script data-ad-client="ca-pub-8413987413612695" async src="https://pagead2.googlesyndication.com/pagead/js/adsbygoogle.js">
Selamat Hari Kebangsaan Dan Hari Malaysia 2026 | Rapatkan Ukhwah Eratkan Sillaturrahim | Terima Kasih Kerana Berkunjung Ke Sini, Sila Datang Lagi

..............................

Hits Pelawat PDO Mulai 31.08.2008

JPSM Mengesahkan Kegiatan Pembalakan Di Bukit Beserah Berlaku Dalam Kawasan Tanah Persendirian

 

SHAH ALAM: Kegiatan pembalakan didakwa di Bukit Beserah menerusi perkongsian beberapa gambar tular baru-baru ini disahkan melibatkan kawasan tanah milik persendirian.

Ketua Pengarah Jabatan Perhutanan Semenanjung Malaysia (JPSM), Datuk Mohd Ridza Awang berkata, semakan dijalankan pihaknya mendapati kawasan pembalakan yang dimaksudkan berlaku dalam tanah yang berstatus tanah milik.

"Siasatan mendapati, pemilik tanah telah mendapat lesen daripada Jabatan Perhutanan Pahang untuk mengeluarkan kayu balak daripada tanah berkenaan.

"Mengikut Akta 313 atau Akta Perhutanan Negara dan juga Enakmen Perhutanan Negeri, kayu balak yang hendak dibawa keluar datipada mana-mana tanah milik perlu mendapat lesen (lesen pemindah) daripada Kerajaan Negeri atau Jabatan Perhutanan Negeri," katanya pada Rabu.

Katanya, semakan yang dijalankan turut mendapati kegiatan pembalakan berkenaan tidak berlaku di luar kawasan dibenarkan.

"Semakan mendapati tiada berlaku pembalakan di luar daripada kawasan yang dilesenkan.

"Selain itu, pemeriksaan turut tidak menemukan sebarang kesalahan melibatkan perhutanan oleh pihak terlibat setakat ini," katanya.

Pada Selasa, media melaporkan beberapa gambar tular di media sosial yang mendakwa berlakunya aktiviti pembalakan di Bukit Beserah dekat sini.

Pendedahan tersebut muncul di halaman Facebook sebuah daerah pada Isnin yang memaparkan beberapa gambar termasuk sebuah jengkaut yang dikatakan berada di lokasi terbabit.

Maklumat tersebut kemudiannya dikongsi di beberapa halaman lain di laman sosial sama yang turut mengutarakan isu tersebut.

Pemilik halaman media sosial terbabit melalui hantarannya melalui aplikasi Whatsapp berkata, aktiviti pembalakan tersebut berlaku di kawasan bijih di belakang Taman Perumahan Dato Rashid sejak beberapa hari lalu dan berlarutan sehingga waktu malam. #sumber

Share:

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

PERINGATAN: PDO TIDAK BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP KOMENTAR YANG DI BUAT DALAM PORTAL INI. IA ADALAH PANDANGAN PERIBADI PEMILIK AKAUN BERKENAAN DAN TIDAK SEMESTINYA MENGGAMBARKAN PENDIRIAN KAMI. SEGALA RISIKO AKIBAT KOMEN YANG DISIARKAN MENJADI TANGGUNGJAWAB PEMILIK AKAUN TERBABIT. HARAP MAKLUM ~ ADMIN
[ Klik DI SINI Untuk Belajar Membaca Al-Quran Digital Online ]
PERINGATAN: PDO TIDAK BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP KOMENTAR YANG DI BUAT DALAM PORTAL INI. IA ADALAH PANDANGAN PERIBADI PEMILIK AKAUN BERKENAAN DAN TIDAK SEMESTINYA MENGGAMBARKAN PENDIRIAN KAMI. SEGALA RISIKO AKIBAT KOMEN YANG DISIARKAN MENJADI TANGGUNGJAWAB PEMILIK AKAUN TERBABIT. HARAP MAKLUM ~ ADMIN

Translate

Kunjungan Pelawat

Tukaran Matawang Asing

USD MYR CHARTS

Arkib Blog

Artikel Terkini

Shahaniza Timbulkan Persoalan: Jika Kementerian Kewangan (MOF) Yang Keluarkan Waran, Bagaimana KKDW Boleh ‘Terlebih Belanja’?

KUANTAN: Persoalan mengenai dakwaan Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah (KKDW) ‘terlebih belanja’ perlu dijelaskan secara terperinci deng...

Media Pilihan

Blogger Pahang

PDO. Dikuasakan oleh Blogger.