Pages

PAIP: Banjir, Sebanyak 17 Loji Rawatan Air Di "Tujuh Daerah" Di Pahang Terpaksa Di Tutup !

 

KUANTAN  -- Sebanyak 17 loji rawatan air (LRA) di tujuh daerah di Pahang terpaksa ditutup ekoran banjir, menurut Pengurusan Air Pahang Berhad (PAIP).

PAIP menerusi kenyataan di sini hari ini memaklumkan secara keseluruhan 26 LRA terjejas akibat banjir, namun sembilan daripadanya sudah mula beroperasi mulai jam 11 pagi tadi.

"LRA yang masih ditutup melibatkan loji dalam Raub, Lipis, Maran, Bentong, Bera, Jerantut dan Temerloh.

"Ia ekoran peningkatan paras sungai dan bekalan elektrik yang terputus," menurut kenyataan itu.

Bagi membantu penduduk, PAIP telah menghantar lori tangki ke kawasan yang terjejas, khususnya di pusat pemindahan sementara selain turut mengagihkan air minuman kepada orang ramai.

PAIP turut menerima bantuan tambahan lori tangki melalui Suruhanjaya Perkhidmatan Air Negara (SPAN) daripada operator air negeri termasuk dari Johor, Negeri Sembilan, Selangor, Perak, Kedah dan Pulau Pinang. #sumber

0 Komen Skrg, Sila Berikan Komen Anda Di Sini:

PERINGATAN: KAMI TIDAK BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP KOMENTAR YANG DI BUAT DALAM BLOG INI. IA ADALAH PANDANGAN PERIBADI PEMILIK AKAUN BERKENAAN DAN TIDAK SEMESTINYA MENGGAMBARKAN PENDIRIAN KAMI. SEGALA RISIKO AKIBAT KOMEN YANG DISIARKAN MENJADI TANGGUNGJAWAB PEMILIK AKAUN TERBABIT. HARAP MAKLUM ~ ADMIN
[ Klik DI SINI Untuk Belajar Membaca Al-Quran Digital Online ]