script data-ad-client="ca-pub-8413987413612695" async src="https://pagead2.googlesyndication.com/pagead/js/adsbygoogle.js">
Selamat Hari Kebangsaan Dan Hari Malaysia 2026 | Rapatkan Ukhwah Eratkan Sillaturrahim | Terima Kasih Kerana Berkunjung Ke Sini, Sila Datang Lagi

..............................

Hits Pelawat PDO Mulai 31.08.2008

Jasri: Lima Ahli Dewan Negeri (ADN) Lantikan Di Pahang Tidak Memberi Manfaat Kepada Rakyat

KUANTAN: Pembangkang di Pahang mendakwa lima Ahli Dewan Negeri (ADN) lantikan yang diluluskan Dewan Undangan Negeri (DUN) baru-baru ini adalah berlandaskan politik semata-mata.

ADN Kuala Sentul, Datuk Jasri Jamaluddin berkata, kewujudan mereka sebenarnya tidak berfungsi, selain tidak memberi manfaat kepada rakyat.

“Lantikan tersebut berdasarkan lantikan politik semata-mata, jadi (saya berpandangan) tiada keperluan sebenarnya melantik mereka ini.

“Saya juga tidak nampak mereka ini memberi manfaat kepada rakyat dan tidak berfungsi. Ini kerana mereka tiada kawasan masing-masing,” katanya seperti dilapor Sinar Harian.

Beliau berkata demikian ketika menjawab mengenai lima ADN Lantikan pada 13 Mei lalu di Pusat Khidmat Parlimen Indera Mahkota, pada Selasa.

Pelantikan kelima-limanya tanpa melalui proses pilihan raya itu diluluskan setelah mendapat majoriti mudah dan diumumkan pada Persidangan DUN.

Lima ADUN lantikan tersebut terdiri daripada Pengasas Maahad Tahfiz Tengku Ampuan Afzan, Datuk Ahmad Irshadi Abdullah Al-Qadri; Ketua MCA Temerloh, Datuk Wong Tat Chee; Ketua UMNO Jerantut, Haris Salleh Hamzah; Pengerusi Parti Amanah Negara (Amanah) Pahang, Mohd Fadzli Mohd Ramly dan Timbalan Ketua Parti Keadilan Rakyat (PKR) Pahang, Rizal Jamin.

Sebelum itu, ADUN Lepar, Mohd Yazid Mohd Yunus dan Jasri yang menandatangani surat arahan bertulis itu dikeluarkan kepada semua wakil rakyat Parti Pribumi Bersatu Pahang.

Jasri yang Ketua Bersatu Bahagian Maran menjelaskan lantikan berkenaan juga disifatkan membazirkan wang kerajaan Pahang sedangkan perbelanjaan itu boleh disalurkan kepada medium yang lebih strategik.

”Setiap perbelanjaan bagi ADN Lantikan tersebut menelan kos hampir berbelas ribu, setahun RM1 juta, kalau hendak hendak tunggu tiga tahun akan datang bazir hampir RM3 juta.

”Jadi, kalau hendak dibandingkan jumlah tersebut (lebih baik) diberikan kepada ADUN (menang) kawasan masing-masing untuk melaksanakan projek kecil, saya rasa itu lebih bermanfaat kepada rakyat,” jelas Jasri.

Sementara itu, Mohd Yazid pula berpendapat kerajaan Pahang gagal mengotakan janji bahawa lantikan tersebut mewakili kelompok tertentu seperti Orang Asli, orang kurang upaya (OKU) selain golongan profesional tanpa membabitkan fahaman politik.

Ujarnya, lebih mengecewakan apabila Kerajaan Pahang mengatakan bahawa ADN lantikan itu bukan daripada politik, namun ia berlaku sebaliknya.

“Empat daripada lima yang dilantik memang ‘clear’ (berlatar belakang politik). Pihak kami rasa lucu sebab kerana apa yang mereka jelaskan tidak seperti dizahirkan.

“Kami bersetuju jika lantikan itu dari golongan profesionalisme,” katanya lagi. #sumber

Share:

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

PERINGATAN: PDO TIDAK BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP KOMENTAR YANG DI BUAT DALAM PORTAL INI. IA ADALAH PANDANGAN PERIBADI PEMILIK AKAUN BERKENAAN DAN TIDAK SEMESTINYA MENGGAMBARKAN PENDIRIAN KAMI. SEGALA RISIKO AKIBAT KOMEN YANG DISIARKAN MENJADI TANGGUNGJAWAB PEMILIK AKAUN TERBABIT. HARAP MAKLUM ~ ADMIN
[ Klik DI SINI Untuk Belajar Membaca Al-Quran Digital Online ]
PERINGATAN: PDO TIDAK BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP KOMENTAR YANG DI BUAT DALAM PORTAL INI. IA ADALAH PANDANGAN PERIBADI PEMILIK AKAUN BERKENAAN DAN TIDAK SEMESTINYA MENGGAMBARKAN PENDIRIAN KAMI. SEGALA RISIKO AKIBAT KOMEN YANG DISIARKAN MENJADI TANGGUNGJAWAB PEMILIK AKAUN TERBABIT. HARAP MAKLUM ~ ADMIN

Translate

Kunjungan Pelawat

Tukaran Matawang Asing

USD MYR CHARTS

Arkib Blog

Artikel Terkini

PAS Mahu Pertahankan Semua Kerusi DUN Dan Parlimen Yang Dimenangi Pada PRU15 Lalu Di Negeri SG4, Sasar Pahang, Perak Dan Selangor

PENGKALAN CHEPA: PAS mahu mempertahankan semua kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) dan Parlimen yang dimenanginya pada Pilihan Raya Umum ke-1...

Media Pilihan

Blogger Pahang

PDO. Dikuasakan oleh Blogger.