan keadaan buruk itu," katanya.

Presiden Pertubuhan Pelindung Khazanah Alam Malaysia (PEKA), Puan Sri Shariffa Sabrina Syed Akil, pula berkata, permintaan kayu kayan dan durian Musang King untuk pasaran eksport menyebabkan lebih banyak hutan digondolkan.

"Boleh dikatakan, keseluruhan hutan di Pahang sedang nazak kerana Banjaran Titiwangsa paling luas di negeri itu, memberi kelebihan kepada Pahang.

"Pembalakan 'cuci mangkuk' untuk penanaman durian susulan permintaan eksport yang tinggi. Apabila banyak hutan, golongan tidak bertanggungjawab atau kapitalis hanya nampak balak. Hasil pembalakan dimonopoli kapitalis, namun rakyat merana akibat banjir," katanya.

Shariffa Sabrina mendakwa, sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) akibat COVID-19 sejak setahun lalu, 'dimanfaatkan' sebaiknya oleh syarikat pembalakan untuk melakukan kerja pembersihan hutan. #sumber

3 Komen Skrg, Sila Berikan Komen Anda Di Sini:

Pertahan Hak Orang Asal Islam/Melayu Malaysia (Defend Indigenous Malaysian Muslim/Malay Peoples' Rights) berkata...

Sistem KEHAKIMAN pun mmg. dah GILA & PENIPU habis akibat HAKIM NEGARA Melayu yg. amat DAYUS - mcm. mana PENDATANG2 PARIAH boleh MENGUASAI Mahkamah Rayuan pula - & yg amat RASIS & FASIS - boleh pula MEMIHAK pd. PENJENAYAH2 CINA yg. PENCEROBOH2 HARAM Tanah Kerajaan, Hutan2 Simpan & Sumber2 Air penting kita?!

Mana SPRM & PEGUAM NEGARA PENIPU2 tu?!!

Bayangkan di masa hadapan - PENJENAYAH2 spt. PENCEROBOH HARAM Tanah/Hutan Simpan/Sumber Air ni boleh pula bawa kes ke MAHKAMAH - kononnya depa MANGSA2!!

SIASAT & DAKWA si HAKIM2 Mahkamah Rayuan yg. jelas TAK berINTEGRITI ni!!!

Ya, inilah akibatnya bila Sistem KEHAKIMAN & PERUNDANGAN NEGARA - telah diJAHANAMkan habis2an oleh rejim PENJAJAH Zionis PH-DIKTATOR mahathir PARIAH kerala/PKR homo/DAP Parasit - yg. legasi amat JAHAT ini terus diSAMBUNG oleh si Melayu2 LIBERAL dr. Parti BUKAN lagi Pribumi, Bersatu, dgn. KULI GILA KUASA & DAYUS depa, dr. PAS PENIPU!!

Lihat di - https://ismaweb.net/2021/01/05/penceroboh-musang-king-dapat-tangguh-notis-arahan-kosong-tanah1/

Pertahan Hak Orang Asal Islam/Melayu Malaysia (Defend Indigenous Malaysian Muslim/Malay Peoples' Rights) berkata...

Lihat juga bagaimana PENJENAYAH/PEROMPAK2 TANAH BUAS-si PENCEROBOH2 HARAM 5000 HEKTAR Tanah, Hutan Simpan & Sumber Air di RAUB di BANJARAN TITIWANGSA ni - dah jadikan seolah TANAH2 HARAM tu mcm. GENG2 PENGGANAS/ KONGSI
GELAP/SAMSENG2 CINA punya - sampai ORANG AWAM kat Jlnraya atau kawasan di situ pun diHENDAP & diTAKUT2kan!

Ya, inilah jenis PENJENAYAH2/PEROMPAK2 TANAH dr. geng SAMSENG PENDATANG Cina- geng DAP PENJAJAH Zionis PARASIT - yg. boleh pula diBELA oleh MAHKAMAH RAYUAN paling PENIPU, RASIS & TAK berINTEGRITI tu - yg. diBIARkan juga oleh si MELAYU2 LIBERAL dr. Parti BUKAN lagi Pribumi, Bersatu & MENTERI UNDG2 paling BONGKAK dr. PAS, dr. rejim PERIKATAN NASIONAL PENIPU & PALING TAK GUNA!!

Lihat di - https://ismaweb.net/2021/01/07/penceroboh-tanah-raub-kawal-di-setiap-penjuru-macam-mereka-punya/

Pertahan Hak Orang Asal Islam/Melayu Malaysia (Defend Indigenous Malaysian Muslim/Malay Peoples' Rights) berkata...

NOTA: Ingat, PENJAJAH2 Zionis-si MUSUH2 Islam/Melayu ini ingin MENAKLUK - akan BANJARAN2 Gunung2 Berapi PURBA kita, yg. ASALnya BERSAMBUNG dr. BANJARAN HIMALAYA purba hampir 500 JUTA thn. - iaitu BANJARAN2 TITIWANGSA, CROCKERS (di GUNUNG KINABALU) & KAPUAS-TAMA ABU (di BARAM, Sarawak) - yg. amat KAYA dgn. bahan2 NADIR BUMI (RARE EARTH ELEMENTS/MINERALS) spt. THORIUM, URANIUM & ZIRCON yg. mungkin $BERIBU TRILLION - utk. pembuatan Senjata2 NUKLEAR, Jet2 Perang NUKLEAR, Kapal2 laut NUKLEAR & Stesyen2-Kapal2 Angkasa NUKLEAR Barat-ZIONIS hingga akhir zaman!!

PERINGATAN: KAMI TIDAK BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP KOMENTAR YANG DI BUAT DALAM BLOG INI. IA ADALAH PANDANGAN PERIBADI PEMILIK AKAUN BERKENAAN DAN TIDAK SEMESTINYA MENGGAMBARKAN PENDIRIAN KAMI. SEGALA RISIKO AKIBAT KOMEN YANG DISIARKAN MENJADI TANGGUNGJAWAB PEMILIK AKAUN TERBABIT. HARAP MAKLUM ~ ADMIN
[ Klik DI SINI Untuk Belajar Membaca Al-Quran Digital Online ]