Pages

TNB: Tidak Ada Pelepasan Air Dari Empangan Cameron Highlands Seperti Mesej Yang Tular !

 

KUALA LUMPUR - Tenaga Nasional Berhad (TNB) meminta orang ramai agar tidak berkongsi hantaran media sosial yang ditularkan pihak tidak bertanggungjawab berkenaan pelepasan air Empangan Cameron Highlands sehingga menyebabkan banjir.

Paras air di empangan hidroelektrik TNB di Cameron Highlands, Pahang berada di bawah paras limpahan dan tiada pelepasan air berlaku, seperti yang didakwa dalam hantaran media sosial itu.

Paras air di dua lagi empangan TNB, iaitu Tasik Kenyir, Terengganu dan Sungai Perak, Perak juga di bawah paras limpahan dan tiada pelepasan air dilaksanakan.

Sejak Ogos tahun lalu, TNB telah membuat persediaan awal di ketiga-tiga empangan itu dengan melakukan pelepasan terkawal bagi menurunkan paras air empangan agar dapat menampung peningkatan jumlah air ketika musim tengkujuh.

TNB juga telah mengadakan beberapa siri taklimat persediaan dan latihan kecemasan di stesen-stesen hidroelektrik dan pejabat operasinya bagi meningkatkan kecekapan dan siapsiaga semua pihak.

Orang ramai dinasihatkan agar menyemak kesahihan hantaran di media sosial sebelum membuat perkongsian bagi mengelakkan kegusaran kepada masyarakat. #sumber

0 Komen Skrg, Sila Berikan Komen Anda Di Sini:

PERINGATAN: KAMI TIDAK BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP KOMENTAR YANG DI BUAT DALAM BLOG INI. IA ADALAH PANDANGAN PERIBADI PEMILIK AKAUN BERKENAAN DAN TIDAK SEMESTINYA MENGGAMBARKAN PENDIRIAN KAMI. SEGALA RISIKO AKIBAT KOMEN YANG DISIARKAN MENJADI TANGGUNGJAWAB PEMILIK AKAUN TERBABIT. HARAP MAKLUM ~ ADMIN
[ Klik DI SINI Untuk Belajar Membaca Al-Quran Digital Online ]