script data-ad-client="ca-pub-8413987413612695" async src="https://pagead2.googlesyndication.com/pagead/js/adsbygoogle.js">
Selamat Hari Kebangsaan Dan Hari Malaysia 2026 | Rapatkan Ukhwah Eratkan Sillaturrahim | Terima Kasih Kerana Berkunjung Ke Sini, Sila Datang Lagi

..............................

Hits Pelawat PDO Mulai 31.08.2008

Mangsa Banjir Di Pahang Terus Mendapat Perhatian Daripada Yang di-Pertuan Agong

 

KUALA LUMPUR -- Nasib mangsa banjir di Pahang terus mendapat perhatian Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah, apabila baginda berangkat ke pusat pemindahan sementara (PPS) Kampung Serambi, Pekan, hari ini.

Seri Paduka yang diiringi Raja Permaisuri Agong Tunku Hajah Azizah Aminah Maimunah Iskandariah dan tiga anakanda Tengku Arif Bendahara Tengku Muhammad Iskandar Ri'ayatuddin Shah, Tengku Panglima Muda Tengku Ahmad Ismail Mu'adzam Shah dan Tengku Puteri Raja Tengku Puteri Jihan Azizah 'Athiyatullah, turut kelihatan menyantuni penduduk kampung berkenaan dengan bertanya khabar.

Dalam lawatan berkenaan, Seri Paduka Berdua turut berkenan mengurniakan sumbangan kepada penduduk yang terjejas, bagi meringankan beban yang ditanggung akibat bencana banjir.

Dalam pada itu, badan korporat, sukarelawan dan badan bukan kerajaan (NGO) dari negeri dikenakan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) khususnya zon merah, tidak dibenarkan melakukan aktiviti pasca banjir di Pahang.

Menteri Besar Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail berkata, selain zon merah atau negeri dikenakan PKP, pihak terlibat perlu berdaftar di https://ebanjir.pahang.gov.my, serta wajib mendapatkan kelulusan merentas negeri daripada polis.

Sementara itu, situasi banjir di Sarawak kian serius apabila jumlah mangsa banjir di negeri itu mencatatkan peningkatan, dengan jumlah keseluruhan pusat pemindahan sementara (PPS)  yang beroperasi kini 33.

Kuching mencatatkan jumlah tertinggi dengan 1,179 mangsa, termasuk seorang bayi berusia lapan bulan yang mempunyai masalah jantung berlubang, yang ditempatkan di pusat pemindahan di daerah itu.

Bagaimanapun, keadaan banjir di Sabah, Pahang dan Johor, semakin pulih apabila jumlah mangsa di PPS berkurangan, manakala banjir di Kelantan pula pulih sepenuhnya, selepas pusat pemindahan  terakhir di jajahan Pasir Mas menamatkan operasinya petang ini.

Kesemua mangsa yang terjejas di jajahan Pasir Mas itu telah dibenarkan pulang ke kediaman masing-masing sekitar 6 petang tadi, berikutan keadaan cuaca baik dan tiada hujan sejak beberapa hari lepas. #sumber

Share:

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

PERINGATAN: PDO TIDAK BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP KOMENTAR YANG DI BUAT DALAM PORTAL INI. IA ADALAH PANDANGAN PERIBADI PEMILIK AKAUN BERKENAAN DAN TIDAK SEMESTINYA MENGGAMBARKAN PENDIRIAN KAMI. SEGALA RISIKO AKIBAT KOMEN YANG DISIARKAN MENJADI TANGGUNGJAWAB PEMILIK AKAUN TERBABIT. HARAP MAKLUM ~ ADMIN
[ Klik DI SINI Untuk Belajar Membaca Al-Quran Digital Online ]
PERINGATAN: PDO TIDAK BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP KOMENTAR YANG DI BUAT DALAM PORTAL INI. IA ADALAH PANDANGAN PERIBADI PEMILIK AKAUN BERKENAAN DAN TIDAK SEMESTINYA MENGGAMBARKAN PENDIRIAN KAMI. SEGALA RISIKO AKIBAT KOMEN YANG DISIARKAN MENJADI TANGGUNGJAWAB PEMILIK AKAUN TERBABIT. HARAP MAKLUM ~ ADMIN

Translate

Kunjungan Pelawat

Tukaran Matawang Asing

USD MYR CHARTS

Arkib Blog

Artikel Terkini

PAS Mahu Pertahankan Semua Kerusi DUN Dan Parlimen Yang Dimenangi Pada PRU15 Lalu Di Negeri SG4, Sasar Pahang, Perak Dan Selangor

PENGKALAN CHEPA: PAS mahu mempertahankan semua kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) dan Parlimen yang dimenanginya pada Pilihan Raya Umum ke-1...

Media Pilihan

Blogger Pahang

PDO. Dikuasakan oleh Blogger.