KUANTAN: Kerajaan Pahang menyumbang RM8,000 kepada keluarga Allahyarham Konstabel Muhammad Syafiq Ahmad Said yang maut dalam serangan di Balai Polis Ulu Tiram, Johor, hari ini.
Menteri Besar, Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail, berkata daripada jumlah itu, sejumlah RM5,000 daripada kerajaan negeri, manakala RM3,000 sumbangan peribadi beliau.
Katanya, sumbangan itu diharap membantu meringankan beban kepada keluarga mangsa.
"Kes serangan ini menyayat hati dan satu berita sedih buat rakyat negeri Pahang.
"Suspek yang melakukan perbuatan itu tidak sepatutnya membuat kerja yang tidak memberi faedah, lebih-lebih lagi kepada anggota keselamatan yang bertugas," katanya.
Wan Rosdy diminta mengulas kes serangan yang menyebabkan dua anggota polis maut selepas diserang penjenayah di Balai Polis Ulu Tiram, Johor, hari ini.
Beliau berkata demikian selepas merasmikan Pejabat Persatuan Kontraktor Bumiputera Malaysia (PKBM) Pahang di sini, hari ini.
Dalam kejadian 2.45 pagi itu, tiga disahkan maut iaitu dua anggota polis, Konstabel Muhamad Syafiq Ahmad Said dan Konstabel Ahmad Azza Fahmi Azhar, masing-masing berusia 22 tahun dan suspek yang berusia 21 tahun. #sumbersumber







Tiada ulasan:
Catat Ulasan