Pages

Mangsa Banjir Di Pahang Meningkat Kepada '20,100 Orang' , Sebanyak 247 PPS Di Buka !

 

KUANTAN - Jumlah mangsa banjir di Pahang meningkat kepada 20,100 orang daripada 5,318 keluarga di 252 pusat pemindahan sementara (PPS) di sembilan daerah di negeri ini, setakat 12 tengah hari ini.

Berbanding pada 8.30 pagi tadi, hanya seramai 19,527 mangsa daripada 5,198 keluarga berada di 247 PPS.

Berdasarkan rekod, sebanyak 46 PPS dibuka di Temerloh, diikuti Maran (41), Lipis (40), Raub (37), Jerantut (35), Kuantan (24), Pekan (13), Bera (sembilan) dan Rompin (tujuh).

Kuantan merekodkan 2,797 mangsa daripada 753 keluarga, diikuti Temerloh 3,647 membabitkan 969 keluarga; Maran 4,531 daripada 1,232 keluarga.

Rompin pula merekodkan 1,012 daripada 264 keluarga; Bera 423 daripada 112 keluarga; Raub 2,391 daripada 644 keluarga; Jerantut 2,279 daripada 543 keluarga; Lipis 2,551 daripada 675 keluarga dan Pekan 469 daripada 128 keluarga.

Laporan infobanjir.water.gov.my memaklumkan lapan sungai masih melepasi paras bahaya setakat jam 12 tengah hari.

Sungai terbabit ialah di Sungai Jelai, Jeram Bungor, Lipis; Sungai Pahang di Sungai Yap, Jerantut; Sungai Pahang di Lubuk Pasu, Temerloh dan Sungai Pahang di Lubuk Paku, Maran.

Selain itu Sungai Kuantan di Jalan Kuantan Pintasan, Kuantan, Sungai Lepar di Jambatan Gelugor, Kuantan serta Sungai Pahang di Kuala Sungai Chini dan Sungai Pahang di Serambi (Paloh Inai), Pekan.

Tiga sungai lagi melepasi paras amaran iaitu Sungai Kuantan di Pasir Kemudi, Sungai Belat di Sri Damai, Kuantan dan Sungai Triang, Bera. #sumber

0 Komen Skrg, Sila Berikan Komen Anda Di Sini:

PERINGATAN: KAMI TIDAK BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP KOMENTAR YANG DI BUAT DALAM BLOG INI. IA ADALAH PANDANGAN PERIBADI PEMILIK AKAUN BERKENAAN DAN TIDAK SEMESTINYA MENGGAMBARKAN PENDIRIAN KAMI. SEGALA RISIKO AKIBAT KOMEN YANG DISIARKAN MENJADI TANGGUNGJAWAB PEMILIK AKAUN TERBABIT. HARAP MAKLUM ~ ADMIN
[ Klik DI SINI Untuk Belajar Membaca Al-Quran Digital Online ]