script data-ad-client="ca-pub-8413987413612695" async src="https://pagead2.googlesyndication.com/pagead/js/adsbygoogle.js">
Selamat Hari Kebangsaan Dan Hari Malaysia 2026 | Rapatkan Ukhwah Eratkan Sillaturrahim | Terima Kasih Kerana Berkunjung Ke Sini, Sila Datang Lagi

..............................

Hits Pelawat PDO Mulai 31.08.2008

Wan Rosdy: Patahkan Persepsi, Sekarang Adalah Masa Untuk ‘Ofensif’ Dan Bukan Lagi ‘Defensif

JERANTUT: Sekarang adalah masa untuk ‘ofensif’ dan bukannya ‘defensif’ dalam usaha memastikan UMNO dan Barisan Nasional (BN) tidak dihujani dengan pelbagai persepsi yang akhirnya merugikan parti.

Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Pahang, Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail berkata persepsi serta fitnah tidak membantu masyarakat serta negeri kerana akhirnya yang rugi adalah masyarakat setempat.

“Kita kadangkala kalah dengan persepsi, sentimen  dan fitnah. Dalam sidang DUN (Dewan Undangan Negeri) baru-baru ini, ada seorang wakil rakyat  kata, kerajaan negeri Pahang ini teruk. Tak pandai nak belanja. Saya bangun… saya kata, inilah masalah pembangkang ni tak ada kerja lain. Main saja dengan persepsi 15 peratus perbelanjaan untuk tahun ini, sedangkan perbelanjaan itu untuk bulan satu hingga bulan tiga…,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada majlis perasmian Mesyuarat Cawangan Berkelompok UMNO bahagian Jerantut, di sini, baru-baruu ini.

Majlis perasmian disempurnakan Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi.

Turut serta Setiausaha Agung UMNO, Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki, Ketua UMNO Jerantut, Haris Salleh Hamzah serta pimpinan bahagian yang lain.

Wan Rosdy seterusnya menambah masalah dalaman dan sebagainya perlu dihentikan segera.

“Kalau nak menang, buat cara nak menang. Jangan ada masalah dalaman. Saya dah cakap banyak kali sebagai contoh Multinational Corporation dulu di Jepun, Hitachi Matsushita. Sebab apa tutup sekarang ni?

“Tak ada sebab kita boleh kalah jentera kita kuat dengan Presiden serta pimpinan kita membantu. Datuk Dr Asyraf pun bagi ceramah kepada kita… kerajaan negeri pun dah buat sehabis baik.

“Masalahnya ada masyarakat kita, ada pengundi kita percaya dengan sentimen yang dimainkan. Pilihan raya yang lepas bukan kita tak kuat tetapi antaranya sebab kita ada masalah dalaman. Tak dapat jadi calon sabotaj dan sebagainya.

“Jangan kita sabotaj calon tiga kerusi di Pahang ini, yang kita kalah sebab sabotaj. Jadi kalau kita nak menang, kita buat cara nak menang. Kita bersatu hati dan terus bergerak ke depan,” ujarnya. #sumber

Share:

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

PERINGATAN: PDO TIDAK BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP KOMENTAR YANG DI BUAT DALAM PORTAL INI. IA ADALAH PANDANGAN PERIBADI PEMILIK AKAUN BERKENAAN DAN TIDAK SEMESTINYA MENGGAMBARKAN PENDIRIAN KAMI. SEGALA RISIKO AKIBAT KOMEN YANG DISIARKAN MENJADI TANGGUNGJAWAB PEMILIK AKAUN TERBABIT. HARAP MAKLUM ~ ADMIN
[ Klik DI SINI Untuk Belajar Membaca Al-Quran Digital Online ]
PERINGATAN: PDO TIDAK BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP KOMENTAR YANG DI BUAT DALAM PORTAL INI. IA ADALAH PANDANGAN PERIBADI PEMILIK AKAUN BERKENAAN DAN TIDAK SEMESTINYA MENGGAMBARKAN PENDIRIAN KAMI. SEGALA RISIKO AKIBAT KOMEN YANG DISIARKAN MENJADI TANGGUNGJAWAB PEMILIK AKAUN TERBABIT. HARAP MAKLUM ~ ADMIN

Translate

Kunjungan Pelawat

Tukaran Matawang Asing

USD MYR CHARTS

Arkib Blog

Artikel Terkini

PAS Mahu Pertahankan Semua Kerusi DUN Dan Parlimen Yang Dimenangi Pada PRU15 Lalu Di Negeri SG4, Sasar Pahang, Perak Dan Selangor

PENGKALAN CHEPA: PAS mahu mempertahankan semua kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) dan Parlimen yang dimenanginya pada Pilihan Raya Umum ke-1...

Media Pilihan

Blogger Pahang

PDO. Dikuasakan oleh Blogger.