script data-ad-client="ca-pub-8413987413612695" async src="https://pagead2.googlesyndication.com/pagead/js/adsbygoogle.js">
Selamat Hari Kebangsaan Dan Hari Malaysia 2026 | Rapatkan Ukhwah Eratkan Sillaturrahim | Terima Kasih Kerana Berkunjung Ke Sini, Sila Datang Lagi

..............................

Hits Pelawat PDO Mulai 31.08.2008

Air Naik Paras Longkang Di Pindahkan Ke PPS, Banjir Paras Pinggang Di Nafikan Hak Bantuan

 

PEKAN - Seorang penduduk Kampung Padang Rumbia dekat sini mendedahkan sikap sebenar 'Tok Empat' kampung terbabit yang sudah tidak dapat lagi dipertahankan.

Beliau yang juga salah seorang mangsa banjir di PPS kampung terbabit, bersimpati dengan nasib 40 orang penduduk kampung itu yang dinafikan hak untuk menerima bantuan.

"Tok Empat rela pindahkan keluarga dari Rumah 50 ke PPS, walau pun kawasan itu tidak terlibat banjir sepenuhnya jika dibandingkan dengan rumah mangsa yang berada di tebing sungai.

"Saya lihat sendiri, air hanya naik dekat longkang dan langsung tidak menjejaskan kehidupan penduduk. Jika jalan terputus, itu munasabah. Namun, di Rumah 50, awal-awal banjir sudah diarahkan berpindah ke PPS oleh Tok Empat kerana penduduk di situ adalah penyokongnya, " dakwa beliau.

Beberapa bukti bergambar disertakan untuk menguatkan lagi dakwaan beliau itu. Katanya, dia hairan sejak sekian lama Tok Empat asyik 'pilih kasih' dan 'pilih bulu' dalam agihan bantuan kepada penduduk.

"Air longkang naik sekejap, melimpah tak sampai pun paras buku lali, tapi penduduk dipindahkan. Sebaliknya mangsa lain yang air baik lebih dari satu meter dinafikan hak," katanya.

"Sudah tiba masa saya terpaksa dedahkan, sebab tak tahan melihat sikap beliau. Malah ada barangan yang dihantar oleh NGO hanya diagihkan kepada kroni beliau sahaja. Ini belum termasuk, peruntukan kewangan.

"Saya lihat jika ADUN Bebar, masih terpedaya dengan mainan politik Tok Empat ini, mungkin PRU-15 nanti beliau akan kehilangan banyak undi dari rakyat marhaen. Sewajarnya, Tok Empat yang khianat rakyat ini ditukarkan. Dah terlalu lama beliau bermaharajalela dengan tindakan berat sebelah kepada penduduk di kampung ini, " dakwa beliau lagi. #PahangDaily

Share:

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

PERINGATAN: PDO TIDAK BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP KOMENTAR YANG DI BUAT DALAM PORTAL INI. IA ADALAH PANDANGAN PERIBADI PEMILIK AKAUN BERKENAAN DAN TIDAK SEMESTINYA MENGGAMBARKAN PENDIRIAN KAMI. SEGALA RISIKO AKIBAT KOMEN YANG DISIARKAN MENJADI TANGGUNGJAWAB PEMILIK AKAUN TERBABIT. HARAP MAKLUM ~ ADMIN
[ Klik DI SINI Untuk Belajar Membaca Al-Quran Digital Online ]
PERINGATAN: PDO TIDAK BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP KOMENTAR YANG DI BUAT DALAM PORTAL INI. IA ADALAH PANDANGAN PERIBADI PEMILIK AKAUN BERKENAAN DAN TIDAK SEMESTINYA MENGGAMBARKAN PENDIRIAN KAMI. SEGALA RISIKO AKIBAT KOMEN YANG DISIARKAN MENJADI TANGGUNGJAWAB PEMILIK AKAUN TERBABIT. HARAP MAKLUM ~ ADMIN

Translate

Kunjungan Pelawat

Tukaran Matawang Asing

USD MYR CHARTS

Arkib Blog

Artikel Terkini

PAS Mahu Pertahankan Semua Kerusi DUN Dan Parlimen Yang Dimenangi Pada PRU15 Lalu Di Negeri SG4, Sasar Pahang, Perak Dan Selangor

PENGKALAN CHEPA: PAS mahu mempertahankan semua kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) dan Parlimen yang dimenanginya pada Pilihan Raya Umum ke-1...

Media Pilihan

Blogger Pahang

PDO. Dikuasakan oleh Blogger.