Pages

PEMBELA Gesa UMNO Bahas Usul Penceroboh 'Tanah' Di PAU, Jangan Fikir ‘Survival’ Sahaja !

 


BANGI – UMNO sepatutnya membangkitkan isu kepentingan orang Melayu berbanding politik dan ‘survival’ mereka dalam Perhimpuan Agung UMNO (PAU) hujung bulan ini.

Pengerusi Pertubuhan-Pertubuhan Pembela Islam (PEMBELA), Haji Aminuddin Yahaya berkata, perhimpunan itu juga adalah masa sesuai bagi UMNO Pahang membangkitkan isu-isu pencerobohan tanah di negeri itu yang semakin membarah untuk diberi perhatian oleh UMNO Pusat dan seluruh ahlinya.

“Lihatlah apa yang terjadi di Raub. Lihatlah bagaimana kerajaan negeri dibuli oleh penceroboh-penceroboh dengan ‘game’ (permainan) mereka.

“Kerana sedarlah secara tidak langsung sebenarnya yang dibuli ialah UMNO negeri Pahang itu sendiri, “ katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Sebelum ini, usul memutuskan hubungan dengan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) sambil mempertahankan kerjasama dengan PAS akan dibawa ke PAU.

Ketua Penerangan UMNO, Shahril Hamdan berkata, ia bagi membolehkan usul itu diputuskan di peringkat tertinggi parti sebagaimana peruntukan Perlembagaan parti.

Katanya, usul mempertahankan hubungan kerjasama dengan PAS menerusi Muafakat Nasional (MN) mengambil kira sentimen permuafakatan yang sudah dibina ketika 22 bulan bersama sebagai pembangkang.

Selain itu, menggesa Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15) diadakan sebelum berakhir suku pertama tahun ini bagi membolehkan mandat baharu diserahkan kepada rakyat, tertakluk kepada situasi COVID-19.

Kesal dengan perkara itu, Aminuddin berkata, alangkah baik sekiranya UMNO mengangkat usul mengenai isu tanah-tanah rizab Melayu yang hilang dan tinggal hanya kurang 12 peratus.

Katanya, parti itu juga sepatutnya memikirkan cara untuk mengembalikan tanah-tanah rizab berkenaan.

“Dalam beberapa juta ahli UMNO, saya harap ada sekurang-kurangnya seorang yang berani membangkitkannya,” katanya.

Tambahnya, pihaknya turut menyarankan UMNO mengangkat mengenai hubungannya dengan MCA dalam perhimpunan itu selain Bersatu.

Dakwanya, MCA bukan sahaja memberi mudarat kepada UMNO, malah orang Melayu juga.

“Rakyat sedang memerhati, apakah PAU kali ini hanya membincangkan mengenai politik dan survival UMNO semata-mata?

“Rakyat sedang menilai UMNO. Apakah mereka masih kisah tentang nasib dan survival orang Melayu di negara kita, bukannya isu perebutan jawatan dan pilihan raya,” katanya. #sumber

2 Komen Skrg, Sila Berikan Komen Anda Di Sini:

Pertahan Hak Orang Asal Islam/Melayu Malaysia (Defend Indigenous Malaysian Muslim/Malay Peoples' Rights) berkata...

Dahlah ISMA BANGANG ni! Melayu2 Liberal dr. Parti BUKAN lagi Pribumi, BERSATU & PAS, terutamanya MENTERI UNDG2 dr. PAS amat PEMALAS, BONGKAK & BODOH -TAK pula diKECAM si ISMA BANGANG ni!! Yg. KAWAL Sistem KEHAKIMAN & PERUNDANGAN,siapa ISMA LEMBU oi?!

Pertahan Hak Orang Asal Islam/Melayu Malaysia (Defend Indigenous Malaysian Muslim/Malay Peoples' Rights) berkata...

Lihat bagaimana PENJENAYAH/PEROMPAK2 TANAH BUAS-si PENCEROBOH2 HARAM 5000 HEKTAR Tanah, Hutan Simpan & Sumber Air di RAUB di BANJARAN TITIWANGSA ni - dah jadikan seolah TANAH2 HARAM tu mcm. GENG2 PENGGANAS/ KONGSI
GELAP/SAMSENG2 CINA punya - sampai ORANG AWAM kat Jlnraya atau kawasan di situ pun diHENDAP & diTAKUT2kan!

Ya, inilah jenis PENJENAYAH2/PEROMPAK2 TANAH dr. geng SAMSENG PENDATANG Cina- geng DAP PENJAJAH Zionis PARASIT - yg. boleh pula diBELA oleh MAHKAMAH RAYUAN paling PENIPU, RASIS & TAK berINTEGRITI tu - yg. diBIARkan juga oleh si MELAYU2 LIBERAL dr. Parti BUKAN lagi Pribumi, Bersatu & MENTERI UNDG2 paling BONGKAK dr. PAS, dr. rejim PERIKATAN NASIONAL PENIPU & PALING TAK GUNA!!

Lihat di - https://ismaweb.net/2021/01/07/penceroboh-tanah-raub-kawal-di-setiap-penjuru-macam-mereka-punya/

PERINGATAN: KAMI TIDAK BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP KOMENTAR YANG DI BUAT DALAM BLOG INI. IA ADALAH PANDANGAN PERIBADI PEMILIK AKAUN BERKENAAN DAN TIDAK SEMESTINYA MENGGAMBARKAN PENDIRIAN KAMI. SEGALA RISIKO AKIBAT KOMEN YANG DISIARKAN MENJADI TANGGUNGJAWAB PEMILIK AKAUN TERBABIT. HARAP MAKLUM ~ ADMIN
[ Klik DI SINI Untuk Belajar Membaca Al-Quran Digital Online ]