script data-ad-client="ca-pub-8413987413612695" async src="https://pagead2.googlesyndication.com/pagead/js/adsbygoogle.js">
Selamat Hari Kebangsaan Dan Hari Malaysia 2026 | Rapatkan Ukhwah Eratkan Sillaturrahim | Terima Kasih Kerana Berkunjung Ke Sini, Sila Datang Lagi

..............................

Hits Pelawat PDO Mulai 31.08.2008

Dapatkan Kebenaran Pusat Kawalan Operasi Bencana Sebelum 'Sertai' Misi Pasca Banjir !

 

KUANTAN -- Polis Pahang hari ini mengingatkan mereka yang ingin melakukan misi bantuan pascabanjir di negeri itu agar mendapatkan kebenaran daripada Pusat Kawalan Operasi Bencana (PKOB) daerah sebelum melakukan perjalanan merentas negeri.

Ketua Polis Pahang Datuk Seri Abd Jalil Hassan berkata mereka yang tiada surat kebenaran itu akan diarah berpatah balik dan dikompaun RM1,000 jika ingkar.

"Untuk memudahkan urusan, saya berharap mereka yang mahu menghantar bantuan mencetak kelulusan PKOB daerah dan mengemukakannya kepada polis semasa membuat permohonan permit merentas negeri.

"Ini untuk mengelakkan kekeliruan kerana ada yang berpendapat permit rentas negeri daripada polis sudah mencukupi, sedangkan ketetapan kerajaan negeri ialah mereka perlu mendaftar di https://ebanjir.pahang.gov.my dan menunggu kelulusan diberikan," katanya kepada Bernama hari ini.

Beliau berkata sebanyak 13 sekatan jalan raya diadakan di sempadan negeri termasuk di laluan tikus, seperti di Rompin yang merupakan laluan masuk dari selatan, Cameron Highlands (utara), Bentong (Lembah Klang), Lipis (Kelantan) dan Kuantan (pantai timur).

"Mereka dari luar Pahang yang mendapat kebenaran PKOB juga  hanya boleh menghantar bantuan itu ke PKOB daerah dan terus bergerak pulang kerana barangan itu akan diagihkan oleh PKOB," tambah beliau. #sumber

Share:

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

PERINGATAN: PDO TIDAK BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP KOMENTAR YANG DI BUAT DALAM PORTAL INI. IA ADALAH PANDANGAN PERIBADI PEMILIK AKAUN BERKENAAN DAN TIDAK SEMESTINYA MENGGAMBARKAN PENDIRIAN KAMI. SEGALA RISIKO AKIBAT KOMEN YANG DISIARKAN MENJADI TANGGUNGJAWAB PEMILIK AKAUN TERBABIT. HARAP MAKLUM ~ ADMIN
[ Klik DI SINI Untuk Belajar Membaca Al-Quran Digital Online ]
PERINGATAN: PDO TIDAK BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP KOMENTAR YANG DI BUAT DALAM PORTAL INI. IA ADALAH PANDANGAN PERIBADI PEMILIK AKAUN BERKENAAN DAN TIDAK SEMESTINYA MENGGAMBARKAN PENDIRIAN KAMI. SEGALA RISIKO AKIBAT KOMEN YANG DISIARKAN MENJADI TANGGUNGJAWAB PEMILIK AKAUN TERBABIT. HARAP MAKLUM ~ ADMIN

Translate

Kunjungan Pelawat

Tukaran Matawang Asing

USD MYR CHARTS

Arkib Blog

Artikel Terkini

PAS Mahu Pertahankan Semua Kerusi DUN Dan Parlimen Yang Dimenangi Pada PRU15 Lalu Di Negeri SG4, Sasar Pahang, Perak Dan Selangor

PENGKALAN CHEPA: PAS mahu mempertahankan semua kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) dan Parlimen yang dimenanginya pada Pilihan Raya Umum ke-1...

Media Pilihan

Blogger Pahang

PDO. Dikuasakan oleh Blogger.