script data-ad-client="ca-pub-8413987413612695" async src="https://pagead2.googlesyndication.com/pagead/js/adsbygoogle.js">
Selamat Hari Kebangsaan Dan Hari Malaysia 2026 | Rapatkan Ukhwah Eratkan Sillaturrahim | Terima Kasih Kerana Berkunjung Ke Sini, Sila Datang Lagi

..............................

Hits Pelawat PDO Mulai 31.08.2008

Rayuan Anwar Ibrahim Berhubung Kesahan Pengampunannya Di Dengar Pada 28 Julai !

 

PUTRAJAYA -- Mahkamah Rayuan menetapkan 28 Julai untuk mendengar rayuan Datuk Seri Anwar Ibrahim berhubung keputusan Mahkamah Tinggi yang menolak permohonannya untuk membatalkan saman pemula yang difailkan seorang peguam mengenai kesahan pengampunan Anwar berhubung sabitan liwatnya.

Peguam Anwar, J. Leela ketika dihubungi mengesahkan perkara tersebut dan berkata tarikh pendengaran itu telah dijadualkan semula pada Julai.

Pengurusan kes rayuan itu yang didengar hari ini di hadapan Timbalan Pendaftar Radzilawatee Abdul Rahman, dijalankan melalui e-Review.

Pendengaran rayuan itu sebelum ini ditetapkan pada 11 Jan tetapi telah ditangguhkan.

Rayuan Anwar itu akan didengar sekali dengan rayuan Lembaga Pengampunan.

Pada 21 Sept tahun lepas, Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur menolak permohonan Anwar dan Lembaga Pengampunan untuk membatalkan saman pemula  difailkan oleh peguam Mohd Khairul Azam Abdul Aziz yang mempunyai locus standi dalam memulakan saman itu kerana beliau adalah masyarakat umum dan berkelayakan sebagai peguam.

Anwar yang merupakan Ahli Parlimen Port Dickson, memfailkan permohonan untuk membatalkan saman pemula itu atas alasan Khairul Azam selaku plaintif tidak mempunyai locus standi atau kedudukan di sisi undang-undang untuk meneruskan tindakan saman tersebut, tuntutan saman plaintif remeh, mengaibkan serta suatu penyalahgunaan proses mahkamah.

ADVERTISEMENT

Mohd Khairul Azam, yang memfailkan saman itu pada 26 Feb tahun lepas, menamakan Lembaga Pengampunan dan Anwar selaku defendan, mendakwa beberapa tindakan tidak berperlembagaan telah diambil bagi memastikan Anwar menerima pengampunan yang membebaskannya dari penjara selepas Pilihan Raya Umum (PRU) Ke-14.

Beliau mendakwa pengampunan penuh yang diberikan kepada Anwar oleh Yang di-Pertuan Agong bercanggah dengan Perkara 42(4) dan (5) Perlembagaan Persekutuan berikutan kuasa pengampunan oleh Yang di-Pertuan Agong hendaklah dilaksanakan atas nasihat Lembaga Pengampunan.

Dakwanya pada ketika itu Lembaga Pengampunan belum dibentuk dengan sempurna berikutan negara baru selesai menjalankan PRU ke-14 pada 9 Mei 2018 dan dalam proses membentuk kerajaan baharu.

Anwar dihukum penjara lima tahun kerana meliwat pembantu peribadinya Mohd Saiful Bukhari Azlan dan sabitan serta hukuman itu dikekalkan oleh Mahkamah Persekutuan pada 10 Feb 2015. #sumber

Share:

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

PERINGATAN: PDO TIDAK BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP KOMENTAR YANG DI BUAT DALAM PORTAL INI. IA ADALAH PANDANGAN PERIBADI PEMILIK AKAUN BERKENAAN DAN TIDAK SEMESTINYA MENGGAMBARKAN PENDIRIAN KAMI. SEGALA RISIKO AKIBAT KOMEN YANG DISIARKAN MENJADI TANGGUNGJAWAB PEMILIK AKAUN TERBABIT. HARAP MAKLUM ~ ADMIN
[ Klik DI SINI Untuk Belajar Membaca Al-Quran Digital Online ]
PERINGATAN: PDO TIDAK BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP KOMENTAR YANG DI BUAT DALAM PORTAL INI. IA ADALAH PANDANGAN PERIBADI PEMILIK AKAUN BERKENAAN DAN TIDAK SEMESTINYA MENGGAMBARKAN PENDIRIAN KAMI. SEGALA RISIKO AKIBAT KOMEN YANG DISIARKAN MENJADI TANGGUNGJAWAB PEMILIK AKAUN TERBABIT. HARAP MAKLUM ~ ADMIN

Translate

Kunjungan Pelawat

Tukaran Matawang Asing

USD MYR CHARTS

Arkib Blog

Artikel Terkini

PAS Mahu Pertahankan Semua Kerusi DUN Dan Parlimen Yang Dimenangi Pada PRU15 Lalu Di Negeri SG4, Sasar Pahang, Perak Dan Selangor

PENGKALAN CHEPA: PAS mahu mempertahankan semua kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) dan Parlimen yang dimenanginya pada Pilihan Raya Umum ke-1...

Media Pilihan

Blogger Pahang

PDO. Dikuasakan oleh Blogger.