Pages

Jumlah Mangsa Banjir Di Tga Negeri Menurun, Kecuali Di Pahang Dan Johor Terus Meningkat

 

KUALA LUPUR -- Jumlah mangsa banjir di pusat pemindahan sementara (PPS) di Terengganu, Kelantan dan Perak dilaporkan menurun, Johor kekal manakala Pahang sedikit meningkat pagi ini.

Menurut Portal Info Bencana Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM), jumlah mangsa di kelima-lima negeri masih melepasi 40,000 orang, selain paras air sungai di beberapa negeri juga masih melepasi tahap bahaya.

Jabatan Meteorologi Malaysia menerusi portal rasminya turut melaporkan cuaca hujan akan berterusan di negeri-negeri tersebut.

Di PAHANG, jumlah mangsa banjir di 280 PPS sedikit meningkat kepada 26,540 orang setakat 7 pagi ini, berbanding 26,496 semalam dengan Temerloh mencatatkan bilangan mangsa tertinggi sebanyak 12,045, diikuti Maran (3,728), Pekan (2,406), Lipis (2,330), Raub (1,788), Bera (1,551), Jerantut (1,493) Kuantan (999) dan Rompin (200).

Sementara itu, pemegang konsesi Lebuhraya Pantai Timur Fasa 1, ANIH Berhad dalam kenyataan medianya awal pagi ini melaporkan laluan KM126.3 antara persimpangan Temerloh ke Chenor masih lagi ditutup kepada pengguna jalan raya.

Di TERENGGANU, jumlah mangsa banjir berkurangan kepada 10,086 orang di 43 PPS setakat 8 pagi ini berbanding 10,439 orang pada 3 petang semalam.

Ketua Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri Leftenan Kolonel (PA) Che Adam A Rahman berkata, hanya dua daerah masih terjejas ketika ini iaitu Kemaman dengan 8,626 mangsa dan Dungun (1,460) manakala di Hulu Terengganu, kesemua mangsa dibenarkan pulang lewat petang semalam.

Di KELANTAN, jumlah mangsa yang dipindahkan membabitkan tiga jajahan semakin berkurang kepada 2,990 setakat 8 pagi ini berbanding 3,697 petang semalam, dengan 35 PPS yang masih aktif.

Pasir Mas merekodkan jumlah mangsa tertinggi seramai 1,510 orang diikuti Kuala Krai (1,232) dan Tanah Merah (248).

Di PERAK, banjir semakin pulih apabila hanya tinggal 93 penduduk terjejas yang ditempatkan di dua PPS setakat pukul 7 pagi ini, melibatkan 77 mangsa di Hilir Perak dan 16 lagi di Hulu Perak.

Di JOHOR, mangsa banjir yang berada di PPS kekal seramai 479 orang pagi ini, yang ditempatkan di sembilan PPS di tiga daerah.

Pengerusi Jawatankuasa Alam Sekitar dan Kesihatan Johor R.Vidyananthan berkata, PPS di Mersing menempatkan 320 mangsa, Segamat (94) dan Kota Tinggi (65 orang).

“Dua jalan iaitu Jalan Haji Suhud di Johor Bahru dan Jalan Tanah Abang di Mersing, juga masih ditutup ketika ini kepada semua jenis kenderaan,” katanya menerusi kenyataan.  #sumber

0 Komen Skrg, Sila Berikan Komen Anda Di Sini:

PERINGATAN: KAMI TIDAK BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP KOMENTAR YANG DI BUAT DALAM BLOG INI. IA ADALAH PANDANGAN PERIBADI PEMILIK AKAUN BERKENAAN DAN TIDAK SEMESTINYA MENGGAMBARKAN PENDIRIAN KAMI. SEGALA RISIKO AKIBAT KOMEN YANG DISIARKAN MENJADI TANGGUNGJAWAB PEMILIK AKAUN TERBABIT. HARAP MAKLUM ~ ADMIN
[ Klik DI SINI Untuk Belajar Membaca Al-Quran Digital Online ]