KUANTAN - Perlantikan Datuk Saifuddin Abdullah sebagai Pengerusi Badan Perhubungan Negeri, Perikatan Nasional (PN) Pahang adalah satu penghargaan kepada Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) di negeri ini sebenarnya.
Demikian dinyatakan oleh Razali Alias kepada PDO hari ini. Menurut beliau, selaku pemimpin yang memegang portfolio Menteri Telekomunikasi dan Multimedia, dibawah pentadbiran kerajaan PN pusat, maka perlantikan Saifuddin diharap dapat memberi kelebihan kepada Bersatu di Indera Mahkota khasnya dan negeri Pahang amnya..
Razali, yang juga merupakan Timbalan Ketua Bahagian Bersatu Indera Mahkota turut mengucpakan syabas dan tahniah kepada Saifuddin atas perlantikan itu.
"Kita harap, dengan perlantikan ini juga maka gerak kerja menuju PRU-15 dapat diperkemaskan lagi. Kami tidak mahu melayan, suara-suara sumbang pihak lain yang memandang Bersatu umpama" parti kerdil" yang tidak layak memimpin.
Jika tiada Bersatu, belum tentu akan tertubuhkan kerajaan Perikatan Nasional (PN) yang mana, pemimpin UMNO dan PAS turut bersama. Mungkin kini masih bergelar parti pembangkang, katanya.
"Di Indera Mahkota sendiri, dulu PKR adalah parti kerdil ketika berdepan dengan BN. Namun tiga penggal BN gagal merampas semula kerusi parlimen ini. Maknanya, dengan kekuatan jentera, ahli akar umbi yang ramai sekali pun belum tentu boleh menang. Sebab itu kita peru wujudkan persefahaman demi mempertahankan Indera Mahkota kepada PN pada PRU-15 nanti," katanya.
Menurut beliau lagi, Bersatu Indera Mahkota terus bekerja turun padang bagi mendekati rakyat.
"Kita sudah jalankan berbagai aktiviti dan banyak lagi akan menyusul pada tahun 2021 ini. Hubungan kita cukup baik sekali dengan PAS dan parti lain dalam kerajaan PN,
"Justeru, dengan perlantikan Datuk Saifuddin ini diharap ia dapat mewujudkan persefahaman yang lebih erat lagi antara sesama parti dalam kerajaan PN bagi mempertahankan kerusi parlimen Indera Mahkota pada PRU-15 ini," tambah Razali. #PahangDaily









Tiada ulasan:
Catat Ulasan