script data-ad-client="ca-pub-8413987413612695" async src="https://pagead2.googlesyndication.com/pagead/js/adsbygoogle.js">
Selamat Hari Kebangsaan Dan Hari Malaysia 2026 | Rapatkan Ukhwah Eratkan Sillaturrahim | Terima Kasih Kerana Berkunjung Ke Sini, Sila Datang Lagi

..............................

Hits Pelawat PDO Mulai 31.08.2008

Kerajaan Di Jangka Akan Umum SOP Lebih Ketat, Bagi Mencegah Penularan Covid-19 !

 


PETALING JYA – Kerajaan dijangka akan mengumumkan prosedur operasi standard (SOP) bagi mencegah penularan Covid-19 yang lebih ketat berikutan peningkatan mendadak kes positif sejak kebelakangan ini.

Menteri Kanan (Pertahanan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, pengumuman itu akan dilakukan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin pada hari Isnin.

“Kerajaan melalui sidang khas Majlis Keselamatan Negara (MKN) sedang memperhalusi dan menilai tindakan yang perlu diambil segera untuk mengawal penularan termasuk mempertimbangkan SOP yang lebih ketat dilaksanakan.

“Ia terutama yang melibatkan sektor sosial sekali gus dapat mengurangkan pergerakan dan penularan Covid-19. Satu pengumuman akan dibuat oleh Perdana Menteri mengenai tindakan yang akan dilaksanakan,” katanya pada sidang media hari ini.

Terdahulu, Ismail Sabri berkata, kerajaan mendengar keluhan dan cadangan rakyat yang amat bimbang dengan peningkatan kes positif Covid-19.

Kata beliau, kerajaan juga memahami bebas tugas pasukan kesihatan serta kebimbangan ramai bencana banjir akan menjadi satu lagi penyebab penularan wabak itu.

Menurut beliau, pencegahan yang paling utama ketika ini adalah diri sendiri termasuk memakai pelitup muka, kerap mencuci tangan, menjaga jarak fizikal dan mengelak daripada bersentuhan. #sumber

Share:

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

PERINGATAN: PDO TIDAK BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP KOMENTAR YANG DI BUAT DALAM PORTAL INI. IA ADALAH PANDANGAN PERIBADI PEMILIK AKAUN BERKENAAN DAN TIDAK SEMESTINYA MENGGAMBARKAN PENDIRIAN KAMI. SEGALA RISIKO AKIBAT KOMEN YANG DISIARKAN MENJADI TANGGUNGJAWAB PEMILIK AKAUN TERBABIT. HARAP MAKLUM ~ ADMIN
[ Klik DI SINI Untuk Belajar Membaca Al-Quran Digital Online ]
PERINGATAN: PDO TIDAK BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP KOMENTAR YANG DI BUAT DALAM PORTAL INI. IA ADALAH PANDANGAN PERIBADI PEMILIK AKAUN BERKENAAN DAN TIDAK SEMESTINYA MENGGAMBARKAN PENDIRIAN KAMI. SEGALA RISIKO AKIBAT KOMEN YANG DISIARKAN MENJADI TANGGUNGJAWAB PEMILIK AKAUN TERBABIT. HARAP MAKLUM ~ ADMIN

Translate

Kunjungan Pelawat

Tukaran Matawang Asing

USD MYR CHARTS

Arkib Blog

Artikel Terkini

PAS Mahu Pertahankan Semua Kerusi DUN Dan Parlimen Yang Dimenangi Pada PRU15 Lalu Di Negeri SG4, Sasar Pahang, Perak Dan Selangor

PENGKALAN CHEPA: PAS mahu mempertahankan semua kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) dan Parlimen yang dimenanginya pada Pilihan Raya Umum ke-1...

Media Pilihan

Blogger Pahang

PDO. Dikuasakan oleh Blogger.