script data-ad-client="ca-pub-8413987413612695" async src="https://pagead2.googlesyndication.com/pagead/js/adsbygoogle.js">
Selamat Hari Kebangsaan Dan Hari Malaysia 2026 | Rapatkan Ukhwah Eratkan Sillaturrahim | Terima Kasih Kerana Berkunjung Ke Sini, Sila Datang Lagi

..............................

Hits Pelawat PDO Mulai 31.08.2008

Tindakan Tegas 'Langgar' Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) Bermula Pada Sabtu Ini !

 

PUTRAJAYA - Pihak berkuasa akan mengambil tindakan tegas tanpa kompromi bermula Sabtu ini kepada mana-mana individu yang didapati melanggar arahan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

Menteri Kanan (Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, ini termasuk mereka yang melakukan pergerakan rentas negeri atau daerah selepas diberi kelonggaran selama tiga hari bagi mereka yang terkandas.

“Selepas 15 Januari ini tiada lagi kompromi dan tindakan tegas akan diambil. Kita sudah memberi ruang yang secukupnya sejak beberapa hari lalu.

“Tindakan kompaun boleh dikenakan terus di lapangan. Tujuan PKP bagi mengurangkan pergerakan. Apabila kedai tutup pukul 8 malam maka tiada keperluan untuk keluar (rumah),” katanya dalam sidang akhbar hari ini.

Ismail Sabri berkata, kerajaan sebelum ini memberi kelonggaran pergerakan rentas negeri dan daerah sehingga esok untuk golongan tertentu bagi memberi peluang kepada mereka untuk pulang ke destinasi masing-masing selepas PKP diumumkan.

Bagaimanapun, katanya, terdapat salah faham bahawa orang ramai masih dibenarkan untuk pulang ke kampung sehingga esok disebabkan penularan berita palsu.

“Ada satu laporan berita tular kononnya saya mengatakan  boleh balik kampung sehingga 15 Januari walaupun larangan  rentas negeri telah dilaksanakan sejak 13 Januari.

“Saya ingin jelaskan bahawa ini adalah berita palsu. Apa yang saya sebut sebelum ini adalah bagi mereka yang  berada di kampung dan telah membeli tiket untuk kembali ke  tempat kerja masing-masing, boleh diberi kelonggaran untuk bergerak rentas negeri sehingga 15 Januari dengan kebenaran polis,” katanya. #sumber

Share:

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

PERINGATAN: PDO TIDAK BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP KOMENTAR YANG DI BUAT DALAM PORTAL INI. IA ADALAH PANDANGAN PERIBADI PEMILIK AKAUN BERKENAAN DAN TIDAK SEMESTINYA MENGGAMBARKAN PENDIRIAN KAMI. SEGALA RISIKO AKIBAT KOMEN YANG DISIARKAN MENJADI TANGGUNGJAWAB PEMILIK AKAUN TERBABIT. HARAP MAKLUM ~ ADMIN
[ Klik DI SINI Untuk Belajar Membaca Al-Quran Digital Online ]
PERINGATAN: PDO TIDAK BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP KOMENTAR YANG DI BUAT DALAM PORTAL INI. IA ADALAH PANDANGAN PERIBADI PEMILIK AKAUN BERKENAAN DAN TIDAK SEMESTINYA MENGGAMBARKAN PENDIRIAN KAMI. SEGALA RISIKO AKIBAT KOMEN YANG DISIARKAN MENJADI TANGGUNGJAWAB PEMILIK AKAUN TERBABIT. HARAP MAKLUM ~ ADMIN

Translate

Kunjungan Pelawat

Tukaran Matawang Asing

USD MYR CHARTS

Arkib Blog

Artikel Terkini

PAS Mahu Pertahankan Semua Kerusi DUN Dan Parlimen Yang Dimenangi Pada PRU15 Lalu Di Negeri SG4, Sasar Pahang, Perak Dan Selangor

PENGKALAN CHEPA: PAS mahu mempertahankan semua kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) dan Parlimen yang dimenanginya pada Pilihan Raya Umum ke-1...

Media Pilihan

Blogger Pahang

PDO. Dikuasakan oleh Blogger.