Pages

Banjir: Mayat Pelajar UMP Yang Hilang Telah Ditemui Selepas Tiga Hari Hanyut Di Jerantut

 

KUANTAN -- Mayat pelajar Universiti Malaysia Pahang (UMP) ditemukan selepas tiga hari hanyut di Sungai Puas Kampung Gintong, Jerantut, kira-kira 100 kilometer dari sini, hari ini.

Ketua Polis Daerah Jerantut Supt Mazlan Hassan berkata mangsa, Ukai Iskandar Zulkarnain yang hanyut bersama bapanya Zulkarnain Hitam, 58, ditemukan kira-kira lima meter dari lokasi kejadian oleh orang awam sekitar 9 pagi tadi.

“Pengecaman mayat sudah dilakukan oleh ahli keluarga mangsa dan jasad Ukai Iskandar kemudian  dibawa ke Hospital Jerantut untuk proses bedah siasat,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Susulan itu, Mazlan berkata operasi mencari dan menyelamat (SAR) dihentikan pada tengah hari tadi.

Ahad lepas, Ukai Iskandar, 23, dan bapanya Zulkarnain Hitam dihanyutkan arus deras ketika berjalan bersama dua adiknya untuk pulang ke rumah di Kampung Gintong kira-kira 10.30 malam selepas memindahkan kereta ke kawasan tinggi.

Zulkarnain yang juga kakitangan Pejabat Hutan Daerah Jerantut ditemukan lemas pada hari kejadian manakala dua anaknya berusia 13 dan 15 tahun berjaya diselamatkan orang awam. #sumber

0 Komen Skrg, Sila Berikan Komen Anda Di Sini:

PERINGATAN: KAMI TIDAK BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP KOMENTAR YANG DI BUAT DALAM BLOG INI. IA ADALAH PANDANGAN PERIBADI PEMILIK AKAUN BERKENAAN DAN TIDAK SEMESTINYA MENGGAMBARKAN PENDIRIAN KAMI. SEGALA RISIKO AKIBAT KOMEN YANG DISIARKAN MENJADI TANGGUNGJAWAB PEMILIK AKAUN TERBABIT. HARAP MAKLUM ~ ADMIN
[ Klik DI SINI Untuk Belajar Membaca Al-Quran Digital Online ]